yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, September 15, 2011

Panel khas Parlimen: Lima Syarat Pakatan Gila, Kata Nazri. Memanglah Gila Sebab UMNO/BN Akan Kalah Jika Syarat Dipenuhi....

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Jawatankuasa pilihan khas Parlimen tetap akan diteruskan meskipun tanpa penyertaan wakil Pakatan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana syarat penubuhan jawatankuasa itu tidak memperincikan bahawa ia hanya boleh berjalan dengan kehadiran dan penyertaan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

“Jawatankuasa pilihan khas Parlimen ini mesti dianggotai ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja. Asalkan kita isi sembilan orang ahli parlimen di situ, maka sahlah dia.

“(Syarat) tak sebut pula jawatankuasa pilihan khas Parlimen mesti terdiri daripada pembangkang, tidak ada. Itu adalah ehsan kerajaan. Kita punyai majoriti, (maka) atas ehsan kitalah. Kita baik, kita bagilah mereka tiga. Itu sahaja... bukan hak merekapun,” katanya selepas menghadiri majlis hari raya anjuran Amanah Raya Berhad.

Nazri (gambar) berkata jika pembangkang tidak mahu menyertai jawatankuasa itu, tempat yang dikhaskan untuk mereka akan diisi oleh wakil rakyat lain.

Beliau juga menyifatkan lima syarat yang diberikan pembangkang baru-baru ini kepada kerajaan sebagai tidak masuk akal dan gila.

“Jadi, kerajaan tidaklah gila sangat nak setuju dengan syarat mereka. Jadi macam mana kita nak akur dengan syarat mereka. Jadi kalau tak akur, (maka) mereka tidak akan ambil bahagianlah.

“Itu agaknya yang dikehendaki mereka, tetapi saya nak beritahulah sama ada mereka ada ke tidak ada ke, jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan terus berjalan. Ketidakhadiran mereka dalam jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak boleh menggagalkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen,” katanya dipetik Bernama Online.

Lima tuntutan pembangkang ialah menerima kelapan-lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil serta menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tuntutan yang termaktub di bawah bidang kuasa mereka; menetapkan tarikh pilihan raya umum secara sepakat antara pembangkang dan Barisan Nasional; memberi ruang yang cukup bagi kawatankuasa pilihan khas Parlimen menjalankan tanggungjawab; memastikan isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing sebagai salah satu agenda perbincangan; dan melaksanakan setiap keputusan panel itu.

Sementara itu, mengulas keseriusan kerajaan mewujudkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, Nazri berkata pembangkang ‘terkejut beruk’ apabila kerajaan benar-benar melaksanakannya.

“Jadi, bila (kerajaan) ambil keputusan untuk mengadakan jawatankuasa terpilih, itulah jalan yang betul, kerana kalau kita adakan perbahasan dalam dewanpun, perbahasan itu akan berakhir dengan mewujudkan jawatankuasa terpilih.

“Jadi bila kita bersetuju, mereka terkejut dan merekapun tidak serius dengan perkara ini. Jadi, bila tengok kerajaan serius, dia akan cari pelbagai alasan untuk tidak mengambil bahagian dan menurunkan lima syarat tidak masuk akal dengan tujuan mereka tidak akan ambil bahagian. Itu sahaja,” katanya.

Nazri menambah syarat-syarat Pakatan Rakyat itu tidak akan diambil kira atau dipertimbangkan.

“Seperti yang Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) cakap semalam, penentuan sama ada nak diadakan pilihan raya sebelum lima tahun itu adalah merupakan hak Perdana Menteri, bukan hak pembangkang. Jadi, perkara-perkara yang tidak pernah berlaku itu tidak boleh dijadikan sebagai syarat.

“Saya rasa Anwar (Ibrahim - Ketua Pembangkang) pun faham. Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri dulupun, beberapa pilihan raya telah diadakan. Jadi dia tahulah. Jangan pura-pura buat bodoh pula,” katanya.

Pada 15 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata penubuhan jawatankuasa itu adalah bagi mengelak sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Jawatankuasa itu, selain diketuai seorang menteri, akan turut dianggotai sembilan wakil rakyat, lima dari parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas. TMI

Isu Prepaid Najib Kantoi Tahap Gaban....

Isu cukai prepaid, najib terbukti bohong - fakta yang wajib sebar!





2. Gambar 1 menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang telco daripada mengagihkan beban cukai 6% kepada pengguna. Tarikh berita ialah hari neh.

3. Gambar 2 ialah menyatakan kerajaan sedang berbincang dengan telco berhubung isu neh. Dan dengan jelas memberitahu bahawa keputusan untuk mengenakan cukai prabayar akan diputuskan oleh kementerian kewangan = najib razak.

4. Lihat video di bawah neh ;





Dengar betul2 apa yang najib razak cakap. Sekarang korang faham tak apa yang aku faham? Sebab tue wajib kita tolak najib razak sebagai pemimpin. Penipu dan dayus mana boleh jadi pemimpin kita. Apa masyarakat malaysia neh sengkek sangat ke sampaikan individu penipu macam neh boleh di angkat menjadi pemimpin? Lue fikirlah sendiri. Lue dah kantoi najib, dah kantoi. Jangan lue bunuh wa pula. Kang wa plak terpaksa lari macam rpk. -Amenoworld

Sumber

N'N:AmenoWorld aku setuju sangat2 dengan ko.

Gambar Penyambut Kemerdekaan Sebelah Bapa Kemerdekaan.

http://media1.malaysiakini.com/128/4cc4a92750322031979748a2e7fcb820.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_FBFAXYvDPDM/SlKt2yr4FHI/AAAAAAAAAmA/-bRPnM3LFRY/s320/newpictureg.png

N'N:Penyambut Kemerdekaan disebelah kiri (mengikut perspektif tokoh Sasterawan Negara A.Samad Said) dan kanan Bapa Kemerdekaan (mengikut perspektif aku sendiri).

(Gambar)Lepas Saman Ekor Polis Trafik Ni Main Nombor Ekor:


Sumber:FB

Pelajar Sekolah Pun Tengah Keliru Sekarang Najib!!! Mereka Mahu Jawapan Segera Najib, Malaysia Pernah Dijajah Atau Tidak Untuk Jawab Soalan Sejarah.

Tidak dijajah: Bila Najib mahu buat pendirian

KUALA LUMPUR, 14 Sept: “Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir,” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, selaku Perdana Menteri, beliau mesti menyatakan pendirian rasmi kerajaan dan pendirian Umno di dalam hal itu.

Beliau menambah, satu jawapan yang segera perlu dibuat untuk meredakan keresahan rakyat di negara ini.

Katanya, tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak membuat apa-apa pendirian, kerana ia sudah menjadi polemik di dalam masyarakat sejak kenyataan ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi guru sejarah yang sedang mengajar anak murid mereka yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR.

“Datuk Seri Najib mesti ada keberanian untuk menyatakan pendirian rasmi, jika beliau bersetuju dengan Profesor Umno ini maka kena batal sambutan kemerdekaan negara kali ke 54 jika tidak akan diketawakan oleh orang,” ujarnya.

Tambahnya, semua soalan Sejarah mengenai kemerdekaan yang sudah dibuat perlu dibatalkan.

Katanya lagi, semua tesis yang ditulis oleh sarjana yang berkaitan dengan kemerdekaan hendaklah dikeluarkan daripada semua perpustakaan yang disimpan di universiti negara ini.

“Anugerah bapa kemerdekaan kepada al-Marhum Tunku Abdul Rahman hendaklah ditarik balik.

“Nama Dataran Merdeka hendaklah ditukar segera. Segala ucapan Tun Dr Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri hendaklah dibakar kerana ia hanya pendustaan semata-semata selama 22 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya semua silibus Sejarah daripada sekolah rendah sehingga ke universiti hendaklah dirombak.

Menurutnya, jika Najib tidak bersetuju, maka beliau mesti menarik balik anugerah Profesor Negara, kerana kenyataan yang tidak ada nilai akademik dan memalukan dunia akademik.Harakahdaily

Inilah Akibatnya Pakai Seksi Depan Monyet.


N'N:pakai lagi seksi-seksi......Sikit lagi nak dibogelkan monyet tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)