yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, November 29, 2011

INI YANG TERJADI BILA BILAL MASJID BERBELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK PERKAHWINAN.



Woooo..minta ampun minta maaf. Nanti dulu.

Menurut sumber dari media-media hiburan :
- Perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak.
- Syella Kamarudin juga mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.
- Suami Syella turut memberikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.


Fakta mengenai harga kereta :

Harga semasa Mini Cooper – RM195,000
Harga semasa Mini Cooper S – RM250,000
Harga semasa Audi R8 – RM800,000 Audi R8 G



Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.

Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata,penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”


Fuh!!!...kayonya bilal mesjid.

N'N:Blog ini bukan bertukar kepada blog gosip artis cuma aku rasa pelik bila Bilal@Muazzim begitu kaya.....Dan kenapa perlu pula diwar-warkan hantaran perkahwinan yang bernilai jutaan ringgit keseluruh Malaysia...

Sumber

INI SEBABNYA KENAPA AKU CAKAP FITNAH ITU SEBAHAGIAN DARIPADA UMNO.

Pendedahan Buku Sulit Umno - Arahan Rasmi Sebar Fitnah

http://3.bp.blogspot.com/-jn4zpdIami4/TtRKZzJnIxI/AAAAAAAAAPk/q92Xf601pJ0/s1600/buku_program.jpg



Ayat yang tertera dalam kotak merah itu ialah:

1. Mencipta dan menyebarkan fitnah yang boleh diterima oleh pengundi, dengan cara mencipta persepsi negatif terhadap pembangkang.


“Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui
jambatan pilihan raya umum akan datang.”


Begitulah kata Najib Razak semalam yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.


Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- cara sekalipun”.


Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.


Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.


Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.


Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.


Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.


Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karektor Anwar Ibrahim dan melagakan antara parti-parti Pakatan Rakyat.


Umno silap… Rakyat bijak menilai….

sumber

N'N:Sekarang korang dah tahukan kenapa fitnah dilakukan oleh bloggers & Facebookers UMNO/BN, kerana mereka telah mendapat arahan.....

BUKTI PENYOKONG UMNO MEMPERSENDA AL-QURAN DAN HADIS.

Kerana tak puashati dan cemburu Angkasawan Negara berjumpa dengan TGNA, penyokong UMNO ini sanggup mengeluarkan komen yang mempersendakan Al-Quran Dan Hadis.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/313579_10150403235593547_791643546_8706830_1480901447_n.jpg

Boleh tak dengan Hadis & Ayat Al-Quran sampai bulan???

Jawapannya dengan ilmu daripada Al-Quran dan Hadislah orang dapat pergi kebulan. Beritahu aku kalau bukan Ulama' Islam yang mengkaji sains, matematik dan kejuruteraan dan kemudian ditiru orang barat adakah mereka akan dapat membuat roket untuk pergi ke bulan..Beritahu aku kitab mana yang menceritakan tentang pergerakan orbit, peristiwa siang dan malam...Jika manusia yang menulis komen itu orang Islam maka secara sedar dia telah memperlekehkan Kitab suci Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

SETIAP ORANG ADA PILIHAN APA PILIHAN KORANG?



N'N:Sudah buat pilihan.....

GAMBAR PERKARA WAJIB YANG AKAN BERLAKU SEMASA PERHIMPUNAN UMNO NANTI.

http://3.bp.blogspot.com/_0ynStjSqY7A/Scx92VeruxI/AAAAAAAAM9k/nFk6e-LqLrA/s320/umno+tidur+1.jpg

Daripada aku dengar pemimpin menipu baik aku tido zzzzz........

BUKTI BERGAMBAR BAHAWA KITA SELALU TERTIPU DENGAN IKLAN.

http://www.lolhome.com/img_big/advertised-versus-reality.jpg

Inilah helah KAPITALIS.

RUMAH PRESIDEN SEBUAH PARTI POLITIK MEMANG MACAM NI KER?

rumah-hj-hadi3.JPG (29745 bytes)

sumber


N'N:Itulah rumah Presiden PAS TGAH. Tak payah bandingkan dengan rumah Presiden UMNO bandingkan dengan Ketua Bahagian UMNO dah cukup untuk kita mengetahui mana satu pemimpin yang zuhud.

KALAU RASA-RASA NAK INSAFKAN DIRI BACALAH CERITA INI.

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sblum trlambat..

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)