yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, December 21, 2011

AGAK-AGAK KORANG SIAPA YANG SUKA BUAT FITNAH MACAM GAMBAR NI???

398615_203258006428333_100002324062153_440342_1689187750_n.jpg (799×303)

Agak-agak koranglah siapa???

TU DIA HANDSET AKU......

http://www.lolhome.com/img_big/there-goes-your-cell-phone.jpg

Hanya mampu memandang...

KENAPA KENA PERIKSA DAHULU BUAH DURIAN YANG HENDAK DIMAKAN? GAMBAR INI ADA JAWAPANNYA:






Kerana anda mungkin akan termakan ulat..eee.......

Sumber:nasihangit.blogspot

Begitu jugalah dengan Part Politik...Kita tidak boleh lihat dari segi luarannya sahaja...Mereka boleh sahaja berslogan membela Melayu dan mengangkat Islam tapi hakikat sebenarnya "busuk sampai ke usus" saya petik kata Tun Mahathir...


Ayuh sahabat-sahabat kita selamatkan Malaysia...Jom ubah Kerajaan pada PRU-13 nanti..Kita hapuskan Pemimpin2 hiprokrit.....

KEPUTUSAN LES LIWAT 9 JAN : RAKYAT SUDAH DAPAT MENERIMA HANYA ADA 3 OPSYEN DAN RAKYAT SUDAH CUKUP BERSEDIA, PERSOALANNYA ADAKAH UMNO/BN BERSEDIA???

9 Januari : Hanya ADA 3 OPSYEN untuk Anwar, PR dan rakyat SUDAH BERSEDIA


9 Januari ini bakal menentukan landskap politik baru Malaysia. Itu antara ramalan dan telahan beberapa pemerhati politik. Mungkin era REFORMASI 2 akan berlaku setelah reformasi 1 pada 1998 dahulu.


Anwar akan menghadapi 3 kemungkinan. Pertama beliau didapati BERSALAH dan TIDAK dibenarkan ikat jamin sebelum menunggu prosess rayuan. Kedua, beliau DIBEBASKAN dan ketiga beliau didapati BERSALAH tetapi dibenarkan untuk IKATJAMIN sementara menunggu rayuan.

Jika beliau didapati BERSALAH dan TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN maksudnya PR akan memasuki PRU 13 tanpa Anwar. Jika beliau dibenarkan IKATJAMIN maka Anwar TIDAK BOLEH bertanding tetapi boleh berkempen ke serata pelusuk negara pada PRU 13 jika ianya diadakan pada masa terdekat.

Inilah opsyen-opsyen yang ada sekarang. BN sudah tentu mempunyai strategi tertentu bagi menghadapi situasi ini. Manakala PR sudah tentu bersedia dengan keadaan yang paling teruk iaitu Anwar disumbat dalam penjara tanpa dibenarkan ikatjamin.

Di pihak rakyat sebenarnya, kami sudah bersedia untuk mengundi PR walau siapa pun ketua mereka. Apa yang penting ASAL BUKAN Umno/BN (ABU).

Kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Turki di mana Erdogan dipenjarakan oleh pemerintah hanya kerana kesalahan membaca sajak. Ketika Pilihanraya Turki pada masa itu, Erdogan merengkok dalam penjara. Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) masuk pilihanraya yang menang. Mereka melantik Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri dan Erdogan dibebaskan dan pilihanraya kecil diadakan. Erdogan dilantik menggantikan Abdullah Gul. Ini juga boleh diaplikasikan di Malaysia.

Apa penting PR mesti bersatu dan tidak mudah melatah dengan serangan dan provokasi BN yang sudah tentu akan mengambil kesempatan jika Anwar disumbat ke dalam penjara.

Kepada BN...............jangan bimbang, rakyat sudah cerdik walaup apapun BN lakukan......rakyat akan tetap TOLAK BN pada PRU 13 nanti. SUMBER

INI YANG BERLAKU BILA LAPIK MOUSE KORANG EMO...

http://www.lolhome.com/img_big/mouse-mat-dilemma.jpg

Kesian....Didalam dilema....

Perkasa Tidak Akan Keluar Undi Jika Guna Dakwat Kekal, Alhamdulillah Kurang UNDI Untuk UMNO Nanti...



Perkasa dah semakin meroyan dan mabuk!! Perkasa ni memang spesis parasit, jenis makhluk perosak. Tak boleh ler nak tengok orang senang sikit, ade je isu kebudak-budakan yang di bawak. Macam terencat akal pun ye.. Kini, memang sah Perkasa pencacai UMNO yang cuba berselindung di sebalik NGO. Apa kejadahnya nak bantah penggunaan dakwat kekal, negara lain kat dunia dah lama gunakan. NGO lain tak berbunyi pun.. alih-alih NGO tak cukup akal ni pulak berbunyi. Lepas PRU 13 nanti eloklah campakkan Perkasa ni dalam Muzium bersama-sama UMNO. Yang sebenarnya UMNO yang tak nak dakwat kekal, jadi pencacai Perkasa pun menyalak ler..


Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal


Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa. ~malaysiainsider

SUMBER

N'N:Keputusan yang bijak wahai PERKASA bior UMNO kalah......Itu yang kita nak pun...PERKASA ingat dia bagus sangat ker nak ugut2 macam orang takut sangat ludah dia bukan takut tapi jijikjer....kah3...

LIHAT GAMBAR INI DAN BERITAHU AKU SIAPA YANG LEBIH TAK BERTAMADUN?

Turunkan bendera yang memaparkan gambar pemimpin Zalim...

http://www.marhaen.info/images/bendera_pres_umno.jpg




Kencing pada gambar Ulama'....

http://1.bp.blogspot.com/_QSq2yX0NW4o/TSg8mj1AJ2I/AAAAAAAAANc/9Z99eDDOVss/s1600/kencing.jpg

Korang fikir sendiri.....Allah S.W.T dah kurniaan akal & fikiran....

DUIT MASUK RM476.52 SEHARI, KERJA APA NI?

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C. Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk. Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda. Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but. "Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP



p/s: tak payah nak memilih kerja sangat..yang penting kerja itu HALAL

sumber:http://pezolstylez.blogspot.com

N'N: Daripada MENCURI ,RASUAH dan KORUPSI macam Pemimpin UMNO lebih baik jadi tukang kilat kasut...

Ini Ikrar Ariff Alfian (Gay Malaysia) "Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat " Tapi Dia Lupa Yang Allah S.W.T Melaknat Golongan Gay...


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

N'N: Gay & Lesbian itu penyakit ia perlu diubati dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan Al-Quran & Sunnah..Kembalilah kepada Fitrah....

VIDEO PALING LAWAK ABAD INI:

TERBAIK DARI LADANG:





INI ANTIVIRUS PALING MURAH DIPASARAN?



Kat kedai runcit pun ada....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)