yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, January 3, 2012

SEGMEN MARI UGUT PENULIS BLOG.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/379086_271057149615501_138833462837871_674431_562597740_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/394001_271057166282166_138833462837871_674432_653197712_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391090_271057192948830_138833462837871_674433_1637157863_n.jpg

Itu kata pihak Polis. Sekarang dengar apa kata majlis Peguam:


Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan


SHAH ALAM, 3 JANUARI : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

“Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

“Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan,” ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

“Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini,” tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

“Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia,” katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap ‘Double Standard’ pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

“Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

“Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?,” soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

“Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

“Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku,” ujar Lim lagi.

SELANGORKINI

N'N: korang fikir sendiri.....



MARI SAKSIKAN TRILER FILEM PENDEK YANG DINANTI-NANTIKAN LAKONAN BOB LOKMAN DAN PAK JABIT.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai..




Filem pendek nukilan Semarak Production yang dibintangi oleh 2 Pelakon dan pelawak terkenal iaitu Bob Lokman dan Pak Jabit. Nantikan....

Carta 5 Ulama Terbaik Sepanjang Tahun 2011. Ulama Yang Berada Ditangga Pertama Adalah Ulama Yang Menyokong Anwar Ibrahim Dan Percaya Anwar Difitnah.

Portal berita onislam.net menganjurkan undian secara interaktif pada para pembacanya bagi menyenaraikan ulama-ulama terbaik yang banyak memberikan sumbangan sepanjang tahun 2011 dan berikut adalah 5 ulama terbaik yang telah dipilih oleh para pembaca:




1.Yusuf Qaradawi (40%)(ganbar berjubah putih)
2.Rashid Ghanoushi (15%)
3.Jamal Badawi (10%)
4.Suhaib Webb (5%)
5.Ali Jumu`ah (5%)


Ikuti laporan tentang ulama-ulama yang disebutkan di atas di sini


Video Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al-Qaradhawi Mengenai Konspirasi 2 Terhadap DSAI

POLIS MENGAKU MEMUKUL AKTIVIS MAHASISWA, APA NAK DIKATA LAGI!!!

SEBELUM ini pihak Polis nafi ada bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa yang menganjurkan perhimpunan aman menggesa pemansuhan AUKU di Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI malam tahun baru 2012.

Namun yang menariknya, dalam masa yang sama, Polis perak mengaku ada memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menyuraikan perhimpunan pelajar yang hanya membawa bendera dan sepanduk itu.




Kalau dah pukul orang, itu bukan bertindak kasar ke namanya? Jadi apakah definisi kasar dari sudut pandangan Polis? Mahasiswa patah rusuk, koyak pangkal hidung, bermandi darah (rujuk artikel lalu) tak kasar ke?

Adakah nak tunggu mahasiswa ada yang mati barulah dianggap kasar? Bila agaknya baru polis akan mengaku mereka bertindak kasar? Dah pukul orang pun masih tak kasar.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)