yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, October 21, 2011

GAMBAR INI DAPAT MENGGAMBARKAN KEMERIAHAN MAJLIS SOLAT DHUHA BERSAMA ZAMBRY .

Melihat kepada banner ini sudah tentu kita mengjangkakan beribu-ribu orang yang akan hadir...

http://3.bp.blogspot.com/-zHADEIwPTkE/Tp-GLGOR8II/AAAAAAAADzk/5bwhWg5kxiA/s1600/294028_2321647293013_1604510903_2236163_1669544326_n.jpg


Tapi ini hakikatnya....Bukan Solat ini yang dipertikaikan tapi perlukah Solat Dhuha digembar-gemburkan....



Sumber

Ini Dia Gambar Sokongan Kepada Dr. Aziz Bari. Pemimpin UMNO Pun Tak Pernah Dapat Sokongan Sebegini!!!















Fenomena Dr. Aziz Bari.. Pemimpin UMNO pun tak pernah dapat sokongan sebegini...

selanjutnya

GAMBAR TEKNIK BARU MERABA: MERABA SAMBIL BERPURA-PURA TIDUR.



N'N:Kemana hilangnya nilai2 murni manusia.....

SALURAN PEMBETUNGAN TEMPAT TERAKHIR GADDAFI, PEMIMPIN LAIN JADIKANLAH IA PENGAJARAN AGAR TIDAK MENZALIMI RAKYAT...

http://2.bp.blogspot.com/-W6BTrOcUuzM/TqC3U9zc-aI/AAAAAAAAG7U/pV2f8wx04aE/s400/pix_middle.jpg

KUBU...seorang pegawai NTC menunjukkan saluran pembetungan tempat Gaddafi bersembunyi.


[HM] TRIPOLI: Terkulai di kaki pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), gambar Muammar Gaddafi itu menjadi bukti terhadap dakwaan kematian bekas pemimpin Libya berkenaan, semalam.

Menurut laporan awal, Gaddafi ditemui berlindung dalam saluran sistem pembetungan di tengah Sirte sejurus selepas pejuang NTC memasuki bandar kelahirannya itu dalam serangan terakhir.

Seorang daripada pejuang NTC berkata, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak ketika cuba menyerah diri.
Beberapa laporan media Arab melaporkan, Gaddafi, 69, menemui ajal akibat kecederaan pada kakinya.

Imej rakaman kamera telefon bimbit yang dikeluarkan sejurus selepas penangkapannya tersebar menunjukkan Gaddafi ditawan.

Pemberontak berkata, Gaddafi bersenjata sepucuk pistol bersadur emas ketika ditemui.

Pemimpin NTC, Abdel Majid Mlegta, berkata selain kaki, Gaddafi turut ditembak di kepala.

“Berlaku tembak-menembak sengit di antara pejuang NTC dengan penyokong Gaddafi sebelum dia mati,” katanya.

Menurut Abdel Majid, Gaddafi ditembak ketika cuba melarikan diri, manakala sumber lain mendakwa, bekas diktator Libya itu cedera terkena tembakan sekurang-kurangnya sekali di perut.

Gaddafi dan keluarganya melarikan diri sejak Nato dan pemberontak mula menguasai Tripoli pertengahan Ogos lalu.

Laporan penahanan Gaddafi yang memerintah selama 42 tahun muncul tidak lama selepas tentera NTC mengumumkan mereka menawan Sirte.

Laporan awal CNN dan NTC mendakwa, Gaddafi berjaya ditahan, manakala al-Jazeera menyatakan, “pemimpin utama” Libya diberkas kerajaan baru Libya, tetapi tiada butiran diberi.

Pada awal pagi semalam, NTC mendakwa, sekurang-kurangnya lima kereta membawa pejuang yang setia kepada Gaddafi cuba melarikan diri dari Sirte.

Pegawai NTC sebelum itu memberitahu Reuters, Gaddafi ditahan berhampiran Sirte ketika dia menyertai konvoi cuba melarikan diri sebelum diserang jet Nato.

Katanya, panglima tentera era Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr, terbunuh dalam operasi itu.-DM

Kredit:DCM

UIA Yang Patut Bertaraf Pusat Pendidikan Dunia, Telah Bertukar Menjadi Pejabat Agama Yang Penuh Kesempitan Fikiran-Dr.Maza

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai

“satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.”


“Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.

“Ternyata perlantikan ‘kepimpinan baru di UIA’ itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.

Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan “sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.” “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata beliau lagi.

Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, “setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).”

“Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz,” kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama.”

Katanya, sebagai lepasan UIA, beliau rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di universiti itu hari ini.

“UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” tambah beliau.

(VIDEO) INILAH ALASAN MENGAPA TAK BOLEH GUNA TELEFON BIMBIT DI STESYEN MINYAK.



N'N: Tiap-tiap larangan ada sebabnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)