yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, September 13, 2011

Boleh Diterimakah Alasan Ini Datang Daripada Seorang TPM" saya tidak mahu debat dengan Mat Sabu kerana saya bukan pakar sejarah"

Bukit Kepong: Muhyiddin tidak mahu debat dengan Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak akan berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri (gambar) memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.

Ditanya mengenai tindakan saman yang akan dibuat oleh Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekiranya beliau enggan menyahut cabarannya, Muhyiddin berkata: “Tak apalah, saya tunggulah dia saman saya.”

“Mat Sabu sebagai seorang pemimpin politik seharusnya menarik balik kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan meminta maaf secara terbuka,” katanya dipetik Bernama Online.

Muhyiddin berkata Mohamad tidak seharusnya memutarbelitkan fakta sejarah demi mengejar cita-cita politiknya kerana sejarah tidak ada kena mengena dengan politik dan apa yang dibangkitkannya boleh memporak-perandakan negara.

Minggu lalu Mohamad berkata beliau lebih bersedia untuk berdebat dengan Muhyiddin kerana timbalan presiden itu memintanya bertaubat.

Pendirian itu turut disokong oleh pemimpin-pemimpin PAS atas tarafnya selaku timbalan presiden parti.

Mohamad juga menolak kesediaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat dengannya berhubung kenyataan beliau berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Terdahulu Muhyiddin menghadiri majlis Tawaran Baru kepada Pengetua (Sekolah Menengah) dan Guru Besar (Sekolah Rendah) Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini.

Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

“Malaysia tidak mengkritik China kerana berfahaman komunis tetapi mengutuk tindakan kejam pengganas komunis sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu.

“Hubungan dua hala Malaysia dan China adalah penting kerana negara itu menjalinkan hubungan dalam sektor perniagaan, dalam perdagangan, perindustrian dan pelbagai sektor lain,” katanya.

Beliau berkata Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya pun turut menjalin hubungan diplomatik dengan China.

“Maka kita perlu pragmatik dalam perkara ini dan tidak menimbulkan isu politik mengenainya,” katanya. TMI

N'N:Tim.Presiden PAS yakni Mat Sabu juga bukanlah pakar sejarah, tapi itu bukan alasan untuk dia menyatakan pendirian beliau. Dangkal sungguh alasan seorang TPM.

Cara Paling Gempak Menjual Tembikai:



SUMBER

N'N:Ingat senangker nak imbang tembikai macam tu...

Jins Shamsuddin Kata' Saya tak buat filem Bukit Kepong ikut ‘selera’ UMNO' .Aku Pulak Nak Tanya Kenapa Dia Takut Berjumpa Abdullah CD?

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.

Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).

Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins. Selanjutnya



N'N:Kalau betul filem itu dibuat mengikut fakta mengapa Jins Shamsuddin harus takut bertemu Abdullah CD.

Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini.

Persoalannya sekarang mengapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno? Selanjutnya

INILAH YANG BERLAKU BILA KANAK-KANAK INGIN TAHU:

N'N:Didiklah anakmu supaya dia mengenal siapa Maha Pencipta. Didiklah supaya dia sayang kepada Rasulullah S.A.W dan didiklah supaya dia menyokong gerakan Islam dan bukannya sekular. Dan berdoalah supaya tidak lagi wujud parti bernama UMNO bila dia sudah boleh mengundi kelak......

Tak Tahulah Kenapa Bila Dengar Lagu Ni, Aku Teringat Dekat DSAI.

http://3.bp.blogspot.com/_rf-ngkD4Uu8/THNgpKSpPLI/AAAAAAAAAKM/9t0TzGz_lA4/s1600/mahathir+anwar+ibrahim4.jpg




http://1.bp.blogspot.com/_ZNP7xXSikjE/S2EP9c108vI/AAAAAAAAJdU/FTxjMPxXNtg/s320/20090529021235_anwar_lebam.jpg

N'N:Dulu aku kau puja, dulu aku kau sayang, dulu aku sang juara yang selalu engkau cinta. Kini aku kau hina, kini aku kau buang,kini aku kau fitnah......

Daging Salai Anak Anjing, Dengan Slogannya 'Salai Pun Sedap'










Pautan
tengok pun dah geli dan jijik.....

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)