yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, December 18, 2011

Tun Kata 'Melayu Mudah Lupa' Tapi Sebenarnya Tun Dr Mahathir Yang Mudah Lupa. Kalau Nak Tahu Apa Yang Dia Lupa Sila Baca..


KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.

Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.

Kedua-dua pautan itu boleh dilayari laman web Bank Dunia di alamat ini dan ini

SUMBER

GAMBAR INI BUKTI UMNO DALAM MASALAH YANG SANGAT-SANGAT BESAR.

http://1.bp.blogspot.com/-p40nO7rl1gE/TuxYvFmyAtI/AAAAAAAAPhk/j-Sj30KHTaA/s1600/kdwzau.jpg

anak-anak muda telah bangun
anak-anak mahasiswa telah bangun
mereka telah menuntut hak
mereka mahu kebebasan
mereka sampai ke PWTC mereka menurunkan bendera gambar Najib
mereka menggantikan dengan bendera KEBEBASAN!!!

SUMBER:TUKARTIUB.

KALAU ORANG KAMPUNG DAH JADI MACAM GAMBAR NI, UMNO AKAN KALAH TERUK PRU-13.

http://www.lolhome.com/img_big/everyone-s-connected.jpg

Jom Baca Apa Yang Berjaya Dicapai Oleh Bekas Pemimpin PAS Yang Masuk UMNO.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/203282_100002356090818_2313717_n.jpg
Ahli PAS cukup kenal siapa insan ini....

Majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Oktober 2009 membangkitkan lagi krisis politik di Perak. Mungkin Editor majalah tersebut dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berkerjasama menerbitkannya tidak begitu selesa dengan jawapan dan penjelasan saya mengenai isu tersebut seperti yang tersiar dalam keluarannya pada bulan Ogos 2009.

Secara jelas saya menolak dakwaan Tan Sri (ketika itu Datuk Seri) Haji Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak, yang kononnya krisis tersebut berpunca dari sikap saya. Mufti tersebut dalam wawancaranya dengan majalah MM keluaran Mei 2009 mendakwa kononnya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang bersetuju PAS membentuk kerajaan bersama UMNO di Perak. Hanya saya yang ketika itu selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang menolak cadangan itu.

Penjelasan saya sebahagiannya ditapis dan tidak disiarkan tetapi saya siarkan dalam blog saya. Bahkan saya dedahkan perbuatan mungkir janji pihak Editor mengenai beberapa syarat yang dipersetujui untuk menemubual saya.

Atas persetujuan kepada syarat-syarat itulah saya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah MM yang membuat tulisan berunsur fitnah terhadap saya. Saya percaya kerana tidak senang dengan pendedahan dalam blog saya menyebabkan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menulis, samada dengan maksud membela Tan Sri Harussani atau pun cuba mempertahankan majalah MM yang di bawah naungannya, sebelum beliau tamat perkhidmatannya selaku Pengarah YADIM pada 31 Oktober yang lalu.

Saya masih ingat pada suatu hari dalam bulan Jun lalu, Datuk Nakhaie dalam perbualan telefon dengan saya begitu mesra menyatakan persetujuannya supaya majalah MM menemubual saya untuk menjawab segala perkara yang berkaitan yang dibangkitkan oleh Tan Sri Harussani. Akan tetapi ternyata beliau mencari peluang untuk menzahirkan isi mindanya dalam "Kembara Minda" majalah tersebut.

Saya sebenarnya memang tidak gemar hendak mendedahkan cerita peribadi seseorang, namun untuk menjustifikasikan pendapat dan memberi hujah dalam menegakkan kebenaran, terpaksalah cerita peribadi Datuk Nakhaie saya ambil sebagai fakta untuk dinilai sejauh mana tulisan dan pendapat beliau boleh diterimapakai, kerana beliau sendiri adalah seorang yang boleh digelar sebagai ulama.


Datuk Mohd Nakhaie dahulunya dikenali sebagai Ustaz Nakhaie. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan Darul Ulum, Kaherah, Mesir. Beliau pernah bertugas sebagai Penasihat Agama ITM (kini UiTM), Shah Alam tetapi kemudiannya meninggalkan jawatan tersebut.

Setahu saya beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Biro Agama UMNO yang diketuai oleh Datuk Wan Abdul Kadir Ismail sebelum menyertai PAS. Beliau juga pernah aktif dalam ABIM dan pernah ditahan beberapa hari di bawah ISA kerana terlibat dalam demonstrasi isu Baling 1974. Beliau menyertai PAS pada akhir tahun 70an dan kemudian meninggalkan PAS pada penghujung 1980an. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS dan menjadi Naib Presiden semasa keluar PAS dan menyertai UMNO.

Jubah dan Serban Ustaz Nakhaie

Setahu saya Ustaz Nakhaie semasa dalam PAS dulu sering memakai jubah, berkopiah merah berlilit putih (serban ala Syeikh Azhar) seperti yang saya sentiasa memakainya. Sebaik sahaja beliau meninggalkan PAS, Ustaz Nakhaie menanggalkan serban Azhar dan sekali-sekala bersongkok hitam tetapi kebiasaannya tiada bersongkok.

Sebab itu tidak hairanlah apabila beliau menulis: "Orang politik bersilat mengikut rentak dan gendang politik. Serban dan jubah orang politik tidak melambangkan kelurusan. Perkataan yang diucapkan juga ada maksud yang tersurat dan tersirat." Jadi Ustaz Nakhaie menjadikan apa yang diamal dan dilakukannya selaku seorang ulama sebagai suatu ukuran yang standard terhadap semua ulama, iaitu mereka tidak boleh dipercayai seorang yang lurus dan jujur dalam perkataan dan perbuatannya apabila terlibat dalam gelanggang politik. Oleh kerana yang kerap memakai jubah dan berserban adalah orang-orang PAS, maka apa yang beliau katakan itu boleh dianggap ditujukan kepada ulama-ulama dalam PAS, termasuk saya sendiri.

Pandangan dan fahaman Ustaz Nakhaie mengenai politik semata-mata diukur dengan pendirian politik peribadinya yang dapat ditafsirkan bahawa tindak-tanduk beliau samada di dalam PAS atau ketika berada bersama UMNO sehingga hari ini (walaupun tanpa sebarang jawatan), sentiasa mengikut rentak dan gendang politik untuk mencapai sesuatu kepentingan peribadi beliau. Sebab itu beliau berpendirian bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan politik, beliau mengiktiraf "kaedah tujuan menghalalkan cara" (the end justifies the means) yang diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli sejak abad ke-16 masehi.

Sebenarnya sepanjang beliau berada di dalam PAS lebih sepuluh tahun, saya tidak meragui ketulusan dan kelurusan beliau sebagai seorang pemimpin gerakan Islam (PAS), sekalipun saya tahu beliau pernah menduduki Biro Agama UMNO (saya tidak pasti samada beliau menjadi ahli parti itu). Saya pun tidak pernah mempersoalkan tindakan beliau menyelamatkan diri dari kemungkinan ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang (1987) memberkas ramai pemimpin-pemimpin politik pembangkang termasuk Haji Mohamad Sabu. Memang sepatutnya seorang pejuang mesti bersedia menghadapi sebarang risiko bersama rakan seperjuangan, tetapi Ustaz Nakhaie memilih jalan yang lebih selamat. Kepada saya tindakan beliau itu masih boleh diterima kerana beliau masih boleh meneruskan perjuangan dari luar negara. Beliau sanggup meninggalkan anak isteri beberapa bulan lamanya sehingga menimbulkan masalah kepada keluarganya.

Saya masih ingat pada suatu hari isteri beliau, Ustazah Rusmiyati Harun (kini Datin) mengadukan hal kesusahannya kepada saya disebabkan Ustaz Nakhaie tidak balik ke tanahair dan terus menyembunyikan diri di luar negara. Saya diberitahu Ustaz Nakhaie kadang-kadang berada di Mesir, kadang-kadang berada di UK atau di tempat lain. Beliau berkata: "Sayalah ibu, sayalah ayah dalam rumahtangga kami, kerana Ustaz (Nakhaie) tidak dapat memenuhkan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sejak beliau berada di luar negara kerana menyelamatkan diri." Saya ketika itu menjadi ketuanya di JAKIM (ketika itu BAHEIS - Bhg Hal Ehwal Islam JPM) di mana Ustazah Rusmiyati adalah salah seorang pegawai kanan (KPP) di bawah arahan saya. Saya nasihatkan beliau supaya sentiasa bersabar dan beristiqomah serta memahami benar-benar perjuangan yang didokong oleh Ustaz Nakhaie.


Khabar Angin

Bagaimanapun kira-kira dua tahun kemudian, saya terkejut bila bertiup khabar angin yang Ustaz Nakhaie akan meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Pada suatu hari dalam suatu mesyuarat pegawai-pegawai JAKIM, seorang pegawai yang duduk di sebelah saya berbisik mengatakan Nakhaie akan masuk UMNO dan akan dilantik sebagai Timbalan Menteri (Hal Ehwal Islam). Sehari dua selepas itu, beberapa orang pegawai JAKIM mengucapkan tahniah kepada Ustazah Rusmiyati.

Beliau tidak memberi komen tetapi tersenyum simpul mendengar ucapan itu. Saya pada mulanya agak sukar mempercayai khabar angin itu walaupun orang yang pertama membawa berita itu kepada saya adalah seorang yang rapat dengan Datuk Dr Yusuf Noor (kini Tan Sri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau memang seorang pegawai yang pro-UMNO dan kebetulan berasal dari Terengganu.

Pertemuan di Rumah Saya

Bagaimanapun, beberapa hari selepas tersebar khabar angin itu, Ustazah Rusmiyati menyampaikan hasrat Nakhaie untuk berjumpa dan meminta pandangan saya. Saya pun bersetuju dan esok harinya, Nakhaie dan Ustazah Rusmiyati sampailah ke rumah saya di Kampung Tunku, Petaling Jaya. Mereka datang selepas waktu Maghrib dan berada di rumah saya lebih satu jam.

Ustaz Nakhaie menerangkan tujuannya bertemu dengan saya dan menggambarkan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk berada di dalam PAS terutama kerana katanya, PAS tidak akan mencapai kemenangan di dalam pilihanraya umum yang akan diadakan nanti. Beliau yakin UMNO akan mencapai kemenangan besar dan orang Melayu mesti bersatu.

Berbagai-bagai lagilah alasannya untuk meninggalkan PAS yang didokongnya hampir 20 tahun. Selepas mendengar luahan Ustaz Nakhaie itu, saya tunjukkan tajuk utama akhbar Harakah keluaran beberapa minggu sebelum itu di mana Ustaz Nakhaie menghentam Dr Mahathir. Ketika itu pimpinan Harakah diterajui oleh Nakhaie. Saya bertanya: "Ini macamana, enta baru saja hentam Dr Mahathir. Sekarang dah nak bersama dia pula?" Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan jawapan. Kami hanya bertemu secara empat mata kerana Ustazah Rusmiyati duduk di ruang tamu lain dilayani oleh isteri saya (Allahyarhamha Hajjah Fatimah Maimunah).

Ketika mereka hendak pulang, barulah isterinya bersama kami dan ketika itulah saya menyerahkan satu sampul surat berwarna hijau yang kandungannya merupakan sepuluh pesanan saya kepada saudara Anwar Ibrahim (Datuk Seri) ketika beliau mahu meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO pada 1982 tetapi surat itu diserahkan balik kepada saya semula kerana kandungannya telah saya sebutkan satu-persatu kepada Anwar dalam pertemuan empat mata di rumah beliau di Subang Jaya ketika itu.

Saya beritahu Nakhaie: "Ini surat 10 wasiat ana kepada Anwar Ibrahim lebih kurang 7 tahun dulu. Balik nanti, enta baca baik-baik dan kemudian pulangkan balik kepada ana." Setelah mengambil surat itu, Nakhaie menyerahkan surat itu kepada isterinya di hadapan saya. Saya tidak pasti samada surat itu dibaca oleh Nakhaie, yang pasti surat itu tidak dikembalikan kepada saya. Ustaz Nakhaie dan isterinya memberi alasan mereka tidak dapat menemui surat itu, bahkan Nakhaie pada mulanya semacam meragui ada menerima surat tersebut. Tapi isterinya mengakui yang mereka ada menerima surat itu bila hendak keluar meninggalkan rumah kami.

Saya masih teringat selepas melangkah keluar dari pintu hadapan rumah saya, Ustaz Nakhaie berkata: "Nanti kalau kami masuk UMNO, jangan pula tak tegur kami ..." Saya dan arwah isteri saya tersenyum mendengar kata-katanya itu, lalu saya jawab: "Jadi sahlah enta ni nak masuk UMNO?" Dia hanya tersenyum mendengar pertanyaan saya. Walhal semasa perbualan kami pada malam tu, saya meminta beliau supaya seboleh-bolehnya jangan menyertai UMNO. Kalau pun beliau tidak dapat lagi bersama dengan PAS, bergeraklah dalam NGO, malah saya menawarkan pimpinan Persatuan Ulama (PUM) kepada beliau.

Keluar PAS, Masuk UMNO

Beberapa hari selepas pertemuan itu, tersiarlah dalam media arus perdana cetak dan elektronik, gambar Ustaz Nakhaie bersama Datuk Yusuf Noor mengumumkan penyertaannya dalam UMNO dan meninggalkan PAS. Dari saat itulah Nakhaie mulai tersepit di gelanggang politik seperti yang beliau gambarkan dalam tulisannya seperti tajuk di atas. Saya katakan demikian kerana semasa dalam PAS, walaupun beliau berbeza pendapat dengan setengah pimpinan yang lain, namun peribadinya sebagai seorang ulama, kepimpinannya masih diiktiraf sehingga beliau memenangi salah satu jawatan Naib Presiden. Ketika dalam PASlah beliau memenangi kawasan Parlimen Baling, manakala apabila menyertai UMNO, nak jadi calon di kawasan yang sama pun ditolak dan tersepit di antara Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun) dan Dr Mashitah Ibrahim.

Sebenarnya ketika mula melangkah menyertai UMNO, Nakhaie sudah tersepit di antara dua orang pemimpin UMNO yang pernah menjadi sahabatnya. Kedua-dua pemimpin tersebut adalah orang yang dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Dr Mahathir, mereka ialah Datuk Yusuf Noor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Yusuf Noor rakan sealiran lulusan Azhar kepada Nakhaie, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim bekas Presiden ABIM yang pernah Nakhaie menyertainya. Keadaan Nakhaie terus tersepit dan tertekan bila Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Encik Ghafar Baba (Al-Marhum Tun) bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sedangkan Datuk Yusuf Noor memihak kepada Ghafar Baba. Dalam pertandingan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang.

Benar-benar Tersepit

Nakhaie benar-benar tersepit apabila Datuk Yusuf Noor tidak dapat memberikan sebarang jawatan dalam kerajaan. Kononnya nak dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebesar habuk pun dia tak nampak. Malah apa yang terjadi Ustaz Nakhaie terpaksa turun padang berceramah di seluruh negara dan diwar-warkan kononnya beliau Pegawai Khas Pusat Islam (panggilan popular JAKIM ketika itu). Akhirnya Yusuf Noor mengarahkan supaya diwujudkan satu jawatan kontrak untuk Ustaz Nakhaie. Oleh kerana jawatan yang boleh diwujudkan di Bahagian Penyelidikan, sayalah yang mengambil tanggungjawab melaksanakan arahan tersebut kerana saya ketika itu Pengarah Pusat Penyelidikan Islam. Apabila jawatan tersebut ditawarkan kepada Nakhaie, kami tidak menerima sebarang jawapan yang beliau bersetuju menerima tawaran tersebut.

Bila dimaklumkan kepada Datuk Yusuf Noor dalam satu mesyuarat, respon beliau lebihkurang berbunyi: "Kita menawarkan jawatan yang kita boleh beri. Bukan memberikan jawatan yang dia hendak." Maka berakhirlah kisah jawatan untuk Nakhaie. Akhirnya dalam keadaan tersepit itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan UMNO. Dengan perlantikan itu maka di dalam parti pun beliau tersepit lagi di bawah seorang Ketua Penerangan UMNO yang terkenal dengan sifat "gedebe"nya. Harapan Nakhaie sekiranya memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan, dapatlah duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO dan bolehlah mengeluarkan isi mindanya untuk berdiri sama tinggi dengan Anwar Ibrahim dan Yusuf Noor dalam mendokong Dr Mahathir untuk melaksanakan penerapan nilai Islam Dr Mahathir yang amat dikagumi Nakhaie.

Terus Dirundung Malang

Ustaz Nakhaie terus dirundung malang apabila kalah untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Baling dan seterusnya terpaksa melupakan niat untuk menjadi calon Ahli Parlimen Baling walaupun telah turun berkempen sebelum senarai nama-nama calon diumumkan, apabila ternyata kemudiannya Dr Mashitah calon yang dipilih partinya. Lebih mengecewakan lagi perasaan Nakhaie apabila dia hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000.

Semenjak itu nama Nakhaie terus dilupakan oleh UMNO tetapi Nakhaie terus menjiwai UMNO untuk perpaduan Melayu, kononnya. Dalam kehidupan peribadi sehariannya pun Nakhaie tersepit di tengah-tengah adik-beradik dan ibunya yang merupakan pendokong kuat PAS. Abangnya Ustaz Zawawi ialah Ketua Dewan Ulama PAS Kedah dan adiknya Allahyarham Ustaz Suhaimi orang kuat Pemuda PAS Kedah, bahkan adiknya yang telah bersara dari Angkatan Tentera sebagai Ketua KAGAT iaitu Brigadier Jeneral (B) Najmi, setahu saya pun beliau adalah seorang pendokong PAS. Lebih unik lagi yang menjadikan Nakhaie tersepit dalam kehidupan sehariannya kerana rumah beliau tersepit di tengah-tengah di antara Markaz Tarbiyah, rumah Ustaz Hassan Syukri di sebelah kanan rumahnya dan rumah orang-orang PAS di sebelah kirinya.

Namun demikian mulai tahun 2000 Ustaz Nakhaie diberi jawatan oleh Dr Mahathir apabila dilantik sebagai Yang DiPertua YADIM. Dengan jawatan itu beliau mendapat gaji yang lumayan dan beberapa kemudahan. Tidak lama kemudian beliau dianugerahkan gelaran Datuk. Sebelum itu pernah juga beliau memegang jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, tetapi tidak lama kemudian beliau meninggalkan jawatan itu. Mungkin kerana tersepit teruk di bawah Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.

Apa Dia Buat di YADIM?

Sepanjang Datuk Nakhaie Ahmad memimpin YADIM ketika zaman Mahathir, tidak nampak pun apa yang dibuat oleh YADIM untuk meningkatkan program penerapan nilai Islam Dr Mahathir yang amat dikaguminya. Yang lebih mengecewakan apabila Dr Mahathir mempertikai/mengkritik hukum-hakam Islam yang fundamental, tak pernah terdengar pun suara Datuk Nakhaie membuat penjelasan, apatah lagi istidrak (pembetulan) terhadap kenyataan Dr Mahathir.

Saya tidak pernah dengar Ustaz Nakhaie atau YADIM mengeluarkan pandangannya terhadap kumpulan Jamaah Al-Quran Malaysia (JAM) yang diketuai oleh Dr Kassim Ahmad yang secara terang-terang menolak hadith. Dr Mahathir pernah membuat kenyataan seolah-olah membela kumpulan ini apabila beliau menegur keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa sesiapa yang menolak hadith secara total adalah sesat dan membawa kepada murtad. Sehingga ke hari ini JAM terus bebas bergerak.

Di zaman Abdullah Badawi YADIM diamanahkan untuk mendakwahkan Islam Hadhari program Abdullah Ahmad Badawi. Dan diakui YADIM berperanan melaksanakan tugas yang diamanahkan tetapi konsep Islam Hadhari bukan sahaja terus tidak dapat difahami oleh rakyat, bahkan juga oleh pegawai-pegawai kerajaan sendiri yang sentiasa dipaksa untuk mengikuti pelbagai kursus mengenai Islam Hadhari di mana Datuk Nakhaie sering membentang kertas mindanya.

Saya difahamkan idea melahirkan Islam Hadhari itu sebahagiannya adalah cetusan minda Ustaz Nakhaie yang disalurkan kepada Dr Abdul Hamid Othman (Tan Sri), Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang bertaraf Menteri Kabinet. Mungkin Ustaz Nakhaie berasa "syok sendiri" apabila konsep Islam Hadhari itu sentiasa diwar-warkan oleh media arus perdana, telah dapat sambutan dari berbagai-bagai negara Islam. Kononnya mereka hendak mencontohi Islam Hadhari dilaksanakan di negara mereka masing-masing.

Angkara 1MALAYSIA Najib

Tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Badawi berundur secara terpaksa yang pada zahirnya bersebab dari kritikan-kritikan Dr Mahathir. Nakhaie nampaknya tersepit di antara Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Nakhaie faham bahawa Dr Mahathir mahukan Najib Tun Razak untuk mengambil tempat Abdullah. Bila saja Najib menggantikan Abdullah beliau terus mengumumkan slogan konsep kepimpinan 1MALAYSIA. Ini bererti tamatlah riwayat Islam Hadhari Abdullah Badawi.

Badawi pula dilantik oleh Najib menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam (IKIM). Kalau Islam Hadhari hendak dihidupkan terus, cukuplah IKIM menjadi talian hayatnya. Najib melihat YADIM tidak perlu lagilah memikul tugas untuk menyelamatkan Islam Hadhari kerana beliau tidak mahu lagi dalam kepimpinannya dihubungkaitkan dengan Perdana Menteri yang digantikannya. Dengan slogan 1MALAYSIA Najib menamatkan perkhidmatan Datuk Ahmad Nakhaie sebagai Yang DiPertua YADIM mulai 1 November lepas.

Najib menawarkan jawatan tersebut kepada Dr Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, seorang tokoh ilmuan Islam yang sedang popular dengan pandangan dan mindanya yang kerap mengundang kontroversi. Apakah sebenarnya Najib mahu Dr Asri Zainal Abidin atau hanya sekadar untuk membuat Datuk Mohd Nakhaie terus tersepit? Hari ini Datuk Nakhaie sedang berhadapan dengan Dr Asri yang membangkitkan apa yang dikatakannya sebagai perkara-perkara yang tidak jelas dalam pentadbiran kewangan YADIM semasa di bawah pimpinan Nakhaie.

Akhir sekali, saya nak menegaskan bahawa ulama di dalam gelanggang politik Islam tidak pernah tersepit selama perjuangannya berdasarkan Islam dan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Hanya yang akan tersepit apabila perjuangan seorang ulama itu tidak jelas dasarnya, Islamkah, nasionalismekah, yang sebenar menjadi dasar.

Kalau nasionalisme menjadi dasar, dia boleh berubah-ubah mengikut rentak dan gendang politik kerana matlamatnya hanya kemenangan di dunia. Inilah yang berlaku kepada ulama-ulama di dalam UMNO walaupun berkelulusan Ijazah PhD dalam bidang syariah, usuluddin, tasawwuf, Al-Quran, hadith, kesemuanya akan tersepit dan akhirnya tersingkir. Lihatlah hari ini, mana ada dalam Majlis Tertinggi UMNO yang berkelulusan agama. Satu demi satu tersingkir. Tunggulah selepas Brigadier Jeneral (B) Jamil Khir Baharom yang diberi lesen menjadi Menteri dengan jawatan Senator, berapa lama dia boleh dipakai oleh Najib kerana dalam parti UMNO tiada apa-apa jawatan.

Menyentuh tentang nasihat Nakhaie kepada Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam tulisannya yang berbunyi: "Tan Sri! Sebenarnya orang-orang politik ada pelbagai alasan untuk membenarkan tindakan mereka atau memperbetulkan kata-kata mereka yang salah. Bahkan mereka juga mempunyai banyak cara dan kaedah untuk meletakkan kesalahan yang mereka lakukan ke atas bahu musuh-musuh mereka. ..." Saya suka hendak memberitahu Nakhaie bahawa mufti tersebut beria-ria menemui pimpinan PAS hingga ke Kelantan adalah kerana Sahibus Samahah itu seorang ulama politik yang pro-UMNO.

Beliau memberitahu saya apa yang dilakukannya itu adalah atas permintaan (baca: arahan) Datuk Seri DiRaja Tajol Rosli, mantan MB Perak yang beliau bernaung di bawahnya. Jadi usahanya itu adalah merupakan tindak-tanduk politik UMNO. Walaupun tujuannya untuk menggabungkan UMNO dengan PAS dalam kerajaan Perak tapi dasar tujuannya adalah bermula dengan Melayu sedangkan perjuangan PAS bermula dengan Islam. Jadi yang tersepit antara Melayu dan Islam ialah ulama yang sefaham dan seangkatan serta sewaktu dengan orang seperti Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Demikianlah respon saya atas tulisan Datuk Mohd Nakhaie di dalam majalah MM keluaran terakhir yang beliau bersama YADIM tapi tidak menjadi penaungnya lagi dalam keluaran Oktober 2009 ini.

AF Ust Ahmad Awang.

sumber:http://usahmadawang.blogspot.com

N'N:Bila dah masuk UMNO tiada langsung suaranya menentang ke
mungkaran dalam UMNO...Itulah hakikatnya apabila Pemimpin PAS yang mahu masuk UMNO.....Tersepit ditengah-tengah politik kotor UMNO.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)