yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, October 4, 2011

BENDA YANG JARANG2 KITA LIHAT, AKSI SMACKDOWN GURU TERHADAP PELAJARNYA.



Kalau cikgu lembik anak murid pijak kepala, kalau cikgu ganas mak bapak pulak marah....Nak salahkan siapa sebenarnya? Adakah mak bapak terlalu manjakan anak atau cikgu dah semakin ganas?

TEMBELANG SAIFUL PECAH, DIA SANGAT BENCIKAN DSAI KATA RAKAN KOLEJ. TAPI YANG PELIKNYA MENGAPA SAIFUL BEKERJA DENGAN DSAI?

Cerita ni makin pelik bukan. Saiful seperti didedahkan rakannya ialah penyokong kuat UMNO/BN dan sangat bencikan DSAI tapi mengapa dia bekerja dengan PKR dan DSAI? Nampak semacam perancangan daripada awal untuk memfitnah DSAI bukan...

http://2.bp.blogspot.com/-jyBjuGCMQv0/ToqVp8ASxjI/AAAAAAAAlsQ/ngO0IJy_Oa0/s1600/Najwan-Halimi.jpg

Najwan Halimi(gambar) Dedahkan Saiful Sokong BN, Suka Publisiti, Benci Anwar


Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar,
sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. -kd

ADAKAH ANDA SEKUAT LELAKI INI, KEHILANGAN 6 AHLI KELUARGA DALAM KEBAKARAN TAPI TETAP SOLAT JENAZAH WALAUPUN KEADAAN DIRI MELECUR TERUK.

Dibawah ialah gambar Bassam Kua (51) yang menghadiri upacara pengkebumian isteri dan 5 orang anak beliau di Ilford, London. Keenam-enam mereka meninggal dunia dalam sebuah kebakaran sabtu yang lalu. Sungguhpun melecur beliau tetap hadir bagi menyolatkan mereka sebelum jenazah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace.

Sungguh sedih apabila keluarga yang dibina hilang sekelip mata. Seorang lagi anak beliau berumur 16 tahun kini didalam unit kawalan rapi tetapi dilaporkan stabil. Kalau korang macam mana? Takziah buat Encik Bassam. Tak sangka dibulan Syawal yang sepatutnya gembira bertukar menjadi duka

https://lh5.googleusercontent.com/-pihxYTtpJHw/ToN0gb8oDoI/AAAAAAAAN78/52WjfaE_5hk/s0/mati-pasti_01.jpg


SUMBER:BLOGSERIUS

INDONESIA - Fakta Tentang Ambon Cuba Ditutup Pemerintah , Apa nasib Saudara Kita Disana?

BEKASI – Konflik antara Muslim dan Kristian, terjadi dalam satu dekad belakangan ini di Ambon yang telah mengalami huru-hara sebanyak tiga kali. Diantaranya tahun 1999, 2004, dan terakhir pada tragedi berdarah yang berlangsung tanggal 11 September lalu.

Pasca kerusuhan masih banyak para pelarian yang memilih bertahan di lokasi petempatan sementara walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan terbatas.

Dalam acara Tabligh Akbar Solidariti Terhadap Muslim Ambon: Mengungkap Data dan Fakta Pembantaian Nasrani Terhadap Muslim Ambon, di Mesjid Muhammad Ramadhan, Bekasi, Ahad (2/10/2011), Ahmad Widad seorang wartawan voa-Islam.com yang turun langsung melihat kondisi pengungsi mengungkapkan bahawa keadaan memprihantinkan yang dialami pelarian sama sekali tidak mendapat perhatian dari pemerintah.

Bahkan pemerintah terdesak menutup-nutupi keadaan Ambon agar tidak berkembang menjadi isu nasional.

Para pelarian selalu disuruh kembali pulang ke rumah oleh pemerintah. “Mereka mahu pulang kemana? Rumah mereka habis terbakar,” tanya Widad.

Selain tidak memiliki rumah, alasan warga enggan balik ke kampung masing-masing dikarenakan trauma yang masih menghantui para pelarian. Mereka masih dibayangi memori pembantaian saat kejadian. Padahal di saat kejadian tidak jauh dari kampung Waringin (yang dibakar pengganas salib, red) ada mess TNI.

“Saat itu warga sudah berteriak-teriak minta tolong, namun mereka (pegawia TNI. red) tidak banyak bergerak.”

Parahnya, permintaan warga agar pihak pemerintah membuat pos keamanan di daerah konflik sampai saat ini juga belum diambil tindakan oleh pemerintah. Dari tahun 1999 sampai sekarang, masyarakat sudah meminta agar dibangun pos kemanan untuk mencegah terjadinya kembali konflik antara muslim dan Kristian.

”Namun tidak ada apa-apa perubahan,” tutur Widad yang sempat mewawancarai para warga terkait hal ini.

Sementara itu, Ustadz Abu Anis dari Front Anti Pemurtadan Bekasi, mengungkapkan kecewaannya terhadap pemberitaan media sekuler dan pihak berkuasa yang tidak melaporkan situasi sebenar di Ambon.

“Hari ini kita dibohongi, fakta-fakta Ambon ditutupi supaya tidak jadi isu nasional.” Ucapnya.

sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)