yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, January 1, 2012

WAJIB TENGOK!!!SIAPA YANG MENGASARI MAHASISWA NI???



KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.(gambar)

GAMBAR2 MAHASISWA YANG TERUK DIBELASAH DIHADAPAN UPSI (9 GAMBAR)

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden kekasaran pihak keselamatan ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham dan terpaksa mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respons segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk kekasaran ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.Sumber

373393_152011464907944_2045598195_n.jpg (180×270)



Safwan Anang ditumbuk dua kali dimuka dan mengalami cedera parah.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/385538_266433943416449_100001495373564_736978_318495135_n.jpg

Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.



Darah mahasiswa gugur membasahi bumi.....

387450_143484462430477_100003067720629_166911_799490026_n.jpg (320×240)

409067_249516485117363_100001770416170_639453_1958083166_n.jpg (320×238)



Adam Adli dilokap IPD Tanjung Malim


Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!



Tulisan difacebook & tweeter ini memberitahu bagaimana kejamnya mereka dilayan:




KALAU DAH MACAM NI SAMBUTANNYA CONFIRMLAH UMNO/BN AKAN MELINGKUP.




EKSLUSIF BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN ZIZAN.

TERBAIK !!!


PROGRAM BN SELANGOR DI i-CITY DIKHABARKAN

LENGANG TAKDE ORANG.


SEMUA LARI KE PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELANGOR

DI DATARAN SHAH ALAM.





YB KHALID SAMAD

DISAMBUT OLEH PULUHAN RIBU ANAK MUDA

YANG SEDANG MENDENGAR USTAZ AZHAR IDRUS

DAN CELOTEH ZIZAN DI MAJLIS SAMBUTAN TAHUN

BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.



TAHNIAH !

SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

BERJAYA DAN MERIAH !!!!!!!!


SYUKUR

ALHAMDULILLAH !!!!!
sumber:www.tawanmalaysia.com

Kenapa Blogger UMNO Ini Masuk DAP?.. Ini Jawapannya

Kemasukan blogger UMNO Aspan Alias ke dalam DAP menjadi tamparan hebat buat UMNO dan kuncu-kuncunya.



Dalam UMNO membawa berita-berita pembohong kemasukan ahli-ahli PAS dan PKR ke dalam UMNO yang di dendangkan oleh media massa milik UMNO hampir setiap hari.. tiba-tiba blogger berpengaruh UMNO bertindak sebaliknya. Maka terkedulah UMNO dalam menempuh PRU 13 yang tidak lama lagi. Rupa-rupanya UMNO makin tidak mampu menghadapi peperangan ini.. kita ikuti sama-sama pendedahan blogger Aspan Alias..

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP. Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih. ~manjungmari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)