yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, December 29, 2011

KALAU KORANG PERGI KARAOKE KEMUDIAN JUMPA DUA ORANG NI CONFIRM KORANG AKAN MUNTAH DARAH.



Tulen bang...kah3.....

PERHATIAN!!! BERITA INI MENGESAHKAN BAHAWA UMNO/BN TIDAK MUNGKIN AKAN BERKUASA LAGI DI P.PINANG.

SAH ! Umno BN Pulau Pinang Hancor !!!

http://2.bp.blogspot.com/_24wM-eRcW5U/SVTYgmTBOSI/AAAAAAAAAN0/VXSJkjKGW_Y/s400/umno+hancur.jpg


Laporan terkini Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, dan KELUAR BN bersama-sama 439 ahli. Akan ada lagi ahli dari BN akan keluar parti dalam masa terdekat...

Laporan KEHANCURAN BN di Pulau Pinang sudah dilaporkan 2 hari lepas oleh blog Reformis Anak Muda, yang mana Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan.

Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai pengerusi baru BN Pulau Pinang.

Zahid Hamidi pernah lantang meminta supaya Umno menjadi Pengerusi Bn negeri, kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

"Parti Gerakan tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," tegas Zahid.

Pergolakan Bn Pulau Pinang itu menunjukkan bahawa ‘Bangkai’ mereka sebenarnya amat membusukkan… dan kerana itu, mereka cuba menutup isu ini dengan ‘kononnya’ ramai ahli PR keluar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beberapa waktu yang lepas, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengatakan 'orang Cina sebagai Pendatang' sebelum ini, sebagai punca desakan dalaman dalam Umno sendiri dan punca pergolakan ini berlaku.

Pergolakan ini menggambarkan masalah besar Bn yang dijangkakan turut mencetuskan 'konflik kepentingan' BN di seluruh negara kelak.

KECOH FASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA

Tapi… apa boleh buat… Umno Pulau Pinang hanya pandai melalak terlolong di Pulau Pinang yang mengatakan ke seluruh dunia, bahawa Melayu akan hilang kuasa…. Tetapi hakikatnya UMNO yang akan hilang kuasa!!!

Bila Hampir Pilihanraya, Utusan Malaysia memainkan propaganda Nasib Bangsa Melayu yang bertujuan, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

BUKTI MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA, MELAYU UMNO HILANG KUASA


Kenapa surat khabar tak keluarkan fakta dibawah ini?

PRU11 - BN 198 kerusi, BA 21 kerusi, MP Melayu 123
PRU12 - BN 140 kerusi, PR 81 kerusi, MP Melayu 130

*Kerusi MELAYU PRU 12 = UMNO-77, PAS & PKR 53 (Sekarang Umno 77, Pakatan Rakyat 48, KATAK 5)


Oleh itu, pastikan PAS menang kerana PAS akan letak calon di kerusi Melayu, PKR dan DAP kerusi campuran dan sebab itulah PAS paling sedikit menang kerusi sebab MELAYU selalu ditipu. . . .

SUMBER

N'N:PAS ganti UMNO simple jerkan...

Tahukah Anda Rakyat Negara Mana Buat Pencarian Perkataan SEKS Paling Tinggi Di Dunia ? Daripada 4 Negara 2 Daripadanya Negara Islam Berbanggakah Kita?

Semua orang tahu betapa hebatnya perkataan SEKS di dalam dunia cyber. Ia merupakan perkataan yang paling diminati oleh para pelayar di internet. SEKS yang dimaksudkan di sini adalah pencarian yang berunsurkan lucah atau porno.

http://2.bp.blogspot.com/-7D3txCEXU5Y/TvtQq5O9lOI/AAAAAAAAIm8/Om3KEOTrYb8/s1600/sexs.jpg

Salah satu punca kenapa perkataan tersebut amat laku adalah kerana memang manusia tak dapat dipisahkan daripada seks. Naluri itu terlekat bersemadi di sanubari setiap makhluk yang bernama manusia. Tanpa wujudnya nalusi seks, alamat keturunan manusia tidak akan beranak-pinak.

Dengan dunia internet yang pada zahirnya seseorang itu merasakan bahawa tiada sesiapa memerhatikannya, maka naluri itu akan diluahkan tanpa ada rasa segan silu atas desakan perasaan ingin tahu yang kuat, lagipun ianya sesuatu yang menyeronokkan nafsu.


Kerana seks juga negara kita dibanjiri dengan mayat bayi yang baru dilahirkan oleh remaja yang tidak bersedia menerimanya. Dorongan seks mengatasi pertimbangan akal terhadap kesan yang bakal mendatang akibat terlanjur. Pergaulan bebas tidak terbatas menyemarakkan lagi aktiviti melepaskan nafsu serakah sehingga terkeluar anak.....seks ternyata bukan lagi perkara rahsia walaupun masyarakat kita masih berlakon yang ianya bukan perkara utama.

Mungkin atas sebab popularitinya maka Google sepanjang tahun mengeluarkan senarai carian perkataan seks oleh pengguna internet di seluruh dunia. Mereka mengesan daripada mana carian itu datang dan sepanjang tahun 2011, carian perkataan seks paling tinggi datangnya daripada negara Pakistan ! sebuah negara Islam ! ( moga ini hanya satu mimpi). Ini carta negara paling top mencari perkataan seks:

Pakistan
Vietnam
India
Mesir

Pakistan mengekalkan kejuaraannya menduduki tempat pertama pada tahun 2011 setelah menjuarainya pada tahun sebelum itu.

sumber

UMNO JUARA PERTAHANKAN MASJID, KORANG JANGAN CEPAT KENA TIPU. INI BUKTINYA:



KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.

"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.

"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.

Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.

"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.

Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS.
Berkaitan:

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?

Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.

Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru. -mutaligat



Surau Berembang Dirobohkan UMNO


http://1.bp.blogspot.com/-Ctfxk52xSXk/TvqcMHi4A2I/AAAAAAAAqQA/QpMP1ctOFxU/s1600/bujal.jpg
Surau Bujal Dirobohkan UMNO

SUMBER

SIAPA AHLI POLITIK YANG BERKHALWAT DENGAN BINI ORANG NI? YANG PASTINYA BUKAN PR, KENAPA AKU CAKAP MCM TU? KALAU PR DAH LAMA MASUK TV3,RTM & UTUSAN....

Ahli Politik Mana Nih Main Dengan Bini Orang?



Sapa ahli politik nih??

Puak belah manakah dia nih?


Adakah dia Pas?

adakah Umno?

Mca?Mic?Gerakan?Ohhh tidak!!!! ini parti-parti Kapir...walhal dia seorang islam dan mengucap dua kalimah syahadat dan dilahirkan sebagai seorang muslim...siapakah dia nih?

Aku pun hairan dengan ahli-ahli politik la nih.Macamna nak jadi pemimpin walhal melakukan maksiat terkutuk!!!

Korang bacalah cerita nih yang aku ambil dari suratkhabar nih...

KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya. Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)