yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, September 9, 2011

WAJIB BACA: PESANAN BLOGGER PARPUKARI KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN PENYOKONG-PENYOKONG UMNO.

http://4.bp.blogspot.com/_Gae5WCri2hQ/S5EZJWun_JI/AAAAAAAAAGc/qMnIlTBoQEg/s400/parpukari1.jpg

"Lupakan tentang Mat Sabu, lupakan tentang komunis... yang pastinya isu 6% cukai yang perlu dibayar oleh rakyat yang menggunakan telefon prabayar mengatasi segala-galanya".Parpukari


Wajib Baca:Teori Mengapa Mat sabu Dan Mat Indera Tiba-tiba Popular.

UMNO sedaya upaya akan mencari apa sahaja isu untuk menutup kerja kotor mereka. Mereka akan meneliti semua ceramah-ceramah atau apa sahaja kenyataan pemimpin PR semata-mata untuk menutup kerja kotor mereka ini yang dibantu dengan jayanya oleh pencacai mereka SPR. Baca dan fahami apa isu yang sebenarnya yang berlaku sehingga Mat Sabu dan Mat Indera tiba-tiba sahaja menjadi popular diseantero Malaysia.

Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.

Ini buktinya:

http://4.bp.blogspot.com/-iOoAOLxBGeE/TmjamFP16RI/AAAAAAAAEQc/MjNaGVPzlps/s1600/MYKAS-hasmidah_surahbil.jpg


Ini pula adalah contoh Mykas:
http://2.bp.blogspot.com/_Iv8T_agrN4Q/S-INaWxco2I/AAAAAAAAAdw/Wk0hyWq1FDc/s400/mykas1.jpg
sumber

N'N: UMNO raja sandiwara.....

BILA KERAJAAN NAK BUAT AKTA BASMI 'PONDAN'.

http://2.bp.blogspot.com/-t5pm2EGnaVE/Tmlh0JPGtKI/AAAAAAAAAYo/-ZmPHPrRSWs/s1600/ne_01.jpg

Gambar pondan yang dikenali Natasha menjadi kegilaan lelaki, selanjutnya disini

Gambar Selamba Betul Budak Ni Mencuri....





Sumber

N'N:jangan lupa BN pun selamba tak ingat jer ambik cukai 6% daripada kad top-up hp kita berita disini

Presiden Indonesia Marah Dengan Kelakuan Penyokong Bola Sepak Indonesia, Lantas Terus Meninggalkan Stadium.

JAKARTA - Tindakan penyokong yang membakar petasan dan melempar botol air minuman ke padang ketika perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Bahrain, Selasa (6/9/2011) malam, membuat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) nampak marah. Presiden langsung meninggalkan podium tempatnya menonton bersama rombongan. "ya, Presiden marah," kata Menteri Sekretaris Negara Sudi Silalahi saat ditanya wartawan.

Sudi mengatakan, hal tersebut dipicu oleh tindakan penonton yang tidak mematuhi peraturan dan tetap membawa barang-barang terlarang ke dalam stadium sehingga mengganggu jalannya pertandingan.
Pantauan Kompas.com, Presiden langsung berdiri saat melihat ada penonton bertentangan tempatnya menonton yang melemparkan botol air minum ke dalam padang. Demikian wajah Presiden marah dan menunjuk ke arah penonton tersebut sambil berlalu meninggalkan penonton.

Begitu Presiden berdiri, polis dan Paspampres langsung keluar lapangan dan mengawal Presiden meninggalkan Stadium Utama Gelora Bung Karno. Semua anggota rombongan yang menyertai Presiden turut pulang, seperti Ibu Negara Ani Yudhoyono, Edhie Baskoro Yudhoyono, Mendiknas Muhammad Nuh, dan beberapa pejabat lainnya.

Saat ditinggalkan Presiden, Indonesia tertinggal 2-0 dan tinggal masih bersisa waktu babak kedua sekitar 15 minit./kompas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)