yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Saturday, December 17, 2011

Syahidnya Seorang Ulama' Al-Azhar Pertahankan Thawrah.

Syahidnya seorang ulama' azhari kesayangan ummah. As-syahid Fadhilatul Syeikh Imaduddin Effat merupakan setiausaha fatwa Darul Iftak Misriyyah yang telah kembali ke rahmatullah akibat terkena tembakan di dada ketika berada di Syari' Majlis al-Wuzara' jam 6.30 petang semalam (waktu Mesir).


Beliau merupakan seorang ulama besar yang amat wara' dan zuhud dengan ilmunya. Seorang yang pakar fiqh sehingga digelar oleh anak murid beliau sebagai mufti yang paling faqih dan juga pakar dalam ilmu Qiraat dan Lughah.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/376170_201414333279391_201375526616605_443094_1890623012_n.jpg
Ketika dalam kelas pengajian

Beliau bukan sahaja seorang yang faqih yang bidang keilmuan malah beliau juga merupakan insan yang sangat cintakan kepada jihad. Cintanya kepada jihad dan sensitiviti beliau terhadap umat Islam jelas dalam kebanyakan majlis ilmu beliau sekalipun melalui sindiran terutama semasa Israel menyerang Gaza dan pendirian kerajaan Mubarak terhadap rakyat Palestin.


Beliau diantara ulama’ Azhar yang pernah berfatwa tidak harus kepada mana-mana lelaki mukallaf berdiam diri di rumah bermula 27 Januari yang lalu dan mereka yang terbunuh pada detik-detik thawrah yang lalu mendapat pahala syahid daripada Allah.


Perhimpunan yang diadakan di Qasr el Aini semalam adalah disebabkan penentangan rakyat Mesir terhadap tangan-tangan kotor yang cuba menggagalkan pilihanraya Parlimen yang sedang berjalan kini.


Ternyata dua fasa pilihanraya yang telah berakhir menunjukkan penguasaan besar tayyarat Islamiyyah, ini cukup menakutkan pihak musuh.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/384425_201450146609143_201375526616605_443308_64885442_n.jpg
Syeikh bersama syabab Mesir di Medan Tahrir
Ramai pihak yang marah dengan pihak kerajaan sementara di atas apa yang telah berlaku semalam. Pimpinan Ikhwan Muslimin telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menuntut beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan, antaranya ialah :


1) Pihak ketenteraan perlu memohon maaf dengan rakyat disebabkan jenayah yang telah dilakukan semalam.


2) Meneruskan pilihan raya parlimen seperti yang dirancang dan menyerahkan kuasa kepada orang awam sebelum akhir bulan Jun 2012.


3) Penyiasatan secara adil dan bebas dengan apa yang telah berlaku semalam dan mengumumkan secara terbuka hasil siasatan pada masa tertentu.


Dibimbangi dengan apa yang berlaku semalam seolah-olah ada pihak yang cuba melaga-lagakan institusi agama dengan pihak ketenteraan.


Nota : Jenazah syeikh yang diuruskan sendiri oleh Fadhilatul Mufti, Syeikh Ali Jum'ah semalam akan disolat selepas atau sebelum zohor (diminta datang awal) di Masjid al-Azhar pada hari ini.


"Sesungguhnya kamu telah membenarkan Allah ya Syeikh dan Allah telah membenarkan kamu (syahid)" Alfatihah.

sumber

DISAAT KITA MELAUNGKAN PEMBEBASAN PALESTIN, UMNO PULA MENJADI PEMBELA & PENYUMBANG EKONOMI ISRAEL.

Malaysia Pembela dan Penyumbang Ekonomi Israel.



Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin olehpemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.



di atas ialah bukti jelas bergambar bahan – bahan rujukan berkaitanperdagangan Malaysia – Israel yang terdapat di perpustakaan MITIdi Kuala Lumpur.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.


Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.
Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.

Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab.

Kejadian ini seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.

Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama ‘maqamnya’ dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.


Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.

Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.
Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.


Memang benar kononnya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri darikerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas namapersidangan dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

che’GuBard

GAMBAR CARA ORANG KAYA GUNA KAMERA DSLR.



Duit dah banyak tau nak buat apa.....Orang macam aku kena menabung untuk nak beli DSLR....Zalimnya manusia hu3.........

IDEA GERAKAN NI SEBENARNYA BERITA BURUK BUAT KATAK-KATAK SEPERTI ZUL KULIM, IBRAHIM ALI & GENG2 KATAK MEREKA.

Pilihan Raya Semula Jika Wakil Rakyat Lompat Parti

Pilihan Raya Semula Jika Wakil Rakyat Lompat Parti


GEORGE TOWN – Gejala wakil rakyat yang melompat parti perlu ditangani bagi memastikan hak untuk memilih kerajaan terletak ditangan pengundi dan bukannya pada wakil rakyat terbabit.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Parti Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh berkata, perkara itu juga perlu ditangani bagi memastikan suasana politik yang lebih stabil dan mengelak berlaku rampasan kuasa.

“Kita tidak mahu berlaku cubaan merampas kuasa seperti peristiwa 16 September lalu melalui tindakan melompat parti oleh wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini hari ini.

Justeru, kata Baljit(gambar), Gerakan Pulau Pinang mencadangkan supaya pilihan raya diadakan semula jika terdapat wakil rakyat daripada mana-mana gabungan parti politik yang melompat parti ke gabungan parti politik lain.

Bagaimanapun, jelasnya, pilihan raya semula tidak perlu diadakan jika wakil rakyat melompat ke parti yang berada dalam gabungan parti politik yang sama.

Selain itu, katannya, pihaknya turut mencadangkan supaya wakil rakyat yang melompat parti bertanding semula mewakili parti baru yang disertainya di kawasan yang sama.

sumber:mynewshub.my

GAMBAR PEMANDU KERETA YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN MENYUSAHKAN PEMANDU LAIN.

http://www.lolhome.com/img_big/parking-chaos.jpg

Ramai dekat Malaysia perangai mcm ni..Bikin panas jer...Tak Islamik langsung....

GAMBAR GAY MELAYU PERTAMA YANG BERJAYA KAHWIN DENGAN KAUM SEJENIS.








Boleh tak kita kata orang yang paling bangga ialah anak Tun Mahathir yakni Marina Mahathir...Kerana beliau berjuang untuk kebebasan seksualiti....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)