yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, November 14, 2011

Kalau PR Punya Skandal, SPRM Akan Melalak Seperti Anjing Garang Tapi Mengapa Menikus Macam Pengecut Dalam Isu Skandal NFC???

http://media1.malaysiakini.com/229/4e6e84b640151772933d2c9893a08d77.gif

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?

“Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.

"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.

"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.

Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.-HD

N'N: SPRM kena ingat bos mereka bukan UMNO/BN tapi bos besar mereka ialah Rakyat Malaysia!!!

GAMBAR AIRCOND SUDAH WUJUD SEAWAL ZAMAN DINASTI CHINA.

http://1.bp.blogspot.com/-Fvsf4HQtCEY/TsB6eFQ6d1I/AAAAAAAANH0/so3UjJmMkBc/s400/cmovie03jpg1321149791187-data.jpg

N'N: Kantoi....

ANTARA KERJA SEPERTI BIASA DAN DIBERIKAN ELAUN RM5OO ATAU BEBANAN KERJA 9 JAM.PARA GURU SILA PILIH ANTARA SATU SAMADA TAWARAN PR ATAU UMNO/BN.

PR nak bagi RM500 depa nak suruh kerja 9jam.. mana satu pilihan kalbu..??



PAS tak setuju guru kerja sembilan jam

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.

azlanSambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.

Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.


Bawa kerja balik rumah

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.

missionary school 241207 students“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.

Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.

Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.

GAMBAR 7-ELEVEN JUAL SELUAR DALAM G-STRING.

http://www.chinatraderonline.com/Files/Household/Garment-Apparel-Fashion/Underwear-Nightwear/Bra-Lingerie/Satin---Jacquard-Mesh-Soft-Cup-Bra---G-string-1013375234.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-AI6MtSgGQI0/Tr9IYGA6zUI/AAAAAAAANCk/KzZobWn5iZI/s400/gstring6jpg1321146363368-data.jpg

Bukan dekat 7-Eleven Malaysia tapi dekat negara jiran kita Singapura....Tapi persoalannya mengapa G-String? Mengapa tidak baju atau seluar??? Lepas tu dijual pula berdekatan dengan kondom, adakah mereka mahu menggalakkan seks bebas menggunakan G-String???....Persoalan ini hanya mampu dijawab pihak 7-Eleven itu......

GAMBAR SAMBIL TIDUR GAJI MASUK.

http://3.bp.blogspot.com/--rRVcw8O-eE/Tr-_iXNNiVI/AAAAAAAAGqs/rRh4bcq95hM/s1600/Dr+Xavier+Jayakumar+KL+POS.jpg

Tolonglah YB jangan nampak sangat makan gaji buta....Bila Ibrahim Ali tidur kita bising....Tapi bila kena dekat YB PR kita tak bising itu aku tak boleh terima....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)