yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, October 19, 2011

GAMBAR BALASAN KEPADA ZUL KULIM KERANA MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT.

http://1.bp.blogspot.com/-lJBngOyjOPM/Tp4w81jKmLI/AAAAAAAAKuY/k881NP5eGhw/s400/302463_10150500543768662_537408661_11288662_1992443813_n.jpg

N'N: Kini hanya kerusi yang sudi mendengar ceramahnya....

TAKKANLAH SAMPAI MACAM NI KEMARUK NAK BERCHATTING KUT.

http://4.bp.blogspot.com/-OLZ4Ozacj1Q/Tp1GnOKDHRI/AAAAAAAACAI/oSM_DaeeOXI/s640/Berak+Sambil+Chatting+Dengan+Kekasih.jpg

N'N:Buruk benor perangainyer...


Kredit gambar:prince91

LELAKI YANG WAJAHNYA MIRIP PEMIMPIN ISLAM INI DIPUKUL KERANA ENGGAN BERLAKON VIDEO LUCAH UNTUK FITNAH PEMIMPIN ISLAM.

Seorang lelaki Mohamed Bishr yang wajahnya mirip Saddam Hussien dipukul kerana enggan berlakon filem lucah, dia yang menolak tawaran tersebut dikatakan dipukul oleh 3 orang tidak dikenali. Dia seorang Muslim yang taat sama sekali tidak mungkin mahu memburukkan Pemimpin Islam dan memfitnah mereka. Ini kerja jahat Kafir Harbi untuk merosakkan imej Pemimpin Islam diseluruh dunia. Sekarang bila kita digembar-gemburkan oleh barat mengatakan Pemimpin Islam kaki perempuan atau apa sahaja tuduhan jahat eloklah kita siasat fitnah golongan Kafir Harbi itu.

Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Hujurat, Ayat 6)




Mohamed Bishr banyak menerima tawaran kerana wajahnya, ada yang sanggup membunuhnya kerana ingin mendapatkan wang.sumber

N'N:Dalam kes DSAI lelaki yang miripnya mungkin rela dan kelabu mata dengan wang yang ditawarkan..Wallahua'lam.

MasyaAllah Laut Yang Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran.

http://1.bp.blogspot.com/-4x71eXZAU7s/Tp4Ti-81kVI/AAAAAAAAmdE/_c1c9hNhAVs/s320/frontpage.jpg

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

KENAPA UMNO ZALIM SANGAT KEPADA RAKYAT KELANTAN(VIDEO)



N'N: Kenapa UMNO/BN zalim sangat kepada Rakyat Kelantan......

GAMBAR BUKTI MP BN PUN BORING DENGAR BUDGET NAJIB LALU BERFACEBOOK.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/299110_304622336219386_100000148652929_1493389_742574332_n.jpg

N'N:Tu dia....naper tak tidor jer.....

TOLONG JAWAB APA MOTIF UMNO TAYANG VIDEO LUCAH PADA KAKITANGAN KERAJAAN?

http://img230.imageshack.us/img230/8581/hotelseximagescandalpu1.jpg
GAMBAR HIASAN.


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah".

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau. SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)