yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, December 30, 2011

ROCK-ROCKLAH JUGAK TAPI NI DAH MACAM BERUK GUA CAKAP LU BEB.....








Korang setuju tak dengan aku, baik dia pakai seluar dalam jer...kah3...Rock2 pun tutuplah aurat bagi rocker yang Islam....

sumber:borakkosong.com

INI MEMANG BETUL-BETUL BERITA YANG MALANG BUAT UMNO/BN SELANGOR.

Rakyat Selangor selesa, tiada sebab tukar kerajaan...

http://2.bp.blogspot.com/_24wM-eRcW5U/SVTYgmTBOSI/AAAAAAAAAN0/VXSJkjKGW_Y/s400/umno+hancur.jpg

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan.

“Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2,500, guru Kafa mendapat elaun RM1,500, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) RM100, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5,000 bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan berjaya melunaskan hutang negeri RM173 juta daripada RM800 juta.

Beliau berkata, sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno.

Ini, katanya kerana impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian.

“Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya,” ujarnya lagi

Tambahnya, perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ‘khurafat’ yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.

“Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.-Harakahdaily

SILA PELUK SAYA UNTUK KEAMANAN. SIAPA DAPAT BINI MACAM NI MEMANG MERANA. AKTIVITI ‘Free Hugs’ OLEH GADIS BERAGAMA ISLAM(3 GAMBAR)


lelaki mana yang taknak peluk free...kecuali lelaki yang beriman...


Gadis ini di dalam facebook meletakkan namanya sebagai ASA (nama terpaksa dirahsiakan). Apa yang membuatkan beliau menjadi bahan bualan orang ramai adalah kerana satu aktiviti yang dijalankan olehnya pada pagi Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Beliau bersama beberapa orang dari sebuah persatuan yang bergelar ‘CouchSurfing’ telah berdiri di tepi-tepi jalan di sekitar Bukit Bintang sambil memegang sepanduk yang bertulis ‘FREE HUG’. Apabila diteliti, rupanya mereka ini menjalankan aktiviti yang kononnya berpaksikan ‘peace’ and ‘love’ ataupun keamanan dan kasih sayang. Sesiapa sahaja baik lelaki, perempuan, tua muda yang suka dan menyokong mereka boleh datang dan memeluk mereka secara percuma di situ

Apa yang mendukacitakan adalah, gadis ini sebenarnya beragama Islam. Nama sebenarnya ialah Noor Sya (nama dirahsiakan). Walaupun aktiviti ini berpaksikan keamanan dan kasih sayang, ianya jelas tidak bersesuaian dengan adab dan budaya masyarakat Islam negara kita, apatah lagi dilakukan oleh seorang Islam di pagi hari raya korban.




Jelasnya si gadis ini ‘mengorbankan dirinya’ di pagi hari raya korban itu. Walaupun dia tidak berpakaian seperti seorang islam pada ketika aktiviti ini dijalankan, tetapi semua gambar-gambar tersebut telah dimuatkan ke dalam facebooknya untuk tatapan maya. Orang yang bukan Islam boleh melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa beliau adalah seorang islam dari religous views, post dan gambar-gambarnya yang lain. Ini amat memalukan orang Islam di negara ini.

Kegiatan mereka harus dibendung dengan segera.Kesimpulannya, bukalah minda kita untuk melihat kepincangan akidah yang telah berleluasa di negara kita ini sekarang. Bukannya bersikap terlalu ’open minded’ sehingga jiwa kita boleh dijajah sampai terkorban seperti gadis ini. Apa tindakan anda?





N'N:Cari keamanan sambil membuat dosa..Siapa penasihat? Syaitanlah penasihatnya....

LEPAS TENGOK GAMBAR NI CUBA KORANG GITAU MANA SATU KORANG NAK BUAT CALON ISTERI?

Aku confirm pilih sebelah kanan he3....Korang lak?

SEORANG WANITA MUSLIM BERGAMBAR SEKSI MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH BADAN, KEMUDIAN BAJU DIBASAHKAN, KEMUDIAN TIMBUL KONTROVERSI, NAK TAU APA DIA JAWAB:

"Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya"

Benda apa yang tak sepatutnya nampak bagi seorang wanita Muslim?


54 tahun Merdeka...Tapi Melayu Islam masih belum tahu apa itu "benda yang tak sepatutnya nampak"...Aku nak tanya korang salah siapa ni? Misti ada yang akan cakap "ala kau memang asyik2 nak cari salah UMNO, adaker UMNO suruh dia pakai macam tu? Memang UMNO tak suruh tapi UMNO bagi kesempatan untuk dia buat benda macam tu...Aku bagi satu contoh semasa Allahyarham Dato' Ishak Baharom mengambil tindakan kepada peserta ratu cantik daripada kalangan Melayu Islam yang memakai bikini menayangkan tubuh badan kepada juri dan orang ramai satu ketika dulu, mari kita dengar apa kata pemimpin UMNO:


Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

Jadi kenapa aku tak boleh salahkan UMNO pula, bila ada yang mahu buat Amal Maaruf Nahi Mungkar mereka halang...Jadi ini jawapan yang terbit daripada mulut Melayu yang jahil:

"Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya".......

Mengapa perlu tutup aurat:


Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab,33:59)


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. (Surah An-Nur,24:31)


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26)


Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata: Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)


Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Rasulullah s.a.w menjawab: Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

54 tahun UMNO berkuasa Melayu masih jahil bab ini...jadi apa tanggungjawab Pemerintah Islam sebenarnya???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)