yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, September 4, 2011

Kalau Ada Anak Pemimpin UMNO/BN Macam Ini Amanlah Malaysia Daripada Rasuah,Remaja Patna Suruh Kerajaan Rampas Harta Bapanya Kerana Rasuah..

PATNA: Seorang remaja semalam menggesa kerajaan negeri Bihar merampas harta bapanya yang didakwa diperoleh menerusi rasuah.

Permintaan Ajay Kumar itu yang bertujuan menghukum bapanya, bekas pegawai bekalan, dikatakan didorong oleh tindakan aktivis sosial, Anna Hazare yang mogok lapar selama 12 hari bagi menamatkan kegiatan rasuah di India.


Dalam permohonan secara bertulis kepada majistret di daerah Vaishali, remaja itu mendakwa bapanya, Ramachandra Ram mengumpulkan kekayaan menerusi rasuah dan menyalahguna kedudukannya sebagai pegawai bekalan daerah.


Dia meminta mahkamah melakukan siasatan dan mengenakan tindakan sesuai jika didapati bersalah untuk dijadikan pengajaran kepada pegawai yang rasuah.


“Saya bersedia memberikan butir lanjut mengenai kegiatan rasuah bapa saya. Selaku peminat setia Anna Hazare, saya tidak akan berdiam diri walaupun bapa saya akan dimasukkan ke penjara,” kata Ajay. - AFP

sumber : myMetro
kredit:borakkosong

N'N:Kalau ada anak pemimpin UMNO/BN macam ini amanlah Malaysia daripada gejala rasuah.....

SOALAN INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, SILA JAWAB DENGAN IKHLAS DAN JUJUR

Siapa pejuang kemerdekaan sebenar?

1) Pemimpin Umno yang bekerja dengan British


2) Pejuang-pejuang rakyat seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ibrahim Yaakub dll


3) Tokoh agama seperti Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung, Tok Janggut, Abu Bakar Al Baqir, Burhanuddin Helmi dll


4) Pahlawan Melayu Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dll

Buku-buku sejarah di negara kita mendewa-dewakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Merekalah yang dilaung-laungkan sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. Benarkah perkara itu atau Inggeris dan pemerintah sekarang menyembunyikan fakta?

sumber

N'N: NO 2,3, & 4 adalah pejuang kemerdekaan yang sejati kerana mereka menentang penjajah dan tidak bersekongkol dengan penjajah British. Beranikah UMNO nafikan mereka semua pejuang kemerdekaan?

Inilah Balasannya Berzina Dalam Kereta...

kecelakaan aneh

kecelakaan anehkecelakaan aneh



Pasangan dari Changsha, provinsi Hunan, China selatan, membawa kereta di sebuah tempat parking kereta yang mereka anggap sebuah tempat yang aman untuk mereka berasmara.

Dan ketika pasangan tersebut mulai ‘panas’, keduanya memutuskan untuk mebiarkan kereta mereka dalam keadaan hidup agar boleh memanfaatkan Aircond.

Namun ketika kedua pasangan ini sedap berasmara, Qiao Hou menendang gear undur kereta tersebut, dan keretanya itu meluncur mundur menuju tembok pembatas.

Keduanya berjaya diselamatkan dari kematian apabila orang yang melalui tempat itu kerana mendengar teriakan mereka ketika kereta mereka berayun-ayun di atap.

“Walaupun sangat malu, tapi mereka bersyukur masih boleh hidup.” jelas salah seorang saksi, Hui Ying Wu.

Sumber : dailymail

N'N:Ambik kau itulah balasannya berzina. Nasib baik tak arwah.....

KALAU NAK TAHU SIAPA SEBENARNYA PEJUANG KEMERDEKAAN DAN SIAPA SEBENARNYA ANAK EMAS BRITISH BACALAH BUKU INI:

http://img203.imageshack.us/img203/3518/photo0025s.jpg

N'N:Bagi aku buku ini wajib dibaca oleh semua Rakyat Malaysia. Anda akan terkejut siapa sebenarnya yang mencipta laungan 'Merdeka', kerana bukan Tunku Abdul Rahman yang mula-mula melaungkannya....Baca kemudian anda akan tahu siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan....Cari buku ini dikedai-kedai buku berdekatan dan bacalah tentang kebenaran tentang siapakah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)