yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, December 2, 2011

KALAU INDONESIA DITIMPA BALA AKU TAK HAIRAN, NAK TAHU KENAPA. SILA LIHAT VIDEO INI.



N'N: Ibu berzina dengan anak, penonton dan pengacara masih boleh bergelak-gelak...Manusia jenis apa mereka ini??? Malah si ibunya berkata 'saya berzina dengan anak sendiri bukan orang lain kenapa harus malu'.....

BILA ADA SYARIKAT MUSLIM YANG HEBAT ADA PULA YANG NAK SABOTAJ. SILA BACA.



PENAFIAN OLEH KUMPULAN SYARIKAT RAMLY BERKENAAN DNA BABI PADA PRODUK MEREKA.


Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

LIHATLAH BAGAIMANA SENANGNYA SEORANG MUSLIMAH DIBOGELKAN MENERUSI PHOTOSHOP.



Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.

Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.

Nasihat penulis, kalau perempuan, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.

Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada elok-elok delete sebelum terjadi macam gambar diatas.

Wasallam.

Sumber: Warta Shubhi.

KEPADA SESIAPA YANG SETUJU DENGAN TEORI EVOLUSI DARWIN, INILAH GAMBAR ANDA.

http://thechive.files.wordpress.com/2011/09/motivate-it-10.jpg?w=500&h=535

Teori Evolusi yang bodoh.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)