yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, November 2, 2011

SEKADAR BERCERITA , SUHARTO PERNAH MEMADAMKAN IMEJ KORUPSI & ANTI ISLAMNYA BILA MENGERJAKAN HAJI SEHINGGA ADA YANG MENYESAL TIDAK MENGUNDINYA.

Apabila Soerharto Naik Haji ; Suatu Ketika Dulu

http://i.imgur.com/X1M60.png


Haji adalah demontrasi terbesar ummat islam, yang menghimpun semua demontrasi kecil di serata dunia. Ummat Islam bersatu unjuk kekuatan dengan dada terbuka dan laungan takbir membesarkan Allah, tuhan yang menggenggam seluruh alam buana ini.


Seseorang yang ikhlas dan taqwa dalam menyempurnakan haji, pasti memperoleh impak besar dalam kehidupannya, justeru berlaku proses reformasi dalam dirinya dengan penyerahan kepada Allah secara total sepanjang manasik.

Mengerjakan ibadat haji juga boleh merubah pandangan atau tanggapan masyarakat terhadap para haji dan hajah apabila mereka kembali ke tanah air. Sama ada mereka bisa membuktikan bahawa mereka adalah penganut Islam fundamental yang hakiki, sekali gus menafikan kekufuran yang sering dimomokkan, atau sekurang-kurangnya mereka telah mengalami pembersihan dari semua dosa secara total di tanah suci di hadapan Allah swt sendiri.

Sekadar mengambil contoh, dari kisah Bekas Presiden Indonesia Soerharto yang pernah mengerjakan haji pada suatu ketika dulu. Seluruh rakyat Indonesia dibasahkuyupkan dengan ulasan dan promo safari haji Sang Presiden itu dalam semua pers dan media pro kerajaan.

Ternyata para balaci-balaci media berjaya merubah sedikit sebanyak tanggapan buruk sebahagian rakyatnya kepada Sang Presiden selama ini. Sebelum ini Sang Presiden dan Parti Golkarnya dianggap unislamik, unquranik, malah dianggap kufur kerana menyaingi Parti PPP yang dianggap berjuang untuk mendaulatkan Islam.

Pernah seorang kakek(orang tua) menangis tesedu-sedu melihat presidennya sedang mengerjakan haji dan memasuki dalam kaabah bersama pembesar kerajaan Arab Saudi. Dengan linangan air mata ia berkata:

"Aku telah melakukan kesilapan yang sangat besar. Aku naif. Selama ini aku tidak pernah mencuples Parti Golkar. Aku hanya tahu mencuples Parti PPP, parti Islam. Tapi kali ini aku akan cuples Parti Golkar kerana Sang Presiden seorang yang sangat islami, kalau tidak masakan bapak naik haji. Apa lagi bisa solat dalam kaabah".

Dan Menjelang pilihan raya umum Indonesia, Sang Presiden dan Golkar menang besar!.
-tranungkite-

N'N:Sekadar bercerita dan sekadar mahu anda berfikir......Siapa makan cili dia rasa pedas...

KELAJUAN BOLEH MEMBUNUH POKOK, MACAM MANA TU? SILA LIHAT:

http://www.lolhome.com/img_big/funny-picture-9979525712.jpg

N'N:Fuh..Sadis......Rasanya dua2 boleh terbunuh...

UMNO DAN ZIONIS BAGAIKAN RAKAN KARIB YANG BERPISAH TIADA.

http://3.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/S8ROIxElSKI/AAAAAAAANBw/g9JRoy8Z7g0/s320/umnoapco.jpg

Kerajaan Pusat semakin MESRA YAHUDI, APCO,petinju JADI SAHABAT dan Hubungan Dagang Israel-Malaysia.


Setelah Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej dengan mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel, KINI KERAJAAN SEMAKIN MESRA YAHUDI apabila memberikan kebenaran kepada petinju Yahudi memasuki Malaysia.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”

Ternyata Menteri Belia dan Sukan telah bertindak dahsyat tanpa memikirkan kezaliman regim jahanam Yahudi membunuh umat Islam Palestin.

Tergamak menteri yang bernama Shabery ini membenarkan seorang Yahudi laknatullah masuk ke negara kita dengan mudah. Apakah Shabery tidak sedar dan tidak faham sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Shabery mesti memohon maaf kepada umat Islam Palestin dan Umat Islam seluruh dunia.

Di saat umat Islam disembelih, dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka Palestin, Shabery dengan mabuk kuasa menggunakan pangkat dan kedudukannya membenarkan bangsa paling bangsat ini masuk ke Malaysia.

Lebih malang lagi kita boleh lihat bagaimana biadapnya si bangsat menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk mengibarkan bendera regim zionis itu di dalam negara Malaysia. Memang Shabery ini jenis tidak berhati perut.

SUMBER


Cinta Gelap: Hubungan Dagang Israel-Malaysia

Entah kenapa hari ni ungkapan 'Celaka' senantiasa berlegar diminda. Kusut memikirkan kemusnahan apa lagi yang bakal ditujahkan oleh umno-apco terhadap negara yang dicintai ini dan kezaliman apa lagi bakal melilit sendi dan urat seluruh rakyat marhaen.

Celaka dalam diam rupanya benar umno-apco telah lama menjalankan hubungan dagang dengan negara laknatullah israel. Inilah para pemimpin yang puak gerombolan julang dan banggakan rupanya menjadi 'gunting dalam lipatan' mengkhianati amanah umat Islam dan non-Islam Malaysia yang tidak mengiktiraf israel.

Talam dua muka umno-apco bermuka-muka dengan mewujudkan polisi anti-israel sebaliknya mereka 'bermain belakang' dengan israel dalam hal perdagangan. Lihatlah olehmu, bukalah pintu hatimu wahai penganut mazhab umno-apco. Pemimpin gerombolan sedang membawa negara ke arah kehancuran dan sedang mengetok gendang bala Tuhan untuk kita semua.

Janganlah kita tunggu sehingga Allah turunkan bala yang lebih besar dan dahsyat ke atas rakyat Malaysia. Cukuplah dengan bala ekonomi, bala jalanraya dan bala sosial yang Dia timpakan sebagai tanda peringatan.

Berikut merupakan petikan ucapan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri semasa
membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat
bertarikh 17 Oktober 2011. Diekstrak dari Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang
dimuat turun dari laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Soalan beliau mudah saja, benarkah kenyataan ini? Kalau tak benar,
PM harus nafikan kenyataan Mischa Harish.

"Seterusnya, saya hendak bangkitkan lagi satu isu iaitu Profesor Dr. Syeikh Yusuf
Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan
di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam
untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.
Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel
adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar tersebut.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk
polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai
hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan
pengkhianatan terhadap polisi negara ini. Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia
berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya.

Berdasarkan satu artikel dalam laman web anakmudamalaysia.com, Solidariti Anak Muda Malaysia telah menyatakan secara jelas bahawa, Dalam satu sesi pemerintahan ini memunculkan imej anti-Israel dan pro Palestin. Malah pemerintah ini pula me’wajah’kan lawan politik dalam negara sebagai agen Yahudi dan Israel dalam pelbagai imej seolah-olah anti Islam. Namun dalam wajah yang lain,

Malaysia ialah antara negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam telah menjadi
rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Beberapa bukti seperti borang kastam
yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus segar dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin
turut telah didedahkan kepada umum.

Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang-undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan runtuh maka pada tahun 1994 di bawah Kabinet Tun Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (Pindaan Bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagangan dengan Afrika Selatan.

Akan tetapi kesempatan diambil untuk menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. Sejak daripada itu Malaysia menjadi antara rakan dagangan utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di perpustakaan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa dengan jelas
terdapat banyak bahan-bahan mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade,
Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review Israel,
Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel,
Douanes (iaitu buku kod tarif perdagangan Israel)
dan beberapa lagi.

Micha Harish, Israel Minister of Industry and Trade, Israel-Asia Chamber of Commerce
pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu majalah promosi perdagangan
Israel seperti berikut dengan izin, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister
and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue
economic relations with Israel is another milestone in the development of trade this continent. “

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar Perdana Menteri harus menafikan
kenyataan Micha Harish ini. Sekian terima kasih." - che'gubard.

BOB LOKMAN RELA JADI SEPERTI SAYYID QUTB

http://mideast.foreignpolicy.com/files/qutb_in_egyptian_prison_0.jpg

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.

“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

“Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima,” katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

“Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah,” tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

“Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka,” katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan./TMI

Melayu Dan Islam: Adakah Trend Baju Jarang Yang Menampakkan Bra Dah Jadi Adat Orang Melayu?

Macam biasa segmen 'Melayu Dan Islam' ni aku akan menegur amalan2 orang Melayu yang bercanggah dengan Islam. Kali ini ialah amalan berbaju jarang ketika majlis Perkahwinan dan Akad Nikah...Tolonglah jaga kesucian Islam. Tolonglah jangan tayang apa yang tak sepatutnya ditayang seperti dibawah ni...

http://i46.servimg.com/u/f46/15/26/84/94/pengan10.jpg

Kalau yer pun tak malu dengan Tok Kadi tu malulah dengan Allah S.W.T janganlah lakukan perkara macam ini didalam rumah Allah.

Selepas Ezam Elaun Senator Untuk Lelaki Ini Pula Yang Banyak Berjasa Menghentam Dan Memfitnah DS Anwar.

http://terompahbesi.files.wordpress.com/2011/04/nala.jpg?w=189&h=267

Senator Nalla....

N'N:Untung Ezam & Nalla menghentam DSAI sekarang mereka dapat Elaun tiap2 bulan...

SELAMAT TINGGAL SEMUA SAYA MAHU MENUNAIKAN FARDHU HAJI NIE.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/308688_287379197958995_100000607507649_953783_1566753896_n.jpg

Nanti u all teka lepas i balik nanti i akan tutup aurat tak....u all teka yer....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)