
Aisha Gaddafi anak perempuan Muammar Gaddafi , yang dikenal juga dengan gelaran "The Claudia Schiffer of North Africa"
cerita penuh disini

Mat Sabu yakin Umno akan tumbang di Johor akibat menghina Mat Indera
Zulkifli Sulung, Editor Harakah tulis panjang ulas pasai isu Mat Sabu dan Mat Indera berdasarkan ceramah Mat Sabu di Padang Menora Tasik Gelugur Pulai Pinang yang dipopularkan oleh media yang dikuasai Umno tu.
Yang menariknya tulisan tu, Zul Sulong tutup dengan:
Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor. - Hrkh.
Nampaknya Mat Sabu cukup yakin isu kontroversi yang kaitkan dia dengan komunis ni menguntungkan PAS. Bukan setakat untung sikit-sikit tapi mungkin boleh sampai tahap Umno BN tumbang di Johor, negeri yang sebelum ni dikatakan paling kuat Umnonya.
Kalau isu ni berjaya diolah dengan baik oleh PAS dan PR dan yang lebih penting sampai kepada rakyat, memang tak mustahil Johor boleh jatuh ketangan PR, pasainya sekarang ni margin di Johor pun dah tak besar sangat. Ditambah dengan isu Mat Indera ni memang tak mustahil Johor pun akan jatuh
Bukti Mat Indera sebagai pejuang bangsa cukup banyak, selain MB Johor sendiri pernah mengiktiraf perjuangan Mat Indera, malah saksi pun masih ada lagi yang hidup termasuk adik kandung Mat Indera sendiri. Cumanya setakat nama berjayanya PAS dan PR memanipulasi isu ni.
Setakat ni aku tak nampak isu ni menguntungkan PAS dan PR. Taktau la pulak menjelang PRU13 ni rakyat lebih bermaklumat dengan kuasa media baru bersedia mengundi PAS dan PR di Johor.
Dalam sidang media dia sebelum ni pun Mat Sabu yakin isu ni tak mengurangkan undi untuk PAS malah akan menambahkan lagi undi untuk PAS.
Dalam sidang media tu [minit ke 15:55 klip kat bawah ni] Mat Sabu sebut "Oh tidak! Kami tambah undi. Anak-anak muda sekarang semua keluar dalam blog menyokong..."
"Sebab penerangan balas kita sedang buat" Rakyat sekarang semakin mencari maklumat..."
SUMBER

Antara pakaian kedua-dua wartawan ini, yang mana satu lebih selamat dipakai di Somalia?
PRU-13: Bersih kecam hanya MP BN diberi dana khas
KUALA LUMPUR, 5 Sept – Bersih 2.0 membidas Barisan Nasional (BN) sambil mendakwa perikatan itu secara tidak adil menyalurkan dana khas, hanya kepada kerusi-kerusi Parlimen dianggap putih tetapi mengabai bahagian-bahagian yang dikuasai pembangkang.
Gabungan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, rakyat Malaysia seharusnya perlu ada akses adil ke atas dana bahagian pilihan raya tanpa mengira latar belakang parti yang disokong.
“Bersih 2.0 mengecam ia (dana khas) sebagai satu jenayah ke atas demokrasi di mana dana bahagian pilihan raya diberikan kepada wakil-wakil BN berdasarkan pemilihan mereka,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Bersih 2.0 juga berkata, menggunakan peruntukan khas seperti ini sebagai alat pilihan raya untuk mendapatkan sokongan adalah tindakan memalukan dan satu bentuk rasuah menyalahgunakan dana awam.
“Ia satu penghinaan terhadap sambutan kemerdekaan, di mana pengundi tidak harus dipaksa untuk mengundi sesebuah parti yang khusus untuk mendapatkan akses kepada peruntukan ini,” katanya lagi.
Sehubungan itu kata Bersih 2.0, pihaknya mahu kesemua kerajaan negeri dan pusat, sama ada BN atau Pakatan Rakyat agar menghormati demokrasi dan menghentikan amalan semasa menyalurkan dana pembangunan bahagian pilihan raya kepada wakil rakyat daripada parti masing-masing.
Katanya, perlu ada undang-undang untuk menghalang dan mengenakan tindakan ke atas kesemua bentuk salah laku yang mengabur sempadan antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negara bagi tujuan memihak sesebuah parti.
Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa wakil rakyat BN disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing - ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan.
BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian.
Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.
Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta – bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.
Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan.
Dalam laporannya, Sin Chew Daily pula menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.
Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.
The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN Julai lalu.
Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos.
Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan “kubu” pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.
Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.TMI