yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, December 23, 2011

TURUNKAN BENDERA MUKA NAJIB DAPAT DUA TUDUHAN, MEROSAKKAN NAMA UNIVERSITI & ANCAMAN KETENTERAMAN AWAM. KAN ELOK TUDUH JER ROSAKKAN NAMA UMNO & NAJIB.

http://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2011/12/adam-adli-amk.jpg

KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

“Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi.

“UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara,”

“Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,” katanya.

Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.

Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan.

N'N:Dia tetap seorang wira Mahasiswa yang berani bagi aku..

Contoh Ibu Yang Berperangai Macam Iblis: "Suami Saya Minta Berhubungan, Tapi Saya Tolak. Makanya Saya Tawarkan Bunga, Anak Pertama Saya"

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.8266.1322445664!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg


TEMPO Interaktif, Gowa - Perempuan 19 tahun ini terus menangis ketika menceritakan aib yang menimpanya. "Saya diperkosa bapak tiri saya. Lebih sakitnya, ibu kandung saya membantu suaminya melepaskan pakaian saya," kata Bunga kepada ketua hakim di Pengadilan Negeri Sungguminasa, Gowa, kelmarin.

Kalimat itu nyaris tidak kedengaran lantaran Bunga tak kuasa menahan sakit hati dan malu kepada kedua orang tuanya yang duduk di sebelah kanan ruang sidang. Sampai ketua hakim meminta dia berhenti menangis dan memperjelas ucapannya.

Namun pelajar sebuah sekolah menengah kejuruteraan itu tetap tak mampu menyempurnakan ucapannya. "Ibu saya sangat kejam. Dia terus memegang kaki saya sampai selesai diperkosa," ujar Bunga, dengan suara bergetar.

Ketika menceritakan awal kejadian, Bunga menutupi mukanya dengan baju berwarna cokelat. Namun dia berusaha menguasai diri sambil memandang ibu kandung dan ayah tirinya. Bunga menuturkan bahwa pemerkosaan itu berulang-ulang sejak tahun 2007. Selama itu pula sang ibu ikut membantu.

Tragedi itu pertama kali terjadi sekitar pukul 10 malam. Ayah tiri Bunga, DL, yang baru pulang kerja, langsung tidur di sebelah isterinya, R. Bunga berada di sisi lain ibunya itu.

Tak lama kemudian, DL bangkit dan langsung tidur di sebelah Bunga sambil memeluknya. Bunga pun bangun dan menolak. Dia akhirnya pasrah kerana diancam dengan gunting. "Ibu saya tidak menghiraukan saya, justru disuruh layani," kata Bunga seraya menunjuk ibunya.

Kerana tidak tahan lagi, Bunga menceritakan kebuasan ayah tirinya itu kepada teman-teman dan mak ciknya, Muli. Kejadian tersebut pun diceritakan kepada ayah kandung Bunga, yakni N. Bersama Muli, N melaporkan tindakan durjana DL ke pihak polis Resor Gowa tahun lalu.

R membenarkan semua cerita Bunga. ""Suami saya minta berhubungan, tapi saya tolak. Makanya saya tawarkan Bunga, anak pertama saya," katanya. Kedua terdakwa diancam hukuman penjara maksima 15 tahun.

Sumber

MANA SATU JALAN KELUAR NI???

http://www.lolhome.com/img_big/exit-way.jpg

pening.....

TERKINI BEKAS MB SELANGOR MERANGKAP BEKAS KETUA PEMBANGKANG DR KHIR TOYO DIHUKUM PENJARA SEBULAN DAN HARTA DIRAMPAS AKIBAT RASUAH.



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.


Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


Malaysiakini

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nafi Berkeadaan Uzur, Orang Yang Fitnah Saya Sakit Adalah Orang Yang Tak Kenal Dosa.

http://muzir.files.wordpress.com/2011/05/tgna01.jpg

KOTA BHARU-Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan beliau berada dalam keadaaan uzur dan menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini.

Nik Aziz, 80 berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan.

“Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, ” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, di sini semalam.

Kelmarin, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd. Fadzli Shaari memaklumkan bahawa Nik Aziz telah dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu untuk berehat dan dimaklumkan dibenarkan pulang pagi kelmarin.

Ogos lalu, tersebar khabar angin bahawa Nik Aziz menghidap barah prostat bagaimanapun beliau menafikannya dan menjelaskan hanya menghadapi masalah saluran jantung yang tersumbat akibat kolestrol yang tinggi.

Sebelum ini, biarpun dipertikaikan keadaan kesihatannya Nik Aziz berulang kali menegaskan beliau akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) nanti.

Sinar Harian

Sadisnya Lihat Kanak-kanak Ini Di buli Dengan Diikat Dan Dibakar Hidup-hidup. Gantirugi RM474.7 Bilion Pun Tak Cukup Rasanya.

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) – Juri di sebuah mahkamah di daerah Fayatte, negeri Texas pada Selasa lalu memutuskan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM474.7 bilion) diberikan kepada keluarga seorang budak lelaki yang terbakar pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan akibat dibuli oleh seorang jirannya, kata seorang peguamnya kelmarin.

Budak lelaki itu, Robbie Middleton diserang oleh seorang jiran, Don Wilburn Collins yang berusia 13 tahun pada 28 Jun 1998.

Collins mengikat Middleton di sebuah hutan dan mencurahkan badan mangsa dengan minyak tanah sebelum membakarnya.

Middleton berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan.

Selama lima bulan, Middleton sengsara kerana terpaksa berulang kali menjalani pembedahan untuk menggantikan kulitnya.

Dia meninggal dunia akibat kanser kulit pada 29 April lalu.

Seluruh badannya terbakar kecuali tapak kakinya.

Middleton yang pernah memberikan keterangan menerusi rakaman video menyatakan Collins melakukan serangan seksual ke atasnya dua minggu sebelum serangan tersebut berlaku.

Middleton turut merayu kepada juri supaya memberikan keadilan kepadanya.

“Juri memberitahu kami selepas perbicaraan berakhir bahawa keputusan memberikan pampasan terbesar dalam sejarah AS itu bagi memastikan mesej mereka didengari (sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,)” kata peguam keluarga Middleton, Craig Sico.

Walaupun ganti rugi itu sudah diputuskan, keluarga Middleton memang mengetahui mereka tidak akan dapat memperoleh RM474.4 bilion itu daripada Collins yang telah merosakkan kehidupan anak mereka, kata Sico.

Tujuan sebenar tuntutan sivil berkenaan difailkan adalah untuk memberi tekanan kepada pihak pendakwa raya Daerah Montgomery, Texas supaya mendakwa Collins kerana membunuh.

Collins yang kini berusia 26 tahun masih berada di dalam penjara kerana kesalahan lain.

Dia tidak hadir dalam perbicaraan Middleton.

Collins dihukum penjara semasa dia berusia 16 tahun kerana didapati bersalah mencabul seorang budak lelaki lain yang berusia lapan tahun.

Dia menghabiskan masa empat tahun di sebuah penjara juvenil sebelum dibebaskan.

Namun, dia dipenjarakan semula tidak lama kemudian kerana mencuri dan enggan mendaftarkan diri sebagai pesalah seks.

Dia akan dibebaskan pada tahun depan.

Rekod ganti rugi terbesar sebelum ini di AS adalah berjumlah AS$145 bilion (RM458.9 bilion) ke atas sebuah syarikat tembakau oleh juri di negeri Florida pada 2000 tetapi keputusan tersebut kemudian diubah. – Agensi

sumber: kosmo.com.my

ISU TURUN BENDERA MUKA NAJIB. DENGAR SENDIRI APA KATA TUAN PUNYA BADAN YANG MENURUNKANNYA.



HIDUP MAHASISWA!!!SEMANGAT INI YANG KAMI DAMBAKAN DARI MAHASISWA!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)