yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, December 16, 2011

RM1,077 Bilion Duit Haram Hasil Korupsi Lanun-lanun Yang Telah Merompak Negara Kita Di Bawa lari Ke Luar Negara. Siapa Lanun2 Itu? Baca Untuk Ketahui:

RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/person/mp_DAP/lim%20guan%20eng_1.jpg

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.HD

N'N: Siapa lagi lanun2 itu kalau bukan UMNO/BN........

KERAJAAN UMNO/BN HANYA PANDAI BERBOHONG, INI BUKTINYA:

Kerajaan BOHONG tentang negara pendapatan tinggi – Anwar




KUALA LUMPUR 16 Dis : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerajaan Umno-BN memanipulasi data bagi mengelirukan rakyat serta memberikan gambaran yang salah tentang unjuran ekonomi Malaysia.


Anwar berkata demikian pada majlis makan malam ucaptama “Debunking ETP: Widening Income Gap” di Hotel Westin malam tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada wakil-wakil kedutaan, pakar ekonomi, pengurus dana, ahli Parlimen dan wartawan.

Menurut Anwar, janji kerajaan bahawa Malaysia akan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 adalah satu pembohongan, berdasarkan unjuran Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“ETP mendakwa ‘ia berupaya mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dan meningkatkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi pada tahun 2020′.

“Saya persoalkan premis yang gaji pekerja akan berkembang pada kadar 3.6 peratus antara tahun 2010 dan 2020.

“Sumber di dalam dan luar kerajaan menunjukkan corak pertumbuhan perlahan dalam gaji sebenar,” kata Anwar.

Anwar berkata, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia, “kadar pertumbuhan gaji di Malaysia menyaksikan peningkatan 2.6 peratus sejak 10 tahun lalu dan kos hidup juga meningkat melebihi kadar kenaikan gaji”.

“Maka jelas, kadar pertumbuhan yang digunakan ETP pada kadar 3.6 peratus amat meragukan,” kata Anwar.

Pembohongan kedua kerajaan BN dalam ETP adalah unjuran inflasi sebanyak 2.8 peratus sehingga tahun 2020.

“Inflasi purata di antara tahun 2001 dan 2005 adalah 4.8 peratus, mencerminkan kejutan harga tenaga pada tahun 2003 yang menyaksikan harga minyak mentah melonjak melebihi USD30 setong.

“Inflasi purata di antara tahun 2005 dan 2009 pula adalah lebih tinggi pada kadar 6.6 peratus.

“Jadi kita perlu persoalkan kebijaksanaan dan keikhlasan mereka menggunakan unjuran inflasi yang terlebih optimistik iaitu pada 2.8 peratus untuk 10 tahun akan datang apabila tiada sebarang petunjuk ekonomi, sosial atau politik yang memberikan petanda kita menuju ke arah itu,” kata Anwar.

Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah inisiatif kerajaan BN untuk kononnya menukar Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang akhir tahun 2020. Ia diuruskan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Dilancarkan pada September 2011, ETP menyasarkan pembiayaan sektor swasta sehingga 60 peratus.

Namun, sehingga Ogos 2011, sebanyak 77 peratus daripada RM173 bilion pelaburan datangnya daripada syarikat berkaitan kerajaan.SUMBER

GAMBAR PENANGAN SAMSU DI INDIA.

https://lh5.googleusercontent.com/-_xoCGu0eNro/Tuqt4LbeK4I/AAAAAAAAQAc/sq236dueDpM/s0/HAHAHA_01.jpg
https://lh5.googleusercontent.com/-OLWA8NN8qJg/Tuqt8cPBs_I/AAAAAAAAQAk/PcBrCaAgf2c/s0/HAHAHA_03.jpg
https://lh6.googleusercontent.com/-fO8gYXiQ-IE/Tuqt7LJvuFI/AAAAAAAAQAg/tDMoEBjyz18/s0/HAHAHA_02.jpg




Di Kolkatta India, 143 orang maut manakali berpuluh-puluh lagi dimasukkan kedalam hospitaL setelah beryamseng dan cheers dengan samsu haram. Kejadian berlaku di Sangrampur, 30 kilometer diluar Kolkatta. Mereka yang mati dipercayai meminum samsu haram yang dicampur methanol bagi memberikan kemabukkan maksimum. Arak biasa mengandungi ethanol dan bukannya methanol. Methanol biasanya digunakan sebagai solvent! Mereka yang maut terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah. Samsu haram menjadi minuman feel good time mereka kerana ianya murah dan dijual pada hara 10 Rupee (63 sen) setiap setengah liter. Ini adalah satu per tiga harga arak "halal" yang dibenarkan dijual oleh kerajaan India. Selepas kejadian Polis menahan 10 orang yang dipercayai menjuai samsu haram. Orang ramai dan sanak saudara peminum samsu haram pula menyalahkan pihak Polis kerana membenarkan aktiviti haram ini berlaku didepan mata mereka.

Di Gudjarat dimana penjualan alkohol diharamkan, mereka yang bersalah menjual samsu haram sehingga mengakibatkan kematian boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Hukuman ini ditetapkan setelah lebih 120 orang maut selepas meminum samsu haram pada tahun 2009.

SUMBER:BLOGSERIUS

1.4 Juta Penjawat Awam Akan Teraniaya Jikalau Tandatangan SBPA, Sila Baca Mengapa:



KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis. Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan. “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau. Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’. Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.” “Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. “Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. ~BH

OLEY VS SEMBANG RAKYAT MANA PILIHAN KORANG?

Antara menerangkan keindahan Hudud dan penghinaan terhadap Hudud mana satu pilihan korang:



Subhanallah!!! Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery Masih di Simpan



Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.

Surat ini mengandungi tentang aspek-aspek hak asasi manusia termasuk perlindungan bagi umat Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, menjaga harta mereka, dan hak untuk dilindungi di dalam medan perang.

St. Catherine's Monostery

Di bawah adalah terjemahan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris :-

“This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them.

Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by Allah! I hold out against anything that displeases them.

No compulsion is to be on them.

Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries.

No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims’ houses.

Should anyone take any of these, he would spoil God’s covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate.

No one is to force them to travel or to oblige them to fight.

The Muslims are to fight for them.

If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray.

Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants.

No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world).”

Surat Nabi Muhammad yang berada di St. Catherine's Monostery :



Maksudnya :-

"Ini adalah mesej dari Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, jauh mahupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."

Topkapi Palace yang menyimpan salinan asal perjanjian


Pada tahun 1517, piagam asli ini diambil oleh Sultan Selim I dari Turki dan kini berada di Muzium Topkapi di Istanbul. Akan tetapi Sultan memberikan salinan piagam tersebut kepada para biarawan, dan mengkaji isi piagam tersebut.

Dari koleksi besar gulungan kuno dan moden yang diawetkan di perpustakaan biara, jelaslah bahawa Perjanjian Nabi, walaupun asli ataupun hanya salinan, jelas memberikan hak dan perlindungan untuk umat Kristian.

sumber


Keadilan Islam Untuk Semua&Sesiapa Sahaja Firman Allah S.W.T:

'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)