yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, November 28, 2011

SENARAI CALON ORANG KAYA BARU PERAK SUDAH SIAP.

Senarai Calon BN Perak Pada PRU-13 Siap

Senarai Calon BN Perak Pada PRU-13 Siap

LUMUT – Senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 telah siap, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

”…semua calon telah ditetapkan termasuk siapa yang bakal diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang,” katanya kepada pemberita di Sitiawan dekat sini hari ini.

Kawasan DUN Pasir Panjang, yang 80 peratus pengundinya adalah Melayu, diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar dari parti Pas.

Zambry berkata, senarai calon itu akan diumumkan apabila tiba masanya. – BERNAMA

ADAKAH ANDA SOKONG PM MELAYU YANG KORUP MENGAMALKAN KRONISME & SEKULARISME .

Lihatlah daripada PM Melayu pertama hingga sekarang yang mana satu anda rasa mengamalkan Islam dengan sepenuhnya????

Kalau dulu ada 'Loteri Rakyat'..Kini macam-macam sudah ada....Apa ertinya mendapat PM Melayu yang tidak mahu mendapatkan Redha Allah dalam pemerintahan...

Beritahu bagaimana Redha Allah akan datang jika pemimpin kita bukan sahaja Korup bahkan menzalimi rakyat???

Ingat Melayu tidak semestinya Islam. Mungkin namanya berunsur Islam tapi hatinya hitam legam bagaikan arang.

Terimalah hakikat pertubuhan Politik Melayu terbesar di Malaysia adalah Parti Politik yang paling banyak mengamalkan RASUAH.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/05/imej-umno.jpg

UMNO sudah tak mampu diubah ia hanya perlu dibubar....Mari kuburkan UMNO pada PRU-13.

Aku sokong PM Islam.

GAMBAR TUKANG CAT YANG BERANI MATI.

http://3.bp.blogspot.com/-jOQwibCxYqo/TtL-Wuxv08I/AAAAAAAAW8g/NM7ZhA_DGOw/s1600/african_ladder_death_wish_03.jpg

N'N:Langsung tiada ciri-ciri keselamatan...

GAMBAR BILIK RAHSIA YANG FAIL.

http://www.lolhome.com/img_big/secret-room.jpg

JKKK SELEWENG DUIT E-KASIH , SUBSIDI MINYAK DAN PERUNTUKAKN RM200? SILA SIASAT SEGERA TUDUHAN INI!!!

KUANTAN, 28 Nov - Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) digesa menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Karang dekat sini tentang program e-Kasih. Beliau yang dikenali sebagai Tok Empat Awang Kassim itu benar-benar telah mengecewakan para penduduk di kawasan terbabit.

Ini kerana terdapat banyak laporan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukannya dengan memanipulasi program e-Kasih untuk kepentingan ahli keluarga, sahabat dan kroni-kroni beliau sendiri.

Program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang berpendapatan kurang dari RM1000 itu telah digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang "tidak layak". Paling menyedihkan, tindakan beliau itu tidak diendahkan biarpun telah beberapa kali dibantah oleh penduduk.

Akibatnya, penduduk yang layak mendapat bantuan di"persiakan", sebaliknya mereka yang hampir dengan beliau mendapat peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan itu.

Menurut seorang penduduk, beliau kecewa kerana kroni Tok Empat terbabit mendapat peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dibawah program e-kasih, sedangkan mereka bukannya nelayan. "Seorang kroninya bernama Zainuddin Hitam dapat sebuah bot fiber, enjin bot dan juga pukat sedangkan beliau tidak pernah turun ke laut, tidak memiliki lesen ke laut bahkan tidak pernah pun memancing di tepi laut selama ini yang bertugas sebagai Pemandu Felda", kata beliau.

Seleweng Subsidi Minyak Dan Peruntukan RM200

Penyelewengan juga berlaku kepada Subsidi Minyak Petrol dimana Tok Empat terbabit dipercayai telah menjualkannya kepada pihak yang tidak layak. "Difahamkan nama di atas kad penerima subsidi ialah Abd Majib Abd Wahab iaitu seorang pemandu lori tetapi yang menggunakan lesen itu ialah abang ipar Tok Empat terbabit yang dikenali sebagai Abd Rashid Muda", kata seorang penduduk lagi. Selain daripada itu, terdapat nama-nama mereka yang mencurigakan dan tidak layak tetapi telah mendapat kemudahan daripada Jabatan Perikanan Pahang. Antara nama-nama terbabit ialah seperti Sharif Abdullah, Abd Majid Abd Wahab dan Abd Rashid Muda sendiri. Kesemua mereka mempunyai hubungan keluarga dan merupakan proksi kepada Tok Empat berkenaan sebenarnya. Malah, bantuan peruntukan RM200 untuk nelayan juga telah diagih-agihkan oleh beliau kepada ahli keluarganya yang tidak layak. Inilah yang mengecewakan penduduk.

N'N:JKKK=UMNO.

SUMBER

Apa Kata Karl Marx Pengasas Ideologi Sosialis Terhadap Pengganti Akidah Ketuhanan.




Pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”

N'N:Rasanya itulah anutan remaja2 Islam kita sekarang...Jika dibuat konsert pada waktu Maghrib maka beribu-ribu pemuda dan pemudi Islam yang tidak solat...

KALAU INI KERETA LELAKI MAKNANYA LELAKI ITU ADA MASALAH.

http://www.lolhome.com/img_big/gayest-car-ever.jpg

GAMBAR CIPTAAN YANG BOLEH MEMBAWA MAUT.

http://www.lolhome.com/img_big/practical-inventions.jpg

N'N: Jangan cari maut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)