yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, November 13, 2011

GAMBAR NGO KENA BELASAH.

http://2.bp.blogspot.com/-0hrH9oTVhNM/Tr8TsXZc6UI/AAAAAAAACWA/OlkGWuxLngg/s200/je_06_1.jpg
INI NGO KER SAMSENG???

Utusan melaporkan:

JOHOR BAHRU 12 Nov. - Kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Pasir Gudang malam tadi sehingga menimbulkan pergaduhaan amat dikesali dan beliau dianggap tidak sepatutnya datang ke negeri ini kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.

"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).

"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.

Juga dilaporkan:

Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid.

Tah pasai apa, Utusan nampak macam malu pulak nak sebut nama NGO tu, sebut ja la NGO tu PERKASA, tak payah nak berselindung-selindung. Mungkin kut pasai PERKASA terbukti perkasa sebenarnya tak perkasa pasai boleh cedera dan pengsan, hahaha...

Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada pemberani yang belasah ahli PERKASA tu. Aku bukan sokong kekerasan dan langsung tak galakkan ahli dan penyokong PAS pukui orang. Tapi kalau dah sampai tahap menceroboh premis kita lepas tu pulak buat kurang ajar kacau program kita, memang sepatutnya kita mempertahankan maruah kita.

Depa ingat selama ni depa kuat di Johor, Johor tu hak mak bapak depa. Walaupun PAS selama ni lemah di Johor tak bermakna PAS tak ada hak di Johor. Sama jugak macam di Kelantan, PAS takdak hak nak halang program Umno di Kelantan walaupun PAS cukup kuat di Kelantan.

Biar insiden ni jadi iktibar kepada umno. Jangan ingat hangpa saja ada samseng, dalam PAS pun ramai samseng. Cumanya selama ni depa sorok samseng depa pasai wala' kepada pimpinan. Jangan selalu sangat 'cabar' kejantanan PAS, aku takut nanti sampai tahap Mat Sabu pun tunjuk samseng sama, masa tu sapa pun dah tak boleh nak halang 'samseng rakyat'...

SUMBER


N'N: Samseng sangatlah tu...Ambik kau bila buku bertemu ruas.....Jangan ingat kau sorang anak jantan kat dunia nie...Aku tidak menyokong keganasan tapi apabila perlu untuk mempertahankan diri memang buku akan bertemu ruas....

3 ALASAN PALING LOGIK MENGAPA ORANG MELAYU MAKAN GUNA TANGAN.

http://3.bp.blogspot.com/_huFKPh7VvGU/S7NeVagoiaI/AAAAAAAAAJM/rlO7hm1YwUA/s1600/Tok+Guru.jpg
gambar hiasan

Contohnyer orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garpu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Okay Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Kalau korang nak tau soalan ini telah terjawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang............. !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......


N'N:Rasulullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

sumber

GAMBAR UNDANG2 RIMBA DI CHINA, WANITA DIBOGELKAN KERANA MENCURI.

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan Khalayak

Taizhou 4 Nov 11: Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China. Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut. Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia. Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou.

Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis. Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang. Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

N'N:Yang pastinya undang Islam yakni Hudud yang meliputi Qisas & Takzir tidak bersifat memalukan tetapi bersifat mencegah jenayah. Itulah indah dan sempurnanya agama Islam.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)