yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, November 4, 2011

Mak Aih...Sampai 24 Orang Bodyguard....Apa Cerita Ni???

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/389948_272089486168734_100001030531713_863906_849040669_n.jpg

Jangan marah ada orang siap kira lagi he3....

Melayu Dan Islam: Aku Nak Tanya Kepada Lelaki Melayu. Kenapa Korang tak Pergi Solat Jumaat, datang Haidkah???

http://2.bp.blogspot.com/-gpbhMkLNg_A/TZ3pVtfUOYI/AAAAAAAAAgM/b9h_OLs1wTw/s1600/Tak+solat+Jumaat+2010.jpg


Selamat kembali ke segmen Melayu Dan Islam. Kali ni aku nak tegur kaum lelaki pulak yang perangai Nauzubillahiminzalik.... Apa alasan korang tak pergi Solat Jumaat? Datang Haidkah? Kalau dulu Solat Jumaat menjadi rutin wajib bagi lelaki2 Melayu yang malas solat Fardhu 5 waktu( ini pun dah dikira berdosa besar) tapi masih rajin perji menunaikan Solat Jumaat dan tak pernah meninggalkannya sehingga mereka ini digelar "Ahli Solat Wal Jumaat"...

Tapi sejak kebelakangan ni aku sering ternampak lelaki2 Melayu ni meninggalkan Solat Jumaat. Hoi korang nak jadi apa ni??? Apakah korang ingat solat Jumaat tu sunat? Ketahuilah bahawa solat Jumaat itu WAJIB berdasarkan Firman Allah S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
Surah Al-Jumu'ah (ayat 9)

Kalau korang masih tak sedar lagi korang dengar Sabda Nabi Muhammad S.A.W tentang manusia macam korang:

"Aku bercadang untuk memerintahkan orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang meninggalkan solat Jumaat" Hadis riwayat Muslim dan Ahmad.

Masih mahu meninggalkan Solat Jumaat?

Melayu Dan Islam: Melayu Memang Perokok Tegar.

Sekali lagi kita berjumpa disegmen Melayu Dan Islam. 'Tanpa prejudis' itu konsep post kali ini. Mungkin akan terkena kepada adik-beradik aku mungkin juga terkena kepada bapak mertua, adik ipar dan member rapat tapi aku dah kata post ini dibuat tanpa prejudis. Jadi terlebih dahulu aku nak minta maaf jika ada yang tersinggung atau terguris., tapi perkara ni terpaksa juga aku sentuh ....

Dan aku akan cakap terus kepada point tanpa bahasa berkias-kias....

" Siapakah perokok-perokok paling bodoh di dunia ?"

http://1.bp.blogspot.com/-Jgps-vgycrA/TlJQt109jUI/AAAAAAAAA_M/tZ71oEIi7SE/s400/orang%2Bislam%2Bmerokok.jpg

1. Perokok beragama Islam.

Pak imam, tok bilal, ustaz-ustaz pun ramai yang ketagih merokok. Pakai jubah, pakai kopiah tetapi menghembus asap rokok dengan penuh asyik. Padahal umat Islam adalah manusia yang paling patut sedar bahawa rokok itu sama haramnya dengan dadah.

Nyata-nyata Islam melarang umatnya melakukan perkara yang boleh mendatangkan kerosakan kepada manusia lain (perokok pasif) dan diri sendiri.

2. Perokok yang bekerja sebagai doktor.

Sepatutnya, selepas belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan, merekalah yang patut tahu bahaya-bahaya merokok kepada kesihatan. Mereka menasihatkan orang lain supaya tidak merokok, sebaliknya mereka juga merokok.

"Lelaki merokok kononnya lebih nampak macho dan stylo, kononnya lebih nampak sifat kejantanan sebenarnya adalah mitos. Ianya hanya kesan psikologi, sama seperti situasi remaja yang merasa diri mereka hebat jika sengaja melanggar peraturan sekolah. Padahal, pada mata masyarakat normal, perokok-perokok ini sebenarnya sedang memperbodohkan diri mereka dalam keadaan bangga"

Nukilan: Lelaki Terkacak Di Malaysia

N'N:Pedas betul bagi siapa yang makan cili padi........

TAK SANGKA AKU RUPANYA BRA UNTUK LELAKI MEMANG WUJUD.

Sedang aku meninjau blog ke blog tiba ternampak gambar ni buat aku terkesima....Mak aih lelaki pun dah ada bra rupanyer sekarang......










N'N:Tidakkah ini sesuatu yang pelik tahap gaban...Kejutan pagi Jumaat.....
sumber

Ini Memang Betul2 Gambar Orang Yang Berpantang Maut Sebelum Ajal.

http://1.bp.blogspot.com/-gCndFRx9HpA/TrIwr-8dw7I/AAAAAAAALys/w3PZZUughto/s400/batangbesidimobil.jpg

Percaya atau tidak pemandunya selamat dan masih bernafas di China.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)