yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, November 19, 2011

AURAT ROSMAH TANGGUNGJAWAB NAJIB.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/september/21/najib-rosmah.jpg
Aurat isteri tanggungjawab suami

SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang
tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang
bukan mahramnya?

JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di
antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan
kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari
nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga.
Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang
bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan
isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi
satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah
dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan
memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di
atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah
sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab
dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman
peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa
api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika
menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang
bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya
daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami
menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka
dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang
wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah
ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya.
Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya.
Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah
mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam
silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat.
Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang
melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu
budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama.
Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke
tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh
seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami
jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah
tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami
wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan
hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup
aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah
Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu
dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan
dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak
dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang
demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka
masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak
berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan
akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih
ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah
akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang
beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum
perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib.
Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup
auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya
melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

VIDEO GURU BESAR MAKI HAMUN PENYOKONG PAS KETIKA MEMBERI UCAPAN PADA MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN RM100 KEPADA MURID SEKOLAH DI LANGKAP.



N'N:Jadilah barua UMNO/BN senang hidupmu Cikgu.....Didunialah diakhirat belum tentu....Satu lagi rm100 tu bukan duit mak bapak UMNO/BN.....

GAMBAR2 BILA MANGSA GORES DAN MENANG MENGAMUK MEMBELASAH PENYANGAK GORES DAN MENANG.


KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF)kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.

Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.

Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.



Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.

Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.

Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabila disambut dengan bunyi bising.Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,”kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja syarikat itu.Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.




Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.

Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi.“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,”kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang ‘separuh mati’ dipukul. Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.



Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.



Sepandai pandai penipu gores & menang, akhir kena belasah jua.Padan muka.

N'N:Penyangak punya manusia.....

SUMBER

GAMBAR MANUSIA MUNAFIQ?

NAJIB MASIH MAHU MENERUSKAN AKTA KEJAM DAN TAK BERTAMADUN SEDANGKAN DIA PERNAH BERJANJI MAHU MEMANSUHKANYA, ADAKAH AKU BOLEH GELAR NAJIB SI MUNAFIQ?

http://2.bp.blogspot.com/_46hOIVZmK3A/SG1kBgbgVLI/AAAAAAAAA0M/lyx9FDu7tVY/s320/1-mayat6.jpg

Kerana ISA bapa ini hanya mampu melihat tubuh anaknya terbujur kaku tak bernyawa. Dan anaknya pula meninggal dunia sambil merindu kelibat seorang bapa berada disisinya tatkala mahu menghembus nafas terakhir. Adakah Najib seorang manusia yang tiada peri kemanusian?



http://1.bp.blogspot.com/-BNXNrfJ1lrI/TnLF5E1xRWI/AAAAAAAAA3s/9g-Voa1KDD8/s400/frontpage.jpg

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik. Pada orang munafik minimal ada satu ciri, sedangkan munafik tulen memiliki ketiga-tiganya. Ketiga ciri tersebut adalah:

1.Bila berbicara selalu bohong.
Orang seperti ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Boleh jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.

2.Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sukar untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya.

3.Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
Orang munafik sukar diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dijaga dengan baik.





Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib


KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah.

"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia.

Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut.

"Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya.

PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan.

"Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap.

"Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya.

Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia.

Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.HD

GAMBAR2 CARA MENGHADAPI BANJIR SECARA KREATIF.


Setiap tahun negara kita tak akan terlepas daripada menerima curahan air hujan yang lebat dan melimpahi sungai sehingga mengakibatkan banjir. Orang kita panggil "musim tengkujuh". Bagi kanak-kanak ia adalah pesta air, tak hairanlah jika setiap tahu ada saja mangsa korban mati lemas di musim tengkujuh. Untuk menghadapi musim banjir ini pelbagai persiapan harus dibuat agar tiada yang menjadi korban atau kehilanagn barangan berharga. Jom kita belajar daripada rakyat negara jiran kita Thailand, bagaimana mereka menghadapi musim banjir.


Sinki Bergerak - dalam musim banjir agak susah untuk mendapatkan bekalan air bersih jadi adaalah elok kita sediakan sinki bergerak macam nie..


Meja makan anda sudah hanyut?? tak perlu risau kita boleh carikan pintu peti ais yang hanyut semasa banjir untuk dijadikan meja makan terapung.


Risau anak-anak anda lemas. Mudah saja, sila pastikan botol air mineral tidak dibuang selepas isinya diminum kerana anda boleh jadikan ia pelampung yang amat seronok untuk anak-anak anda bermain.


Kepada JKKK yang xcukup bajet untuk menbeli bot untuk menbuat rondaan semasa banjir, bot yang diperbuatkan has daripada botol air minuman juga adalah salah satu cara yang berkesan.


Bak kata perpatah sediakan payung sebelum hujan amat sesuai dengan teknik ini. sebelum kereta anda tenggelam adalah lebih oleh disediakan pelampung seperti ini agar kereta anda tidak tenggelam.


Ini adalah perkara yang paling penting dimusim banjir. Agar kebersiahan sentiasa terjamin.


Takut kasut anda basah, tak perlu risau. Kini ada cara yang paling berkesan untuk atasi.

Selamatkan barang bernilai anda. Pastikan semua benda-benda penting anda dibungkus dan disimpan didalam plastik agar ia selamat dan tidak basah.

SUMBERPautan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)