yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, November 16, 2011

PEMIMPIN UMNO/BN CICAH SOS JENAMA MAHAL, RAKYAT MISKIN CICAH SOS BERKUALITI RENDAH DAN MERBAHAYA.

http://4.bp.blogspot.com/_cJjCUe6xo_c/Sqdk1vv4bLI/AAAAAAAAAtU/bTj9ViZs9CY/s400/6a00d83451fa5069e200e54f86697f8834-800wi.jpg vs http://2.bp.blogspot.com/-SPSsxdd3ILo/TsMeUfYLH7I/AAAAAAAAobc/0cacsLzb2-U/s1600/DSC00756.jpg

Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang. -mk

CUBA KORANG BAGITAU INI NAK PROMOSI LAPTOP KER NAK PROMOSI WANITA SEPARUH BOGEL???



N'N:Kapitalis mengaut untung dengan mengeksplotasi wanita, wanita pula rela dieksplotasi demi wang....Lebih kurang wanita dibawah ni dieksplotasi demi politik....

http://3.bp.blogspot.com/-w8HjxuorDF8/TpelOgfrjWI/AAAAAAAAGJI/WWbAxb4iyuE/s400/chinese%2Bgirls.png

http://4.bp.blogspot.com/_i5-K4MLrko0/SdhZMY9IhTI/AAAAAAAAHPM/DDv_vU8QNkg/s200/seksi.jpg

Baju lambang MCA/BN tu.......

Ingat BN ingat Eksplotasi Amoi cun......



INI YANG TERJADI BILA IBLIS TAKUT.



Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhuk dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Ketika sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan jawapannya tetap sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab "Aku adalah Iblis"


Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah untuk membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa seluruh penduduk kampungmu, jadi saya mesti memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat'.

N'N:Setiap kesusahan itu ada balasannya,jangan mudah mengalah dalam berbuat kebaikan....

SUMBER

GAMBAR YANG AKAN MEMBERI KELEBIHAN UNDI KEPADA UMNO DIKAMPUNG-KAMPUNG.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/391331_289806777720155_100000725040277_978274_1628688377_n.jpg

Terutama Melayu......Sampai mereka akan lupa manusia yang mengatakan 'Hudud tak sesuai' adalah manusia yang sama dalam gambar itu...Bijak2....

GAMBAR STARBUCK LUASKAN CAWANGAN DIKAMPUNG PULAK?

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/385291_285578604809193_100000711669345_925629_1418996315_n.jpg

Tapi apesal cawangan ni nampak lain macam jer kah3...Tapi kaler papan tanda tu memang cantik mata memandang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)