yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, October 10, 2011

GAMBAR TANDAS YANG DIRENOVATE JADI BILIK TIDUR.

http://2.bp.blogspot.com/-a9KwJjDoovo/TpKQTmaj1tI/AAAAAAAAI60/Df7CJyRxplc/s400/post-80s-girl-lives-in-work-toilet-02-560x371.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-M59AptgevBs/TpKQTeXNAlI/AAAAAAAAI6s/-8JCcljuTr8/s400/post-80s-girl-lives-in-work-toilet-03-560x371.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-AL0HzqWa36s/TpKQEo6yrUI/AAAAAAAAI6U/1hLIwzcajPg/s1600/post-80s-girl-lives-in-work-toilet-08-560x371.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-7IkbvyuwpUI/TpKQEqAKoyI/AAAAAAAAI6E/ISxYsqUXW9w/s400/post-80s-girl-lives-in-work-toilet-11-280x432.jpg

Sebenarnya di China kos untuk menyewa bilik terlalu mahal dan tidak mampu disewa oleh rata-rata pekerja di China, jadi majikan wanita didalam gambar itu menyediakan sebuah bilik yang merangkap bilik air & bilik tidur secara percuma. Jadi untuk tujuan menjimatkan kos wanita itu sanggup duduk dibilik itu. Dia mandi, buang air besar/kecil,makan,minum,main laptop,tidur dan menghabiskan masa terluang didalam bilik itu....

N'N:bagi orang Islam tandas adalah tempat yang kotor dan tempat berkumpulnya syaitan jadi sendiri mau ingatlah......

UNIVERSITI2 DI MALAYSIA KALAH DENGAN UNIVERSITI HONG KONG, SINGAPURA & THAILAND YANG BERJAYA DISENARAIKAN DALAM 400 UNIVERSITI TERBAIK.

Ranking universiti: Kita masih belum bersedia, kata menteri

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan universiti tempatan masih belum mampu bersaing untuk disenaraikan dalam kedudukan Times Higher Education (THE) sambil menegaskan tempoh yang agak lama diperlukan untuk tersenarai.

Jelas beliau, ini kerana universiti negara ini masih belum terlibat “lebih aktif” dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi yang merupakan kriteria utama dalam THE dengan menambah banyak penyelidikan yang dilakukan masih baru dan belum matang untuk bersaing dengan universiti antarabangsa yang lain.

“Kenapa ada banyak rangking, sebab guna kriteria yang berbeza dan kalau sama kenapa perlu ada tiga kriteria ini, kalau THE kriteria utama adalah penyelidikan dan kita sejak 2007 telah menekankan bidang penyelidikan selain melibatkan wang yang banyak untuk penyelidikan berimpak tinggi.

“Ia akan mengambil masa antara tujuh hingga lapan tahun, kita fokus kepada penyelidikan dulu sebab itu universiti kita tidak masuk dalam senarai THE, lagipun kalau kita masuk sekarang kita tidak akan masuk dalam senarai 400 universiti terbaik sebab kita masih baru,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Akademik Negara 2009 dan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Khaled, penyelidikan berimpak tinggi negara memerlukan masa sehingga tujuh tahun untuk matang.

“Kalau mengikut universiti, enam hingga tujuh tahun baru akan matang, kita boleh buat penyelidikan yang murah tapi kita tidak akan masuk (dalam rangking THE), kita perlu buat penyelidikan berimpak tinggi.

“Kita juga sudah maklumkan kepada THE, enam hingga tujuh tahun dari sekarang lepas penyelidikan kita matang baru kita akan masuk,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, tiada universiti di Malaysia dilaporkan berjaya disenaraikan dalam majalah THE yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan. Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351 hingga 400.TMI

N'N:Kenapa macam tu sekali tahap Universiti di Malaysia....

GUNA TUALA WANITA UNTUK ELAK 'SAMAN EKOR', LIHAT BAGAIMANA:

http://2.bp.blogspot.com/-3HIo7pbuv94/TpFQej-YM4I/AAAAAAAAI2s/KoRHc-nl4Ls/s1600/13181391624961408.jpg

N'N:Tak pernah terfikir ada orang nak buat mcm ni...Kalau ada rakyat Malaysia buat mcm ni mahu bankrap BN he3, kan saman ekor tu sumber pendapatan BN.....

Sinar Harian Salah Maklumat @ Sengaja Buat Berita Yang Mengelirukan??? Pang Chow Nafi Sekeras-kerasnya Ugutan Tinggalkan PAS.

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Selesai melalui mesyuarat

Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

"Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.

"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.

Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya.

Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan.-Harakahdaily

PERLUKAH MUSLIMAT PAS DIFITNAH SEBEGINI SEKALI???

N'N:Kenapa perlu jadi blogger yang tak bermaruah?????

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)