yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, January 2, 2012

ALAT UNTUK HALANG RAMBUT DARIPADA MASUK MAKANAN.



Eloklah tutup aurat....kah3...

Netbook 1Malaysia Yang Gila Bangkai

Ohhhhhhhhhhh...ohh ohhh ohhh..gembiranya syiiot bila dapat netbook free..belajar baru form 3 form 5 dah ada laptop sendiri and takyah susah mak bapak nak beli laptop. Kerajaan lak yang bagi. Memang sayang gila ah kat kerajaan. Cium derang ketat ketat.



Hah-anoying sangat bila aku balik rumah tengok netbook 1 Malaysia yang adek aku dapat. Bukan apa beb, syukur memang la bersyukur dengan apa yang diberi tapi beragak la bai kalau nak bagi pun. Sampah pun lagi bernilai tau dak dari netbook 1Malaysia jenama GreatWall made in China tu.

Actually, aku tak der masalah dari segi brand-kalau dia letak jenama great wadefak pun aku tak heran. Tapi yang jadi masalahnya, bagila yang berkualiti sikit beb. Adek aku guna tak sampai seminggu pun dah punah hard disk dia. "Wahahhahhaa, macam salah sendiri kan, dapat barang free guna la leklok, jangan rosakkan".

Okay fine, bila aku tengok body dia...mak aiiihhh, jenama Great Wall. made in china no hal, SONY VAIO aku pun buatan China gak, maintain je lasak. Then aku tengok kat belakang laptop. Dia guna Microsoft stdnt innovation suite 2.5 for great wall. Ada sticker product of great wall, komputer 1 Malaysia. Ok. Tahu dianye CM pass dia dari mana? dari SKMM. hahaha. and supplier dia dari Technologic Trading sdn bhd. search kat internet, satu info pun tadak pasal supplier tu. Kualiti buatan laptop sereyes macam laptop mainan yang beli kat pasal malam. Nie yang kata harga RM1000?? hmmmmm....speechless....

Apa pun, aku tak sure sangat la pasal great wall product, how good there are. and ofkos aku tak berapa sure tentang pengguna laptop 1 malaysia yag lain. dia orang okay ker tak. Tapi bagi aku, kalau yer pun nak bagi laptop, nak promote diri untuk pilihanraya, xperlu la kot bazirkan wang untuk barang yang takder kualiti camnie..nampak sangat kot korang tak tahu pilih barang apa yang sesuai.camner korang urus negara..sebab tu la kot bina bangunan ribuan juta, tapi asek roboh jer..gila wiff punya stratergi. Memalukan theme 1 malaysia jer bai..*but still tuduhan aku ni hanya mebuta tuli tanpa merujuk fact dari pihak bertanggungjawab..so then, please do respond to explain about this matter.

Gila sereyes aku nak tahu hal kos skmm beli netbook tu, berapa banyak duit keluar untuk total 1 juta netbook free tu and asal derang pilih greatwall product sedangkan boleh dapat good netbook yang berkualiti kat pasaran lagi2 beli bundle camtu. Just get the info that the money comes from USP fund but still why should we go for that wadefak greatwall product. any idea man??

ps: zaman aku dulu dapat basikal free basikal mini yang ada bakol and bila kayuh ada lampu menyala tu. untung gak la leh bawak g sekolah n mengaji quran.

Sumber: Gila WTF | Netbook 1Malaysia yang gila bangkai | Geng Lepak

GAMBAR BUDAK GILA STUDY.

In Asia you got to study hard

Ini yang orang panggil gila Study sampai atas motor pun masih boleh study...Ker kerja sekolah tak siap kah3........

Mahukah Anda Percaya Raja Petra Lagi?

Pening seketika dengan karenah seorang manusia yang berdarah kerabat diraja yang nampaknya masih tebal dengan unsur-unsur kemewahan dan tak boleh hidup susah.

http://sloone.files.wordpress.com/2008/05/mugshot-petra3.jpg

Realitinya, berilah berpuluh-puluh wawancara eksklusif oleh media musuh sekali pun, jika sekali anda terpalit dengan kekotoran, maka selamanyalah ia berada di situ.

Nampaknya, tindakan aku untuk mem"block" Raja Petra bulan April tahun lalu di Twitter dek kerana "sumbangannya" terhadap penafian kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu, kini dirasakan tepat!

Kini kita tinggalkan saja nama Raja Petra Kamaruddin dalam lipatan sejarah perjuangan rakyat kerana fikrahnya hanylah bersandarkan siapa yang boleh menyara hidupnya sepanjang pelariannya lebih empat tahun lalu.

Komen dan analisis Raja Petra sudah tiada maknanya lagi buat Pakatan Rakyat di sebalik beberapa saranan kununnya tindakannya diwawancara oleh The New Straits Times Press (NSTP) di Singapura hanya semata-mata mahu mengorek rahsia Umno-APCO terutamanya Najib Altantuya.

Selamat jalan Raja Petra, bon voyage!

JALAN PULANG


Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri

Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

MALAM tadi Raja Putra Kamarudin yang kini melarikan diri di luar negara kerana kecut perut dengan tindakan beberapa individu yang menyaman beliau telah membuat pusingan baring di saat-saat rakyat Sarawak ingin memilih kerajaan baru tulat, 16 April.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan TV3 di Perth Australia yang disiarkan malam tadi, Raja Petra menjelaskan beliau tidak sama sekali menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Katanya apa yang berlaku dia hanya menulis berdasarkan kenyataan atau sumber pihak atau individu tertentu saja. Beliau menyebut beberapa nama orang yang memberi maklumat itu dan mereka ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Wah mudah Raja Petra sapu tangan dengan ‘kotoran’ yang beliau buat itu. Apakah sebenarnya beliau tahu tanggungjawab seorang penulis. Mungkin beliau seorang penulis yang berani tetapi kalau berani tanpa memahami etika beliau bukan penulis yang berkualiti.

Apa yang kita tulis dari mana sumber dan siapa memberinya kita harus bertanggungjawab. Bukan bila timbul masalah kita lontarkan kepada sumber kita. Sebab itu sebelum menulis kita harus fikir, kaji dan menganalisa sejauh mana kebenaran sumber kita itu.

Nampaknya ini tidak berlaku kepada Raja Petra. Meskipun sumber itu membuat akuan bersumpah tetapi ia perlu disemak dan diteliti. Allah memberikan kita akal. Apakah Raja Petra semasa menulis dan melamporkan apa yan dikatakan sumber itu beliau terlupa berfikir? Atau kerana ada pihak yang mengupahknya maka beliau menulis dan selepas itu ada yang mengupah lebih besar maka dinafikan semula.

Kerana tulisan itulah menyebabkan polis menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buluh kemudian dia dimasukkan ke dalam lokap.

Beberapa penjenguk blog saya minta saya mengulas pendirian terbaru Raja Petra itu. Sebenarnya saya sudah memberi bayangan sebelum ini yang Raja Petra akan menemui Najib di Australia semasa PM itu melawat negara berkenaan. Apa yang saya dedahkan itu ternyata benar, cuma pendedahan itu tidak dilaporkan oleh media pro kerajaan termasuk TV3. Masa yang terbaik dicari untuk mendedahkan keinsafan Raja Petra itu.

Apabila Raja Petra sudah berjumpa Najib maka faham-fahamlah sendiri. Raja Petra adalah seorang manusia yang masih lagi memerlukan kepada makan dan minum. Kata orang betapa enak duduk di negeri orang tak sama dengan negeri sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.

Jadi bila Raja Petra membuat pusingan U atau pusingan bulat itu ia tidak menghairankan. Mungkin Najib ada memberi jaminan tertentu sesama berjumpa tempoh hari. Janji itu diterima oleh Raja Petra. Selepas ini kalau kita nampak Raja Petra terhegah-hegah pulang sambil menolak beg besar jangan hairan. Satu saya nak bagi tahu anda sekalian kalau sudah nampak kalibat Raja Petra di Malaysia itu bermakna pilihan raya umum sudah hampir tiba.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan blogger keturunan Raja ini, akan tahu bagaimana dia mengeliuk dalam kerjanya. Pada era reformasi dia menyokong Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim menang dia lari ke Yayayasan Perdana dan pada masa sama juga bergeliwat di Langgak Golf Jalan Ampang. Menurut maklumat ada sesuatu yang diingini tetapi tidak tertunai oleh Anwar maka beliau memngambil sikap menjauhi Anwar.

Apa yang berlaku dan bakal dilakukan Raja Petra tidak menghirankan kerana dia saya anggap sebagai king bloger yang kini sudah menjadi king burger!

SUMBER

2012 PENGUASAAN BLOGGERS PRO UMNO/BN SUDAH JATUH DAN INI BUKTINYA:

Kalau selama ni blogger penchachai United Malay National Organisation kata depa menguasai alam maya blog, tapi ranking ni tak berapa nak menunjukkan macam tu. Kalau tengok 10 blog teratas, 6 dari 10 blog adalah blog pro PR.

Kalau tengok keseluruhan top 100 blog pun macam ringkasan kat bawah ni blog pro PR tak la jauh ketinggalan berbanding blog pro BN, blog pro BN cuma menang majoriti 2 blog.


Dengan sepenuh bantuan yang United Malay National Organisation bagi termasuk dana yang katanya berjuta-juta memang nampak tak berbaloi. Selanjutnya....


N'N: Aku cukup respek kat blogger Cenangau ni yang rajin buat carta ranking ni. Bukan semua orang mampu buat apa yang dia buat.

WAJIB TENGOK!!! PUAK United Malay National Organisation NI SURUH POLIS TEMBAK MAHASISWA.


Kalau yang kena sepak terajang tu keluarga dia, aku nak tau gak dia nak kata apa???

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

APA YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI FITNAH UMNO TERHADAP PAS BERKAITAN SURAU SALIHIAH:

Menjawab Semua Fitnah Berkaitan Surau Salihiah Kanchut yg Disebar UMNO

http://www.starproperty.my/images/CMS/n_10MadrasahSalihiah.jpg

ULASAN: Baca sendiri betapa expert puak2 Mukhriz Mahathir (UMNO_ menipu dan menyebarkan fitnah. Seolah-olahnya puak2 UMNO ni takda agama.


Penjelasan isu Madrasah Salihiah, Kanchut


Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)