yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, September 7, 2011

Gambar Tentera Udara Diraja Malaysia Berlatih Dengan Peluru Hidup

Lebih kurang 3 minggu yang lalu TUDM melakukan latihan live fire di Lapangan Terbang Tentera Labuan dan lapangan sasar Kota Belud. Latihan selama 3 minggu ini dilakukan bagi mengasah keberkesanan serangan udara ke darat TUDM melalui pesawat FA -18 , Hawk dan Sukhoi Su 30 MKM.








sumber:blogserius
Kredit gambar Maj. Rahidin Jalil RMAF via MilitaryPhotos


N'N:Bersediakah Tentera Malaysia dengan cabaran bekas PM Singapore LKY yang berkata bahawa negaranya sedia berperang jika isu tanah di Tanjong Pagar tidak diberikan balik oleh Malaysia pada masa yang telah ditetapkan dan jika isu mengenai air ditimbulkan.

SEBENARNYA UMNO MAINKAN ISU MAT INDERA SEBAB NAK TUTUP ISU INI:

Lagi Penipuan Undi Pos Tentera Dibongkar!!!

Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’

KUALA LUMPUR, – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri ‘sama jantina’, pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.

‘Pasangan sama jenis’ itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.

Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.


“Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja.

Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera.

“Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat.

“Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi,” katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu ’0′ mewakili perempuan.

“Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula,” katanya.

Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput.

Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi.

“Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik,” kata Loke.

Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010.

“Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu,” katanya.

Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan ini dapat diketengahkan lagi.-ROKETKINI

N'N:Tapi UMNO sudah silap perancangan kerana menghina Mat Indera samalah seperti mereka menghina Rakyat Johor, kerana Mat Indera adalah tokoh pejuang kemerdekaan yang berasal dari Johor dan beliau diiktiraf oleh Kerajaan Johor.

GAMBAR AYAH DAN ANAK DIPERSENDA SEEKOR MONYET:

LETAK MAKLUMAT IKLAN

SUMBER:BORAKKOSONG

N'N:Kesian budak itu, nak salahkan monyet pun tak boleh dia bukannyer ada akal......

SETAKAT MUAT TURUN BORANG DAFTAR UNDI, BUDAK TADIKA PUN BOLEH BUAT. KAMI MAHU DAFTAR UNDI AUTOMATIK!!!

Daftar Pemilih : Rakyat mahu pendaftaran automatik bukan setakat muat turun borang


Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) semalam mengambil langkah membenarkan sistem di mana sesiapa sahaja boleh memuat turun borang pendaftaran pemilih melalui laman webnya. Sistem ini membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan borang tersebut. Walaubagaimanapun borang tersebut tetap perlu diisi dan dihantar secara manual kepada SPR atau mana-mana pusat pendaftaran.


Tindakan SPR ini sebenarnya tidak banyak membantu rakyat membuat pendaftaran kerana masalah utama yang berlaku ialah mereka tetap terpaksa pergi untuk membuat pendaftaran di pejabat SPR atau mana-mana tempat pendaftaran seperti Pejabat Pos.

Apa yang didesak oleh rakyat selama ini ialah pendaftaran secara automatik berdasarkan maklumat dan pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita tidak faham mengapa SPR begitu liat untuk memperkenalkan sistem pendaftaran secara automatik sedangkan kerja mereka akan lebih mudah dan cepat dengan 'link' yang diperolehi dari JPN. Dengan sistem ini 100% rakyat yang layak akan didaftarkan dan tidak banyak wang rakyat dihabiskan untuk elaun Penolong Pendaftar, kos borang, kos operasi dan sebagainya.

Mengapa SPR begitu degil dan tidak mahu membuat perubahan secara menyeluruh terhadap sistem pilihanraya negara kita khasnya dalam isu pendaftaran pemilih secara automatik. Ini yang menimbulkan syak wasangka dan tandatanya.-MUTALIGAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)