yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, October 16, 2011

SIAPA YANG BELUM KENAL UMNO SILA LIHAT VIDEO INI:



N'N: Berikut adalah Teks surat pekeliling itu:

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA

Dengan hormatnya saya dimaklumkan saya diarah untuk menarik perhatian KETUA-KETUA CAWANGAN mengikut perkara diatas .

Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada CAWANGAN-CAWANGAN UMNO dalam bahagian KAPAR yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah , pengajian, forum dan sebagainya .

Tuan-Tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah atau ustaz untuk mengisi program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh pada 7hb September satu majlis forum telah diadakan di Bandar Sultan Sulaiman Perlabuhan Klang salah seorang ahli panel forum itu telah menghuraikan

"Ayat 36 Surah Al-Ahzab "

yang menjelaskan kesesatan mereka yang memilih hukum selain daripada hukum Allah termasuk juga mereka yang menolak hukum Hudud dalam Al-Quran .

Kita tidak boleh menerima hujah daripada Al-Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan kepada UMNO.

Kita menolak hukum Al-Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat BN bagi mengekalkan kuasa dalam Negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

SEKARANG SUDAH KENAL UMNO?

GAMBAR BUKTI BETAPA GAGAHNYA UMNO SEHINGGA LAMPU JALAN PUN HENDAK DIRASMIKAN.

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306374_151488558281016_100002596173017_235098_2141102674_n.jpg

N'N:Tu dia hebatnya UMNO sampai lampu jalan pun nak digembar-gemburkan....Kalau zaman pasca Merdeka mungkinlah lampu jalan itu sesuatu yang besar tapi selepas 54 tahun mentadbir Malaysia pun masih mahu berkata kepada seluruh dunia "Lihatlah UMNO beri lampu jalan, hebatnya UMNO memberi lampu jalan"..wei boleh jalanlah...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)