yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, November 30, 2011

BAPAK I SURUH U ALL BERJIHAD,AMACAM U ALL NAK?



N'N:Jihad???

PEMUDA UMNO CHERAS DALANG DISEBALIK PENYAMARAN PENYOKONG BERSIH 2.0???

BILA RAMAI ARTIS JOIN PAS, UMNO JUGA MAHU ARTIS SEBAGAI DUTA. SIAPA ARTISNYA SILA LIHAT:





Rasanya artikel ni macam sesuai untuk artis2:

Para Artis Diseru Berhijrah

Kenyataan Media Oleh FADHIL OSMAN

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak para artis dan selebriti tempatan agar segera ‘berhijrah’ dengan menjadi insan mukmin yang soleh dan bertaqwa kepada Allah SWT. Hijrah ini penting sebagai usaha mengajak dan mendidik masyarakat untuk menjadi generasi yang berakhlak mulia di negara ini.

Bagi DPPWP, para artis serta selebriti adalah golongan yang menjadi idola dan ikon masyarakat. Mereka digilai oleh ribuan anak-anak muda yang ingin melihat aksi mereka dalam dunia hiburan. Setiap pergerakan mereka pasti dalam pengetahuan peminat fanatik mereka. Para artis atau selebriti adalah umpama magnet yang boleh menarik anak-anak muda di negara ini ke mana sahaja.

Apa yang mendukacitakan, ada kalangan artis atau selebriti tempatan tidak menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat. Meskipun jumlah mereka tidak ramai, namun gejala negatif yang dilakukan oleh mereka turut menjadi ikutan para peminat. Antaranya seperti penyalahgunaan dadah, bersekedudukan, jenayah, budaya hidup sosial yang melampau serta berpakaian yang menjolok mata.

Justeru, penghijrahan mereka akan menarik sama anak-anak muda untuk turut jejak langkah mereka. DPPWP tidak pula bermaksud meminta para artis meninggalkan dunia hiburan yang mereka ceburi kerana mungkin ia telah menjadi sumber pendapatan mereka, namun apa yang penting adalah mereka menjadi insan teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.

Dalam hal ini DPPWP memuji beberapa orang artis yang telah berhijrah seperti Catriona Ross, Bob Lokman, Sham Kamikaze, Iwan, Wardina, Irma Hasmie serta beberapa orang artis wanita yang telah mengubah penampilan dengan memakai pakaian menutup aurat dan menjaga solat. Meskipun mereka masih berlakon dan aktif dalam dunia seni, mereka tidak mengabaikan syariat Islam. Bahkan, imej baik ini akan menjadi contoh teladan yang baik para artis Malaysia di pentas antarabangsa.

DPPWP juga mengharapkan agar para artis dan selebriti tidak merasa gentar terhadap usaha penghijrahan. Insyaallah, perubahan pada penampilan tidak akan merencatkan rezeki mereka, malah rezeki akan lebih mencurah-curah. Daripada pentas lakonan sehingga ke masjid-masjid, para artis yang telah berhijrah ini akan dijemput untuk memberi perkongsian serta persembahan.

Disediakan oleh

FADHIL OSMAN
Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

KENAPA BERITA TAKUNGAN LYNAS DI AUSTRALIA YANG BOCOR SISA RADIOAKTIF TIDAK DIDEDAHKAN MEDIA UMNO/BN. DIMANA DATUK KARAM SIGH WALIA???

http://4.bp.blogspot.com/_0wpX-mnAEng/TR-SUsfYVlI/AAAAAAAABvw/QRqPc_icmO0/s320/KARAM.jpg

Takungan Lynas di Australia bocor sisa radioaktif

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) terkilan dengan pendedahan Rangkaian Toksik Nasional (NTN) dari Australia pada 28 November lalu bahawa sejak Mei 2011, tasik takungan Lynas di Mt Weld, Australia mengalami kebocoran sisa radioaktif sebanyak 14,000 liter sehari, ataupun kira-kira 5 juta liter setahun.

Pengerusi SLC Andansura berkata, peristiwa tersebut tidak munasabah sekali kerana Lynas telah memberikan jaminan berkali-kali bahawa bahan galian adalah begitu rendah tahap radioaktifnya sehingga boleh diangkut sebagai bahan tidak beradioaktif dari Mt Weld ke Pelabuhan Freemantle di Australia Barat berjarak 1,000 km.

Andansura menganggap jaminan yang dibuat oleh Lynas adalah lebih bersifat omong-mong kosong daripada berdasarkan fakta dan sains.

“Bahkan pihak pengurus Lynas di Malaysia juga berjanji bahawa sisa-sisa radioaktif yang ditinggalkan di Malaysia akan dikitar semula serta digunakan sebagai papan gipsum dan baja melalui kajian dan penyelidikan (R&D).

“Hakikatnya, R&D tersebut belum lagi dibuktikan berjaya di mana-mana bahagian di dunia ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan SLC, Lee Chean Chung juga membidas sikap Lynas yang seperti talam dua muka.

“Hakikatnya, Lynas telah mengambil kesempatan ke atas akta-akta Australia iaitu Peraturan Keselamatan Radiasi WA 2002 bahawa jika bahan yang diangkut tidak digunakan untuk proses kimia ataupun pengeluaran bahan radioaktif (uranium dan thorium), maka tahap radiaktiviti yang dibenarkan boleh mencapai 10 Bq/g,” katanya.

Menurut Chean Chung, tahap sebenar radioaktiviti bahan yang diangkut tersebut mencecah 3.5 and 8 Bq/g, jauh melebihi standard antarabangsa yang diikuti oleh Australia mahupun Malaysia, iaitu 1.0 Bq/g.

Sehubungan itu, Andansura mendesak kerajaan memberhentikan kerja pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan sementara menunggu hasil siasatan di Australia dan Malaysia.

“Antara siasatan bebas yang harus dijalankan harus merangkumi dakwaan New York Times pada hujung bulan Jun 2011 bahawa LAMP mengalami kecacatan struktur dan rekaan yang serius. Ini adalah perkara tersebut belum lagi diperjelaskan oleh Lynas sehingga hari ini dan mencetuskan kebimbangan dan keraguan orang ramai,” katanya.

SLC juga menyeru agar kerajaan membatalkan perjumpaan antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan Lynas.

Menurut Andansura, masa perjumpaan tersebut adalah terlalu sensitif kerana bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Syarikat Lynas di Sydney, Australia.

“Kita tidak mahu kerajaan dilihat sebagai diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberikan gambaran positif kepada pelabur-pelabur Lynas, terutamanya selepas insiden kebocoran sisa radioaktif yang berlaku di Mt Weld,” ujarnya.- Harakahdaily

N'N: Mana Datuk Karam Sigh Walia??? Begitu murah nyawa rakyat Pahang dipertaruhkan mereka......

WALAUPUN SUDAH CACAT SEBEGINI TAPI DIA MASIH BELUM INSAF MALAH MASIH MAHU MENZALIMI BINATANG.

http://1.bp.blogspot.com/-2F6UPhGem9c/TtRW6PCQSXI/AAAAAAAAHZ4/Qm6GhNgEeeA/s400/lembu.JPG


Matador Sepanyol yang buta sebelah mata dan mengalami kecederaan serius di muka kerana ditanduk lembu mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan kembali ke gelanggang selepas kejadian yang hampir meragut nyawanya itu.

Juan Jose Padilla mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sesi sidang akhbar selepas enam hari menjalani pembedahan untuk membaiki saraf yang rosak yang menyebabkan bahagian muka sebelah kiri lumpuh.

"Saya tidak mahu simpati peminat," katanya kepada pihak media di Hospital Virgen del Rocio sebelum pulang ke rumah.

"Saya akan ke gelanggang sebagai matador kerana impian saya untuk bertemu dengan peminat." -DCM

N'N:Aku ingatkan dia dah insaf...

LIHAT GAMBAR INI DAN BAGITAU AKU ADALAH MEREKA INI LAYAK BERJIHAD.

http://4.bp.blogspot.com/-b1NUGryf5Ww/TtV64-1EH2I/AAAAAAAAFcQ/pu0ViAPn5mI/s320/bn_TENANG.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_d4Ybqr7_vf4/SKl_RfFsUlI/AAAAAAAAAdg/f9JWzo-5DPs/s400/puteriumno.jpg

Tim.Presiden UMNO Muhyiddin Yassin menyeru ahli2 UMNO berjihad..Tapi anda lihatlah sendiri layakkah manusia yang mempunyai moral sebegini berjihad???

BENARKAH INI KENDERAAN RASMI PERHIMPUNAN UMNO?

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/378758_328507167166535_100000217628135_1533352_497573973_n.jpg

Ditaja NFC???

JOM BACA APA AMANAT MUHYIDDIN KEPADA AHLI UMNO DIPERHIMPUNAN UMNO.

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/am/UMNO42_091107_MUHYIDDIN.jpg

Muhyiddin: PRU-13 ‘ibu segala pilihan raya’, mahu ahli Umno jihad


KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menuruTnya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.

Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”

“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.

Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.

“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.MI

N'N: Berjihad atas dasar Asobiyyah apa maknanya, kalau bukan mati katak....Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda S.A.W :

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Bukan dari golongan ku orang orang yang mengajak atas dasar ashobiyah dan bukan golongan ku orang yang berperang atas dasar ashobiyah dan bukan dari golonganku orang yang mati karena ashobiyah”[HR. Abu Dawud]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)