yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, November 15, 2011

DUA LELAKI INI MASUK SYURGA DAN NERAKA KERANA LALAT.



Dari Tariq ibn Shihab,

“ Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulullah : Baginda S.A.W bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.”
(HR Imam Ahmad)

N'N:Dunia hanya sementara akhirat kekal selamanya.....Nyawa kita hanya pinjaman....

GAMBAR KEKEJAMAN MANUSIA MENYIAT-NYIAT KULIT KUCING.

http://4.bp.blogspot.com/-h9IDMTb2iws/TsIUwv9yZXI/AAAAAAAAC2o/VzIngf4xPZM/s1600/Kejam+sungguh+manusia+ni..jpg

N'N:Korang makan kucing ker??? Tak sanggup aku bayangkan.....Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga membela kucing bahkan Nabi S.A.W berpesan kepada para sahabatnya, untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

SUMBER

152,000 ???

152,000 apa? Misti itu pertanyaan korangkan...Ini Jawapannya:

152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010


ini baru mukadimah kat hotel nanti baru klimaks....

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan “reproductive” dan sosial.

“Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat Selasa.
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program ‘outreach’ yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

“Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.

– BERNAMA

N'N:Salah siapa??? Salah pihak yang pisahkan Islam dengan kehidupan, pihak yang pisahkan pendidikan dengan Islam, pihak yang pisahkan politik dengan Islam & pihak yang tak mahu melaksanakan Hukum Islam..Siapa mereka??? Kalau tanya aku jawapannya senang yakni UMNO......

CONFIRM LELAKI SEJATI AKAN MUNTAH DARAH TENGOK GAMBAR NI.

http://2.bp.blogspot.com/-5cy7Q0dAOrY/TsH6p3foRTI/AAAAAAAAFSI/wXDvS8-Jz2A/s320/gay.jpg

N'N: Ya Allah jauhkanlah keluarga kami,anak cucu kami daripada menjadi golongan yang dilaknat.

INI YANG AKAN TERJADI BILA KOMPUTER KORANG DAH BOSAN DAN JELIK MENGADAP MUKA KORANG.


Setakat ini laptop aku belum bosan dan jelik dengan aku kah3.....

GAMBAR HAJJAH DENGAN MICHELLE OBAMA.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/320644_1950001249158_1816429641_1341297_484461675_n.jpg

Mabrur??? Wallahua'lam....

GAMBAR ROTI GARDENIA BERSEKONGKOL DENGAN SYAITAN?



N'N: Siapa punya kerja ni tukar Bilis jadi IBLIS....kah3....

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)