yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, December 19, 2011

AKU BETUL KAU SALAH!!! KENAPA TAK BOLEH DUA-DUA BETUL??? KORANG TAHU TAK, APA ITU KHILAF? NAK TAHU CONTOH KHILAF, JOM TENGOK VIDEO NI:



Ini bukti Dr. Asri tidak berfahaman Wahabi.




Ustaz Azhar Idrus pun kena siku dengan manusia yang tak boleh berbeza pendapat...


Tak bolehkah berbeza pendapat...



Wahabi sekarang berbeza dengan apa yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab.


KALAU DAH MACAM NI MEREKA BUAT, SAHLAH INI INSAN YANG PALING DITAKUTI DI MALAYSIA.

GAMBAR SELAPUT DARA PALSU UNTUK MENGGALAKKAN ZINA SEBELUM KAHWIN DAN MENIPU BAKAL SUAMI.

http://3.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/TM-y7rAMzdI/AAAAAAAAIks/_nZxMzaNrmQ/s320/ScreenHunter_01Jan081438.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/TM-y8CeQBmI/AAAAAAAAIkw/CTvJ-H8lshY/s320/ScreenHunter_02Jan081438.jpg

Macam-macam hal sekarang ni akibat kecanggihan teknologi.

Yang untuk kebaikan dan memudahkan manusia tu memang bagus.

Tapi ada juga teknologi yang menjahanamkan manusia seperti produk seks dari China ni iaitu selaput dara palsu.

Produk ni diusahakan oleh Syarikat Gigimo di China yang diberi nama,”Artificial Virginity Hymen”.

Ianya boleh didapati dengan harga sekitar AS$50.

Ada negara yang mengharamkan penggunaan selaput dara palsu ni terutama di Mesir.

N'N: Dunia akhir zaman.......Anda mungkin boleh menipu suami anda tetapi dosa anda melakukan zina tidak akan diampun sekiranya anda tidak bertaubat.......Dan kepada si suami pula bukan semua wanita yang tiada dara itu jahat, mereka mungkin mengalami peristiwa hitam seperti dirogol....Mereka tidak bersalah kerana mereka tidak rela dirogol.....

sumber

MUNGKIN INILAH SEBABNYA MENGAPA TUN MAHATHIR KATA "UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS"

GAMBAR CARA MELAMPAU NAK SEJUKKAN LAPTOP.

http://www.lolhome.com/img_big/need-more-cooling-power.jpg

Memang melampau...kah3...Mahal sangat ker fan untuk laptop???

ADAKAH INI PENCAPAIAN TERBAIK NAJIB UNTUK MALAYSIA??? APA PENCAPAIANNYA SILA BACA..

Malaysia negara ke-empat paling rasuah di dunia tetapi Najib tidak bersuara

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini."

Rasuah, kecurian dan pemberian faedah

Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai.

Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Tindakan separuh jalan

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.

Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib

Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.

Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.

Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?

Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah.


Sumber: Malaysia Chronicle

N'N:Selamatkanlah Malaysia..Jom ubah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)