yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, January 9, 2012

INI YANG ANDA TEMPAH JIKA LANGGAR LAMPU ISYARAT DI CHINA:



Cakap banyak tak guna, apek ini akan terus memecahkan lampu kereta anda secara spontan...Rasakan bagi orang yang tak tahu berdisplin diatas jalan raya...Ini kerana di China, seorang warga emas sudah bersiap sedia memegang seketul bata. Bukan nak cari gaduh tetapi cuma nak mengajar erti penyesalan kepada pemandu yang pentingkan diri sendiri. Apek ni dengan selamba merosakkan kereta pesalah trafik yang melanggar lampu isyarat merah dengan seketul bata yang dipegangnya.

sumber:nasihangit.blogspot

N'N: Mungkin apek ni pernah kemalangan atau ahli keluarganya pernah terlibat atau meninggal dalam kemalangan...Caranya salah namun baik untuk memberi pengajaran kepada pemandu kurang ajar.....

KELUARGA INI LAYAK MENUNTUT QAZAF, KERANA SUAMI,AYAH ,AYAH MERTUA DAN DATUK MEREKA DIFITNAH.

http://4.bp.blogspot.com/-uZ7xlyrcKfA/TwqSHAGv3RI/AAAAAAAALoI/1ApvXrto76I/s400/keluargaAI.jpg

Firman Allah S.W.T:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.(Suran An-Nur Ayat 4)

Tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma' ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

Apa itu Qazaf:

Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Allah S.W.T telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.

i) Kata Allah, "Sebatlah mereka itu 80x sebat..."

ii) jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.

iii) ALLAH melabelkan orang sebegini adalah fasiq.



GAMBAR2 SEKITAR KEPUTUSAN TUDUHAN LIWAT 2 DSAI.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/5a1a3a282e6f3160ca7527e1d93ee37c.jpg
Polis berumah dihadapan Mahkamah seawal subuh.


http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/fc0325da1a764b50074c3dc803fa756b.jpg
http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/9cfca5b467995503e0f0e17d318a0d4e.jpg
http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/36f530b46eb79f8b53efafda698c497e.jpg
http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/5168c8796c4c835ea6a6468f50e92ca3.jpg
Sokongan Rakyat yang tidak berbelah-bagi
http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/46e7e6731d6504217f7f922344b83525.jpg
DS Nizar memberi ucapan.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/bbfbfe2355c25c2718d7c32f8f3a5525.jpg
http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/b6454b3ef64114f9b23744f3f68b6455.jpg
Pihak Polis.


http://s1-02.twitpicproxy.com/photos/large/492135535.jpg
Ahli PEKIDA turut menampakkan muka.

http://s1-01.twitpicproxy.com/photos/large/492142756.jpg
Antara poster provokasi yang diedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.


Provokasi letupan Bom:



http://2.bp.blogspot.com/-xW2_M_pcxxo/TwplfQmHURI/AAAAAAAAM4s/1IxtSCSuCrk/s320/cedera.jpg

Provokasi Letupan Bom mencemari hari Keputusan Mahkamah.

Dua individu cedera selepas insiden bom buatan sendiri meletup dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selanjutnya tentang kejadian letupan bom disini


N'N: Kepada yang masih belum tahu keputusan dengan ini dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan secara rasminya telah membebaskan DSAI daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Terkini Lintas Langsung Dari Jalan Duta Keputusan Fitnah Liwat 2 : DENGAN RASMINYA MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR BEBASKAN DSAI DRPD TUDUHAN MELIWAT.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/9cfca5b467995503e0f0e17d318a0d4e.jpg

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

NONEAnwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

NONELebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".

LAPORAN LANGSUNG

9.41am: Jelas kelihatan emosi keluarga DSAI, air mata kesyukuran menitis.

9.38am: Laungan 'Tangkap Saiful' pula bergema.

9.35am: penyokong DSAI ke Masjid Wilayah untuk sujud syukur.

9.32am: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

9.26am: Hakim putuskan Anwar tidak bersalah.

9.21am: Orang ramai yang berada di tempat letak kereta kelihatan sabar menunggu keputusan Hakim .

9.18am: Pihak Polis anggarkan 4500 orang memenuhi pekarangan Mahkamah pada pukul 9 Pagi.(Jumlah sebenarnya melebihi anggaran Polis)

9.10am: Ahli PEKIDA turut kelihatan menunggu pemimpin mereka.

http://s1-02.twitpicproxy.com/photos/large/492135535.jpg


9.06am: TGNA turut kelihatan datang memberi sokongan moral.

9.05am:Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tiba di mahkamah diiringi laung takbir.

http://s1-01.twitpicproxy.com/photos/large/492142756.jpg

9.00am: Poster provokasi kelihatan diedarkan.

8.56am: DSAI,Isteri & 4 orang anaknya kelihatan di Mahkamah.

8.49: Bekas Menteri Pelancongan Dato' Kadir Sheikh Fadzir turut kelihatan.

8.45am:Laporan MalaysiaKini menyebut, penyokong Saiful hanya ada lima puluh orang. Diulang, 50 orang.

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.


NONE8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.

Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.

8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

NONEKawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.

8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.

8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.

8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”

7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.

7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.

NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.

7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.

7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.

7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.

NONE7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.

Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.

7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.

7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

NONEOrang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.

Jumlah kenderaan polis itu termasuk;

21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force

7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.


Dari pelbagai sumber.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)