yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Thursday, December 8, 2011

INI BUKTI AMALAN PUAK JAHILIYYAH DULU KINI MENJADI AMALAN ORANG MELAYU.



Demi perasaan dendam yang tak kunjung padam, hari ini seorang lelaki yang amat sinonim dengan tujuk perasaan di Pulau Pinang iaitu Mohamed Ghani Abd Jiman telah mengetuai satu delegasi yang dilaporkan dari UMNO Pulau Pinang telah menghantar hadiah hari jadi buat Guan Eng.


Hadiah tersebut berupa kek yang menyerupai 'Tahi Manusia' dihantar hanya untuk menghina Guan Eng..

Bukan saja Guan Eng yang dihina dengan penghantaran itu malah Kakitangan Kerajaan Negeri yang dipaksa menerimanya bagi pihak Guan Eng juga terhina dengan pemberian itu.

Tidak cukup dengna penghinaan buat Kakitangan Kerajaan Negeri, Pegawai Keselamatan yang menasihatkan Abdul Ghani untuk menghentikan provokasi juga menerima penghinaan.

Dibawah ini laporan dari Nota Merah

LembUMNO hadiah ‘tahi manusia’ hina kakitangan kerajaan P.Pinang

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat ‘tahi manusia’ kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan ‘tahi manusia’ tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.

“Orang lain tak boleh bagi (hadiah ‘tahi manusia’), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam ‘pulau tahi’,” ujarnya di G

Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai ‘pondan’ kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.

Tidak cukup dengan itu katanya, ‘tahi manusia’ berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Empat (‘tahi manusia’) ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

“Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah (‘tahi manusia’) sebegitu.

“Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu (‘tahi manusia’) dia (Guan Eng) tak terima,” ujar beliau.(sumber)

N'N: Untuk ummat Islam ingatlah bahwa Rasulullah s.a.w menyampaikan amanah ALLAH dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah s.a.w tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah ALLAH. Kenapa kita pula nak meniru puak jahiliyah pula dengan membuat begini kepada non-muslim???

INI YANG TERJADI BILA ZOOM KAMERA ROSAK.

http://www.lolhome.com/img_big/close-up-shot.png
Apa benda yang kau nak zoom, jerawat???

GAMBAR PHOTOSHOP YANG BOLEH BUAT KITA INSAF.

http://1.bp.blogspot.com/-IbJJpegKPRw/Tt9CERRdzuI/AAAAAAAAFXc/rmtSZHyQFbI/s1600/rakyat+afrika+mati+kebuluran.jpg

Sanggupkah anda???Bagi aku orang yang sanggup buat macam ni cuma pemimpin UMNO jer...Rakyat hidup dalam serba-serbi kemiskinan mereka hanya mampu melihat dan berkata "Ubah cara hidup".....

INILAH BABAK ADEGAN RANJANG YANG PELAKONNYA UCAP 'ALHAMDULILLAH' KERANA BERJAYA MELAKONKANNYA.


“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur 'Alhamdulillah' segalanya berjalan dengan lancar,” katanya -mayakarin-

N'N: Lepas ni mungkin ada remaja kita yang akan tiru dan berkata 'Alhamdulillah selesai sudah kita berzina dengan jayanya'......

GAMBAR MAMAT YANG LEBIH KAYA DARIPADA RATU ENGLAND DAN DIA DARI MALAYSIA.

http://4.bp.blogspot.com/-fJ22T3VfVcU/Tt1pOYAlz-I/AAAAAAAABAw/KpvY7KTop00/s400/taibmahmudkaya.jpg

Kadang2 aku pelik macam mana seorang Ketua Menteri memiliki kekayaan mengalahkan ratu England...Selanjutnya disini

FAKTA-FAKTA TENTANG BERSIN YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU.


Anda pernah bersin ? Bersin dapat disebabkan oleh udara sejuk, debu, asap, dll. Bersin berguna menjaga agar hidung tetap bersih (cleansing effect). Udara yang menghembus kuat dengan tekanan tinggi dari paru-paru mendorong keluar melalui hidung dan mulut.

Bersin merupakan salah satu tindakan tubuh yang sangat rumit, dan ternyata bersin itu mempunyai beberapa fakta menakutkan. Sebaiknya anda baca dan jangan lakukan hal yang dapat membawa kepada bahaya bersin. Berikut beberapa faktanya :

Bersin merestart tubuh kita Pada masa kita bersin, secara refleks maka otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegub untuk sementara. Setelah kita selesai bersin, maka jantung kita akan berdegub kembali
Kekuatan bersin Semasa bersin, maka lendir atau benda-benda asing yang ada di mulut dan hidung akan keluar dengan kecepatan 100 mil per jam. Jika bersin terlalu kuat akan berisiko dapat meretakkan tulang rusuk.

Bahaya ketika menahan bersin Ketika anda menahan bersin, maka anda akan menahan tekanan bersin maka tubuh harus mengatasi perubahan akibat tekanan kuat yang masuk kembali ke dalam saluran pernafasan. Tekanan tersebut boleh menyebabkan kerusakan pada gegendang telinga, selain itu risiko mengalami pecah pembuluh nadi di kepala dan leher mungkin boleh terjadi.

Bersin mengeluarkan banyak sekali bakteria Ketika bersin maka tubuh akan mengeluarkan 100.000 kuman atau bakteri ke udara. Menurut John Pan, MD, Ketua Pusat Pengobatan Integratif di George Washington University Medical Center, bersin yang ditahan akan memaksa bakteria kembali masuk ke dalam rongga hidung dan telinga, sehingga boleh menimbulkan infeksi bagi tubuh kita.

Risiko yang dialami jika membuka mata semasa bersin Semasa bersin, maka akan terjadi stres yang luar biasa pada tubuh, tekanan udara yang cukup penting terletak pada mata.Tekanan tambahan tersebut memang tidak akan membuat mata tersembul atau keluar (namun dapat saja terjadi). Tekanan itu akan membuat mata merasa tidak selesa. Sehingga secara refleks seseorang akan menutup matanya semasa bersin sebagai bentuk perlindungan. Jadi akan sukar untuk membuka mata semasa bersin.

Itulah beberapa fakta menakutkan mengenai bersin, namun jika anda bersin tersebut secara normal, maka fungsi sebenarnya dari bersin tersebut akan anda rasakan.Joyhomework


KAEDAH ISLAM KETIKA BERSIN

Kita sering mendengar orang bersin. Malah kita pun sering melakukan bersin. Bagaimana kaedah Islam ketika kita bersin atau mendengar orang bersin? Berikut ini kaedahnya sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah sallallahu álaihi wasallam.

1. Rasulullah sallallahu álaihi wasallam bersabda , “Apabila seseorang di antara kamu bersin, hendaklah mengucapkan,
الْحَمْدُ لِلَّهِ
[alhamdulillaah]
(Segala puji bagi Allah) ,

2. lantas saudara atau temannya mengucapkan,
يَرْحَمُكَ اللهُ
[Yarhamukallooh]
(Semoga Allah memberi rahmat kepa-daMu) .

3. Bila teman atau saudaranya mengucapkan demikian, bacalah,
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
[Yahdiikumullooh Wa Yushlihu Baalakum]
(Semoga Allah memberi petunjuk kepa-damu dan memperbaiki keadaanmu).”
[HR. al-Bukhari 7/125]

Semoga kita boleh mengamalkan ajaran rasulullah yang berkaitan dengan bersin ini. Amin

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)