yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, October 23, 2011

Melayu Dan Islam: Tabiat Tolak-menolak Untuk Menjadi Imam.

Rasanya kemungkinan besar semua daripada kita pernah melalui situasi ini. Tapi persoalannya sekarang mengapa perkara ini berlaku? Mengapa masyarakat Melayu kita perlu takut menjadi Imam?

Baiklah daripada pengalaman aku perkara ini terjadi kerana kurang kearifan untuk membaca Surah-surah lazim lebih-lebih lagi jika dipaksa untuk menjadi Imam bagi solat maghrib dan isyak.

Alasan ini mungkin cukup kuat untuk seseorang tidak mahu menjadi Imam kerana takut melakukan kesilapan dalam bacaan Surah terutama Surah yang wajib dibaca yakni Al-Fatihah.

Tapi sebenarnya ini tidak sepatutnya menjadi alasan kerana adalah menjadi kewajiban setiap muslim untuk menghafal surah-surah dalam Al-Quran terutama Surah Al-Fatihah.

Bukan susah pun untuk menghafal surah-surah ini kerana sekarang kita dapat mendengar bacaan-bacaan surah dengan senang di you tube, taip sahaja imam mana yang kita nak dengar samada Al-Ghamidi,Misyari,Sheikh jibril dan ramai lagi.

Takkan kita selesa menjadi makmum sepanjang masa, tiba masanya nanti mahu tak mahu kita perlu jadi Imam solat untuk keluarga kita sendiri. Takkan kita nak bagi alasan tidak arif dalam membaca surah kepada anak bini..Fikir-fikirkan....

Nak taknak kita perlu memperbaiki bacaan surah kita supaya kita dapat menjadi seorang Imam kepada keluarga kita. Yang penting sekali surah al-Fatihah kerana ia adalah rukun solat untuk membaca al-Fatihah. Kesilapan dalam membaca surah al-Fatihah akan mengakibatkan solat menjadi tidak sah....

Baik ini ada satu lagi alasan mengapa seseorang tak mahu menjadi Imam. Satu lagi alasannya ialah kerana kurangnya kearifan membaca doa setelah selesai solat. Doa..Perlukah ia dibaca dalam bahasa arab? Wajibkah ia dibaca dalam bahasa arab? Alasan untuk menolak menjadi Imam kerana tidak fasih membaca doa dalam bahasa arab mungkin tak berapa tepat kerana membaca doa tak perlu dan tak wajib untuk membacanya dalam bahasa arab. Jika memang benar kita langsung kita tahu berdoa dalam bahasa arab gunakan sahaja bahasa melayu. Mungkin masyarakat kita akan merasakan ianya agak janggal tapi ianya tak salah dari segi hukum bahkan ianya lebih bagus kerana kita faham apa yang kita aminkan....Tapi tak ada salahnya untuk kita menghafal doa-doa yang ringkas seperti selawat Nabi, dua pembukaan dan doa penutup dalam bahasa arab.

Harap selepas ini jangan ada yang takut untuk menjadi Imam jika bukan untuk orang lain jadilah Imam solat untuk anak bini kita.

GAMBAR BEZA DARJAT NAJIB DAN RAKYAT JELATA.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/320517_226264737437143_100001608541915_664716_543540424_n.jpg

Hipokrit no 1.......


Lihat gambar dibawah ini pula, gambar ini ditangkap secara 'candid' kerana ini rutin seharian beliau. Tak perlu suratkhabar untuk menggembar-gemburkan kerana Rakyatnya nampak sendiri bahawa beliau memiliki hati seperti Rakyat biasa walaupun bergelar MB.

http://2.bp.blogspot.com/_1pd_2oq4nTI/TEP2UYSz-NI/AAAAAAAAAAk/NbS4F6bsv4A/s1600/image-upload-5-785699.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)