yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, December 7, 2011

"Kalau ikutkan, saya dah 3 kali mati"

http://cdn-bm.harakahdaily.net/images/stories/harakahdaily/daily_picture/dis2011/ismail%20kamus1.jpg

GOMBAK, 7 Dis: Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus dikatakan telah meninggal dunia, malah sehingga kini sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Khabar angin seperti itu bertiup kencang di tengah masyarakat, malah diakui turut didengar sendiri oleh tokoh tersebut tetapi hanya disambutnya dengan senyum.

Menurut Datuk Ustaz Ismail Kamus (gambar), kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 12 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar 5 tahun lalu.

Katanya, sesudah itu, beliau menyangkakan fitnah seperti itu tidak akan berlaku lagi ke atasnya, tetapi sangkaannya itu ternyata meleset apabila ia kembali berulang untuk kali ketiga terutama ketika beliau berada di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji tahun lalu.

"Saya hairan macam mana mereka boleh sebarkan fitnah seperti itu ke atas saya, sedangkan saya sebenarnya masih hidup," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pusat perubatannya, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, di sini, hari ini.

Fitnah tersebut, menurut beliau, agak sukar untuk diterjemahkan mesejnya kerana ia mungkin berpunca dari keinginan pihak terbabit supaya beliau segera meninggal dunia atau sebaliknya.

"Saya sebenarnya tak pun berasa sedih dengan fitnah itu. Lagipun kalau mereka tak kata saya dah meninggal dunia pun, saya pasti akan mati juga apabila tiba masanya nanti," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap agar pihak-pihak terbabit tidak lagi menyebarkan fitnah seperti itu terhadap beliau selepas ini bagi mengelakkan salah faham di dalam masyarakat, di samping mengelakkan dosa kerana menyebarkan fitnah.

Tokoh agama yang disegani itu bagaimanapun mengakui beliau kurang sihat sejak 6 bulan lalu kerana mengalami sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Ekoran masalah kesihatannya itu, aktiviti beliau dalam kemasyarakatan dan agama turut terbatas sejak hampir setahun lalu, tetapi kini mulai aktif kembali setelah kesihatannya bertambah baik.

Sejajar dengan sumbangannya yang besar dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 Hijrah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 26 November lalu.


Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, midal Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej menunaikan umrah yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sebelum anugerah itu disampaikan, saya sudah dengar 'angin' mengenainya, tetapi saya memang terkejut juga dengan pemilihan ke atas saya sebagai Tokoh Maal Hijrah itu.

"Selain itu, saya juga berasa gembira, bersyukur dan terharu dengan anugerah tersebut yang jelas merupakan satu penghargaan daripada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkenaan ke atas saya," katanya.

Ekoran kesihatannya yang kurang baik, beliau kini mengambil keputusan untuk tidak bergiat aktif dalam politik bersama-sama para pemimpin PAS, melainkan memberikan sumbangan sekadarnya untuk parti setakat yang terdaya.

"Tetapi saya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku. Bagi saya, PAS sememangnya mempunyai harapan yang cerah untuk menang dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

"Saya berharap agar para penyokong PAS terutama generasi muda mengambil manfaat yang sebaiknya dari perkembangan baik yang dialami oleh PAS sekarang bersama-sama para pemimpin PAS di semua peringkat, bagi membolehkan PAS mencapai kejayaan besar bukan sahaja di negeri-negeri tetapi juga di peringkat nasional," tambahnya.

Sebagai tokoh agama dan aktivis masyarakat, kini beliau banyak menghabiskan masanya dengan memberikan sumbangan kepada orang ramai di pusat perubatannya bersama para pembantunya.

"Jika ada jemputan daripada orang ramai untuk berubat di rumah mereka, khususnya bagi kes-kes kronik, saya dan rakan-rakan yang juga pembantu saya akan turut pergi ke rumah mereka bagi membantu sekadar terdaya," ujar beliau.HD

N'N:Datuk Ismail Kamus antara penceramah yang paling aku suka, aku membesar dengan ceramah-ceramah beliau, memang tak kering gusi dengar ceramah beliau ditambah dengan ilmu yang sangat bermanfaat.

SALIB PADA HADIAH LAMPIN PAKAI BUANG JENAMA TERKEMUKA.


ini mungkin bentuk geometri biasa yang kita lihat, tetapi pada hadiah lampin pakai buang itu ditambah satu lagi bentuk yang bernama 'Cross' kemudian diterjemah sebagai 'salib'.


Biadap...memang biadap apabila sensitiviti umat Islam di Malaysia ini diperkotak katikkan. Sering kali kita sering menjadi mangsa kerana membeli produk atau barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Memang ada penguatkuasaan tetapi? Kalau setakat denda, amaran, nasihat…..ingat boleh pakai ke? Kenapa pihak berwajib terlalu berlembut dalam isu ini. Rakyat sebenarnya boleh mempertikaikan kejadian seperti ini kerana ianya sedikit sebanyak akan mencemarkan imej Malaysia sebagai negara yang kononnya Islam sebagai agama rasmi. Sepatutnya penguatkuasaan berkaitan agama adalah menjadi hal no. 1 sebelum perkara lain.

Pengguna diingatkan supaya berhati-hati apabila membeli lampin pakai buang kerana terdapat tanda salib diletakkan di bungkusan produk berkenaan. Pengguna, Mohd Zamri Md Desa, 31, berkata, seorang rakannya mengadu hal itu dan juga mengenai papan putih yang merupakan hadiah percuma apabila rakannya membeli lampin pakai buang jenama terkemuka.


Menurutnya, di belakang papan putih berkenaan tertera gambar berbentuk termasuk salib. Tindakan berkenaan seolah-olah tidak menghormati agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. Pihak berkenaan perlu bertindak untuk menyiasat perkara itu dan menghalangnya dari terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka kerana tidak menghormati agama rasmi di negara. “Tidak mustahil penjualan lampin pakai buang ini akan diperluaskan di seluruh negara jika pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang tindakan itu,” katanya.

Apa kata anda???

SUMBER

GAMBAR PARTI POLITIK PALING TERDESAK DI MALAYSIA???

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/378465_214806138594954_100001967070427_489217_484443898_n.jpg

Siap ada cabutan bertuah tu...

BANTUAN RM500 PERLU PENGESAHAN JKKK, ADAKAH INI BERMAKNA HANYA ORANG YANG MENYOKONG UMNO SAHAJA YANG AKAN DAPAT?

KANGAR – Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.

“Bagi melancarkan permohonan keluarga yang layak, Kerajaan Negeri memutuskan setiap Dun akan membuka dua lokasi pengurusan borang permohonan yang dikendalikan Adun dan penyelaras Dun setiap kawasan. Setiap borang wajib mendapat cop JKKK kawasan masing-masing untuk pengesahan.


“Urusan agihan RM500 bagi setiap keluarga layak dapat dipercepatkan menerusi kaedah ini sekaligus melenyapkan kebimbangan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan LHDN,” katanya kepada media selepas merasmikan menyampaikan sumbangan dana perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Perlis di Dewan Warisan di sini semalam.

Md Isa berkata, emua lokasi memproses borang permohonan akan dibuka dalam masa terdekat dan agihan RM500 itu bermula 1 Januari ini.

N'N:Semua orang tau yang JKKK dilantik oleh UMNO......

SUMBER

INI YANG ORANG CAKAP STUDY BAGAI NAK GILA.

http://www.lolhome.com/img_big/study-too-hard.jpg

TEORI PRU-13: MCA PERLU TAKUTKAN ORANG CINA DENGAN HUDUD, UMNO PERLU TAKUTKAN MELAYU DENGAN DAP.

Samada anda sedar atau tidak itulah propaganda yang dilakukan UMNO dan MCA. UMNO terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Tapi tuduhan ini ditangkis dengan bijak oleh Presiden DAP Lim Kit Siang:



Berbeza pula dengan MCA. MCA pula memainkan peranan menakut-nakutkan orang Cina dengan Hudud. Tapi Isu ini juga dapat ditangkis dengan sangat baik oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP):



Anda nampak apa permainan BN sekarang, mereka sudah tiada lagi modal lagi untuk menutup segala jenis salahguna kuasa seperti Rasuah yang dilakukan pemimpin2 mereka. Demi untuk meneruskan survival politik kotor mereka UMNO dan MCA sebenar sepakat menyerang PR. UMNO redha MCA menghina Undang2 Islam yakni Hudud dan MCA redha UMNO menghina DAP yang majoritinya kaum Cina. Tapi rasa rakyat Malaysia sudah bijak bukan...Lakukan perubahan pada PRU-13...Selamatkan Malaysia!!! Takbir!!!

BILA UMNO DAH GILA MEROYAN, DIORANG LESAPKAN WANG RAKYAT KEMUDIAN SALAHKAN DAP.

Lesapkan wang rakyat tetapi salahkan DAP

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.

Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.

"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.

"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.

"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.HD

N'N:Jangan jadi bodoh lagi Melayu....Yang akan hilang kuasa bukan orang Melayu tapi UMNO...

19 TAHUN ATLET INI TERTIPU, HADIAH MEWAH BERUPA EMAS 200 GRAM RUPANYA HANYA TIN KOSONG YANG DICAT EMAS.



Tahun 1992, atlet judo peraih medal emas dari China, Zhuang Xiaoyan, merasa gembira kerana mendapat hadiah mewah berupa tin emas seberat 200 gram dari perusahaan minuman ternama di China. Namun fakta yang terungkap baru-baru ini telah membuat ia kecewa.

Tin minuman tersebut, yang dikatakan oleh perusahaan minuman tin Jianlibao adalah emas murni seberat 200 gram, ternyata tidak semurni yang perusahaan tersebut katakan.

Zhuang sebelumnya tidak memiliki perasaan curiga sedikitpun terhadap hadiah penghargaan tersebut. Ia menyukainya, menjaganya bagaikan sebuah harta karun dan bahkan menyimpannya didalam kotak penyimpanan di Bank selama 3 tahun. Baru ketika pada bulan Julai kelmarin ia melihat terdapat sedikit bahagian yang menggelembung di permukaan tin tersebut, ia periksa dan menemukan bahawa dibawah permukaan berwarna emas itu ternyata berwarna perak.

Zhang kemudian memeriksanya ke sebuah penjual emas skala besar di Shenyang. Hasilnya sangat mengejutkan. Harta karun miliknya itu ternyata cuma dihargai senilai 50 yuan. Padahal dengan rate saat ini, emas 200 gram seharusnya sudah bernilai lebih daripada itu.

Saat kejadian ini terekspos di media, Jianlibao dan kesatuan olahraga di China mendapat kecaman keras oleh warga China.

Jianlibao mengatakan perusahaan mereka telah mengambil langkah rasmi untuk menyiasat kejadian ini.

sumber: itsmesaiful.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)