yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, November 22, 2011

DULU MEREKA ARTIS LAGHA KINI MEREKA ARTIS ISLAMIK DAN ADA YANG MENJADI PENDAKWAH, MARI LIHAT GAMBAR PERUBAHAN MEREKA.

http://4.bp.blogspot.com/-mzk8e5rmKNQ/TrNKXm5yrjI/AAAAAAAACn8/u-7q6oqgfUo/s640/320262_1592984042087_1760490773_806916_1133287840_n.jpg




1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer(Penulis lirik lagu berhantu 'Isabella')

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan A.C.A.B(SKINHEAD)

4. Aznil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'(Lagu Popular 'Cinta untuk Nabila')

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

N'N:Hidayah Allah S.W.T Maha Luas.

Akhirnya Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Mengaku Berkhalwat .



GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.


Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.

Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.

myMetro

N'N:Benda2 macam ni biasa bagi puak2 ni...Puak mana? Lu fikirlah sendiri.....Aku bagi klu 'Ketuanan Melayu'.......

Mengapa Datuk Saifuddin Tim.Menteri Pelajaran masih Belum Nampak Yang UMNO/BN Semahu-mahunya Mahu Memperbodohkan Mahasiswa.

http://www.techistan.com/wp-content/uploads/2010/06/Datuk-Saifuddin-Abdullah_Deputy-Minister-of-Higher-Education-300x281.jpg

MPP pelik UIA batal majlis guna alasan AUKU, ‘kasihan nasib Saifuddin’

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa terkejut dengan pembatalan majlis diskusi e-buku saat-saat akhir, yang sepatutnya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malam tadi, sambil berkata, pusat pengajian tinggi seharusnya menjadi tempat menggalakkan dialog-dialog kritikal.

Presidennya Mohamad Iqbal Ab Wabab berkata, pihaknya juga tertanya-tanya jika Datuk Saifuddin Abdullah selaku penyandang jawatan dalam kerajaan dan ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri menghadapi nasib itu, “bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain.”

“Saya kasihan, simpati dengan beliau apabila mendengar apa yang terjadi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar majlis Datuk Saifuddin dibatalkan malam tadi dan ditangguhkan ke hari lain, tetapi saya difahamkan ia ada kaitan dengan isu Akta Universiti dan Koleh Universiti (AUKU).

“Pun begitu, saya akan menghubungi Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar lewat hari ini untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat selanjutnya,” kata beliau sambil menambah, “kita tahu bahawa Datuk Saifuddin sebelum ini melahirkan pandangan menyokong Seksyen 15 AUKU dimansuhkan.”

Sehubungan itu, Mohamad Iqbal berkata, universiti seharusnya membenarkan pendapat yang berlainan dan menghormati pandangan yang berbeza.

“Tindakan membatalkan acara seperti ini pada saat-saat akhir sebenarnya menjejaskan nama baik universiti.

“Lagi pun kalau universiti tidak mahu membenarkan, pihak penganjur seharusnya dimaklumkan lebih awal, saya dapat tahu pelajar-pelajar terbabit sudah membuat persiapan sejak dua minggu lalu,” katanya lagi.

Tambah beliau perkembangan tersebut juga menimbulkan tanda tanya di kalangan pelajar apa sebenarnya berlaku sehingga program malam tadi dibatalkan.

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti,” katanya lagi semasa diminta mengulas laporan bahawa Saifuddin, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila UIA membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.

UIA didakwa membatalkan majlis itu atas alasan isu menyentuh AUKU masih panas dan tidak mahu mewujudkan masalah.

Saifuddin juga merupakan antara ahli politik yang lantang menyuarakan pendiriannya berkaitan dengan isu UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika beliau disiasat universiti itu bulan lalu.

Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk “Kalau Saya Mahasiswa” sempena program anjuran Persatuan Undang-Undang UIA.

“Tetapi, pada saat-saat akhir, program tersebut dibatalkan dan ditangguh sehingga ke tarikh yang lain,” kata Saifuddin.

“Saya difahamkan mengenai keputusan itu apabila pembantu saya ke UIA petang tadi (semalam) untuk meninjau persiapan akhir.

“Tetapi dimaklumkan bahawa majlis saya dibatalkan, dimaklumkan oleh Timbalan Rektor HEP UIA (Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood),” katanya.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menambah, beliau mendapat maklumat daripada Nik Ahmad Kamal bahawa pembatalan itu adalah atas arahan rektor universiti.

“Alasan pembatalan ialah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.MI

N'N: Aku memang respek kat Datuk Saifuddin Tim.Menteri Pelajaran tapi aku tak nampak dia boleh pergi jauh dalam UMNO kerana UMNO sememangnya mahu mahasisiwa buta politik.

LAGI CERITA ORG INDONESIA YANG TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN KALAH BOLASEPAK, KALI NI NAK GUNA TAKTIK KOTOR TUDUH PEMAIN MALAYSIA GUNA DADAH.



Taktik KOTOR INDONESIA mahu batalkan kemenangan pingat emas bolasepak MALAYSIA

Sebaik Skuad Malaysia memenangi perlawanan, kakitangan Doping Control meluru menghampiri pasukan Malaysia kononnya untuk melakukan ujian penyalahgunaan dadah terhadap pemain.

N'N:Aku perasan dalam TV semalam benda ni, patutlah aku tengok jurulatih kita panas semacam jer....Indonesia ni sememangnya takder semangat kesukanan yang baik...Sepatutnya mereka ucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia tapi tidak mereka sedaya upaya mahu menafikan kemenangan Malaysia.

INI YANG TERJADI BILA PENYOKONG INDONESIA MASIH TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN YANG MALAYSIA KALAHKAN MEREKA DITEMPAT SENDIRI.

Kalah bola Indon godam satu lagi laman web Malaysia!

SEBELUM ini laman web Malaysia di alamat pas.com.my menjadi mangsa perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [PAS]

Dilihat kerana tidak berpuas hati akibat kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Harimau Muda malam tadi, individu yang dipercayai penyokong fanatik Pasukan Bola Sepak Indonesia bertindak menggodam laman web Malaysia.

Laman web harianmalaysia.my berjaya digodam oleh individu tidak bertanggung jawab tersebut. Laman itu memaparkan mesej ringkas bertulis "maap korannya w tutup bangsat,,, w jamin kgak bisa pulang pemain malingsial.. !!!! ewe by dyaz".

Meskipun Indonesia mendahului Malaysia dari segi pungutan pingat secara keseluruhan, namun kekalahan pasukan bola sepak mereka ke atas Malaysia dilihat tidak dapat diterima.

Meskipun pelbagai tindakan provokasi ditimbulkan oleh penyokong Indonesia untuk melemahkan pemain-pemain Harimau Muda, Stadium Gelora Bung Karno malam tadi menyaksikan Garuda tersungkur di gelanggang sendiri.


http://1.bp.blogspot.com/-eW7izlrXpA8/TsqbOaxbVsI/AAAAAAAADZ8/mJhAaI7h1lo/s1600/IMG_1280.PNG



Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga ke akhir masa tambahan.

Malaysia menamatkan saingan dengan merangkul pingat emas dengan kemenangan 5-4 menewaskan Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26.


SUMBER

N'N:Terima jerlah hakikat pertandingan yang pasti ada kalah dan menang dan kenyataannya Indonesia KALAH dengan Malaysia....Balasan atas kebongkakkan penyokong Indonesia....

GAMBAR LUAHAN HATI SUAMI YANG TERTEKAN.

http://www.lolhome.com/img_big/funny-picture-9979525654.jpg

N'N:Kesian..........

GAMBAR PENYELUK SAKU BERANI MATI CURI DOMPET POLIS.

http://2.bp.blogspot.com/-bXZ-kAeOUCw/TsoaWJ15_nI/AAAAAAAAOE0/fPTdtOWnSeA/s400/13218374784105317.jpg

N'N:Tapi apa nak hairan..Paling banyak pencuri ni boleh dapat pun dalam ratus-ratus jer..dekat Malaysia lagi hebat..Cuba korang baca kat bawah ni:


Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.BH

N'N:Siapa pulak yang nak rompak duit tu kalau bukan orang dalam balai tu??? Inilah Malaysia sudahlah pemimpinnya korup pihak berkuasa pun korup jugak...Nak buat macam mana sebab pemimpin UMNO pun dah tunjuk contoh yang baik dengan merompak wang rakyat...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)