yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, December 5, 2011

GAMBAR KECINTAAN YANG MEMBAWA KEPADA OBESITI.

http://www.lolhome.com/img_big/i-m-lovin-it.jpg

N'N: Cuba baca jumlah kalori & lemak setiap hidangan makanan segera anda....Tahukah anda Obesiti boleh mengakibatkan sakit jantung,diabetes,darah tinggi dll pembunuh senyap....Renung-renungkan...Hadkan makanan segera kepada sebulan sekali jika tak mampu berhenti terus.....Janganlah kita menzalimi tubuh badan kita...

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.”

Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Allah s.w.t murka kepada hamba-Nya yang suka melampaui batas, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan.

Sebagai balasan, Allah s.w.t. akan menurunkan pelbagai wabak penyakit, sama ada ia akan menyerang manusia secara keseluruhan atau menyerang individu yang berpunca daripada kelalaian dan kealpaan manusia mengurus diri untuk menikmati kurniaan Allah s.w.t.

ALASAN HUDUD KELANTAN HUDUD CIPTAAN PAS ADALAH ALASAN PUAK MUNAFIQ.



Penjelasan demi penjelasan telah dibuat tapi puak Munafiq masih memberi alasan yang sama.


HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS. Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.



Perlu difahami bahawa hukum jenayah di dalam Islam ialah hudud,qisas dan takzir. Kenapa hanya difokuskan kepada hukum hudud sahaja, sedangkan di dalam enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 terdapat di dalamnya ketiga-tiga hukumnya sekali.


Perlu diingatkan kepada penentang- penentang hukum Allah, bahawa enakmen ini dibuat oleh mereka yang berautoriti dan pakar di dalam perjalanan Mahkamah Syariah dan Sivil. Ia bukan dibuat di atas sentimen untuk meraih undi sahaja, tetapi ia lahir daripada ke sedaran ini adalah perintah Allah.


Banyak tuduhan yang menganggap bahawa Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS hanya soal hudud, qisas dan takzir sedang kan yang lain tidak dipedulikan.

Seolah-olah PAS hanya hendak menegakkan negara berhukum sahaja.


Oleh itu apabila amaran Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri kepada kerajaan Kelantan pada 14 Ogos 1994; “Kita (kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”


Maka kerajaan Kelantan mengambil pendekatan yang tidak gopoh dan berhati-hati kerana memikirkan Dr Mahathir boleh membuat apa sahaja kepada Kelantan, kerana sikap beliau yang memang terkenal sebagai orang tidak pernah me ngaku kalah sehingga hari ini.


Ijtihad politik yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah tepat. Maka dengan pendekatan siasah syariyyah yang dilakukan di Kelantan untuk menunjukkan Islam secara praktikal, akhirnya Islam dapat dijelmakan secara praktikal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.


Selama ini Islam hanya ditulis dan dibaca di dalam kitab sahaja, ia hanya menjadi bahan tamadun dan kehebatannya sahaja. Maka PAS cuba untuk menonjolkan Islam secara praktikal kepada masyarikat dan berhasrat menjadikan Kelantan sebagai makmal Islam.

Nampaknya telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang pada pandangan masyarakat.


Banyak program yang lahir daripada makmal Kelantan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan tanpa riba, cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari, cuti dua hari seminggu, rumah tiga bilik, pajak gadai Islam, dan mempelopori penggunaan dinar emas.


Malahan skim perbankan tanpa faedah di semua bank di Malaysia apabila Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan wang kerajaan negeri di keluarkan daripada bank riba kepada bank Islam. Akhirnya mendorong bank-bank konvensional mengadakan kaunter tanpa riba. Kesemuanya telah ditiru oleh kerajaan Pusat, walaupun pada peringkat awal mereka mencaci usaha yang dilakukan oleh Kelantan.


Jadi tertolaklah hujah yang mengatakan PAS hanya hendak menegakkan hukum hudud sahaja, tanpa memikirkan Islam yang lebih menyeluruh.


Jangan dibayangkan apabila hudud dilaksanakan maka ramailah mereka yang kudung tangan akhirnya orang Islam akan ke tinggalan kerana kudung tangan.


Kita yang pergi ke Makkah dan Madinah iaitu negeri yang melaksanakan hukum hudud adakah kita melihat ramai mereka yang kudung tangan kerana kesalahan mencuri? Tentu tidak.


Kerana Islam bukan agama menghukum tetapi agama yang hendak mendidik. Kerana kaedah yang dipakai ialah ‘Tersalah melepas lebih baik daripada tersalah menghukum.”


Oleh itu di dalam perbicaraan mahkamah akan menimbulkan keraguan supaya kes itu dilepaskan. Pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. apabila seorang yang berikrar di hadapan Nabi s.a.w. mengatakan beliau mencuri, sabda Nabi s.a.w. kepadanya: “Aku tidak terfikir engkau telah mencuri.” Jawab orang itu “tidak, memang saya mencuri.” Nabi ulang sebanyak tiga kali (tujuan baginda itu supaya ia menarik balik). Jawab orang itu memang dia mencuri. Maka baru baginda s.a.w. memotong tangannya.


Mengenai dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan hukum hudud di Kelantan tidak adil kerana ia hanya melibatkan orang Islam sahaja, untuk menjawab perkara ini marilah kita merenung ayat Allah SWT dalam surah al-Maidah 42 yang bermaksud: “Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (Muhammad untuk meminta keputusan) maka berilah putusan di antara mereka atau berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan berbahaya kamu sedikit pun. Tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka), maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang adil.”

Kelantan memilih pendekat an ini adalah sesuai dengan Islam ini agama dakwah.


Di dalam Islam orang yang sudah disabitkan kesalahan maka mereka ini akan terlepas di akhirat. Apabila orang Islam berakhlak baik, maka ia akan menjadi suri teladan untuk mereka tertarik dengan Islam.


Pendekatan yang diambil oleh negeri Kelantan sebenarnya sudah lama dipejuangkan oleh Almarhum Profesor Dr Ahmad Ibrahim supaya orang Islam dapat mengamalkan hukum mereka dan akan menjadi teladan kepada bukan Islam.


Jika qisas dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah simbahan asid yang menjadi masalah negara. Kerana mereka yang menyimbah asid akan dihukum balas. Jika mangsa yang disimbah cacat, maka penjenayah ini juga cacat.


Sedangkan hukum yang ada pada hari ini penjenayah hanya dihukum penjara sahaja, sedangkan mangsa simbahan asid akan cacat selamalamanya.

Beberapa soalan yang boleh dikemukakan kepada mereka yang fobia dengan hukum hudud terutama kepada pemimpin Umno.

1. Adakah ISA yang ditangkap tanpa bicara itu adil? Sedangkan kesalahan jenayah dalam Islam kena dibicarakan dahulu sebelum dihukum.

2. Adakah hukum gantung yang dikenakan kepada pengedar dadah menepati dengan kehendak Islam?

3. Adakah hukum gantung tidak zalim, walaupun mangsa yang digantung terjeler lidah?

4. Adakah hukum yang berjalan sekarang adil? Jika pasangan Islam dan bukan Islam ditangkap khalwat, maka yang dibicara hanya pesalah Islam sahaja.

AF Ustaz Idris Ahmad.

GAMBAR SEORANG MAMAT YANG KANTOI DENGAN PANTULAN CERMIN.


KAH3.....baik punyer cover line dengan majalah pertanian konon, tapi dikantoikan dengan pantulan cermin...Aku rasa awek depan dia tu misti nampak pantulan cermin tu kah3....

SalamWorld.Com 'Muslim Facebook' Yang Bakal Dilancarkan Tahun Depan .






Kalau Facebook yang amat popular sekarang ini dipunyai oleh seorang yahudi dan ada yang membencinya atas sentimen benci Yahudi, kini bagi menyediakan alternatif kepada mereka yang seperti itu boleh mencuba 'SalamWorld.Com'.

Salamworld.com merupakan versi yang seakan-akan sama dengan Facebook tetapi lebih bermatlamatkan Islam sebagai halatuju perkhidmatan mereka. Facebook muslim tersebut mensasarkan pengguna serama 50 juta dalam tempoh 3 tahun.


Salam.com yang berpusat di Istanbul itu akan menekankan nilai-nilai Islam terhadap pengguna muda dan menjauhi nilai-nilai tidak bermoral yang bakal dipantau oleh moderator. Selain daripada tapisan-tapisan tertentu, pengguna juga diharap dapat mendisiplinkan diri mereka sendiri agar tidak melakukan sesuatu yang terpesong dari prinsip Islam.

Salam.world juga akan dijadikan landasan bagi menyebarkan maklumat ilmu tauhid dan juga khidmat nasihat. Para pengguna juga boleh menggunakan Salam.com bagi mengetahui Masjid berdekatan dikawasan mereka berada dan juga maklumat kedai-kedai yang menyediakan makanan halal.

Kumpulan yang sama membina Salam.com juga sedang membina satu lagi projek ensiklopedia yang mirip Wikipedia tetapi akan memaparkan semua maklumat tentang Islam. Mereka sedang mengumpulkan berbagai dokumen serta rujukan bagi menjayakan usaha tersebut. Selepas ini akan muncul Muslim Wikipedia pula selepas Muslim Facebook.

Sumber

BAGAIMANA MEREKA MEMBUNUH UMMAT ISLAM, BEGITU JUGA BALASAN YANG AMAT TERUK KEPADA MEREKA. GAMBAR INI MENCERITAKAN SEGALANYA.

http://www.kari-ngeri.com/wp-content/uploads/tentera-u.s-tewas-dengan-iraq-01.jpg
http://www.kari-ngeri.com/wp-content/uploads/tentera-u.s-tewas-dengan-iraq-02.jpg

Pembalasan Allah pasti akan datang, ketika kamu menyeksa,membunuh & merogol ummat Islam...Sedarlah pada ketika itu kamu menempah laknat yang paling besar...Nasihat ini saya tujukan kepada puak-puak yang menentang Islam tidak kiralah kamu kuffar atau kamu seorang Islam yang Munafiq ingatlah pembalasan Allah itu pasti akan datang..Kita jangan ingat semua kejadian ini hanya berlaku di luar negara. Ingatlah kembali darah-darah para syuhada' Memali yang gugur....Pembalasan Allah itu pasti datang....

Sumber gambar: Kami Sokong TokGuru.

PAK BILAL KAYA BUKAN BEKAS KPN. WAJAH SEBENAR SUAMI SYELLA KAMARUDDIN DIDEDAHKAN.

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/musa-hassan.jpg

Buat suspen jer......

UMNO TAK TIDO MALAM DENGAR BERITA NI , 70 Peratus Masyarakat Cina di Johor Akhir-akhir Ini Telah Memberikan Sokongan dan Boleh Terima Perjuangan PAS"



Orang CINA Tidak Lagi Bimbang Kepada PAS : Dr Boo

AYER HITAM: Kerjasama Politik antara PAS dan DAP yang dibina selepas pilihan raya ke-12 telah memberi ruang kepada golongan bukan Islam mendekati PAS.

Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pembangkang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata 70 peratus masyarakat Cina di Johor akhir-akhir ini telah memberikan sokongan dan boleh menerima cara perjuangan parti Islam.

Disamping itu, perasaan takut dan bimbang yang sebelum ini dimomokkan dengan pelbagai tanggapan negatif telah berjaya dihapuskan ekoran terjalinnya persefahaman antara kedua parti itu.
”Orang Cina bahawa tidak takut PAS. Di (DUN) Tenang, ramai (orang Cina) sokong PAS, Cikgu Normala (Sudirman).

”Masyarakat Cina 70 % sokong PAS demi perubahan. Apa lagi nak ditunggu orang Melayu?” soalnya lagi.

Bagaimanapun katanya lagi kesabaran menghadapi pergerakan yang dikira ‘lambat’ bagi rakyat negeri ini terhadap gelombang perubahan harus diambil kira kerana lambat laun kesedaran itu akan berputik seiring dengan kebobrokan kuasa UMNO-Barisan Nasional.

”Walaupun lambat sikit, negeri lain (seperti) Ferrari. Johor kereta model lama. Orang Johor tak berubah. Kita (kena) bersabar,” katanya lagi yang juga Pengerusi DAP Johor.

Dalam pada itu, walaupun Johor merupakan kubu kuat UMNO, beliau amat yakin bahawa rakyat sudah mempunyai kesedaran yang baik apabila kerajaan yang ada tidak berupaya menguruskan negeri dengan baik terutamanya dalam hal pengurusan kewangannya.

”(rakyat) sedar, (setelah) 54 tahun (UMNO perintah) Johor, apa yang kita dapat?.

”Tapi hutang piutang yang ditanggung generasi akan datang, (walaupun) Johor negeri yang kaya,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu majlis ceramah yang diadakan di Pekan itu, dekat sini, baru-baru ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)