yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Friday, September 2, 2011

BENARKAH INI MAK CIK SITT AL-WUZARA PENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W ANDA NILAI SENDIRI....


Kali ini GAYSEC dan Anonymous telah mengenal pasti seorang lagi mereka katakan adalah Mak Cik Sitt Al-Wuzara yang sebenar daripada apa yang mereka nyatakan di sini :

Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara

Mereka (GAYSEC dan ANon) berjanji untuk membongkarkan identiti sebenar siapa Mak Cik Sitt Al-Wuzara pada 1 Syawal, jadi mereka telah lakukannya. Menurut apa yang dinyatakan di FanPage FB tersebut, Mak Cik Sitt Al-Wuzara adalah Adlin Abdul Jalil.

Namanya dah lama keluar di dalam blog tersebut tetapi mereka tidak berani nak hebohkan sehingga mereka mempunyai bukti kukuh.

Semoga identiti kali ini adalah betul dan kalau betul mesti ditangkap orang ini. Jadi kita sama-sama tunggu ceritanya apabila laporan polis dilakukan. Kalau nak lebih tahu mengenai bukti-buktinya, sila ke FanPage di atas itu.

Kami tak berani ingin bagitahu apa-apa sehingga kebenaran ini disahkan. Biar admin Page tersebut yang terangkan.

Siapa Adlin ini? Ini sedikit Gambarnya:

Kenapa Perlunya TV3 Mainkan Sentimen Agama Melalui Berita Palsu? Adakah Untuk Mengalih Perhatian Rakyat Malaysia Tentang kecelaruan Daftar Undi SPR!


Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO


Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.



Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.



Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.



"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"usat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.



Fariz (Gambar) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.



NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.Malaysia Kini

Sumber

N'N:Satu demi satu fitnah dilakukan dilihat semata-mata untuk mengalih perhatian Rakyat Malaysia daripada kecelaruan daftar undi yang terang-terang diragui ketelusannya. Terbaru orang no 2 PAS menjadi mangsa provokasi yang saya percaya motifnya adalah sama yakni untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap daftar undi yang diragui. Rakyat Malaysia kini sudah bijak menilai apa berita yang betul dan apa berita yang direka UMNO. Tentang kenyataan Mat Sabu rasanya rakyat Malaysia sudah mula membuka mata mengenai fakta sejarah yang diputar belit UMNO....

Perubahan Drastik Cikgu Shida Dulu Dan Sekarang. Daripada Bertudung Menutup Aurat Kepada Tidak Bertudung.....

http://4.bp.blogspot.com/_XsViaWOoapY/TRcTUQV9O3I/AAAAAAAAA0U/bsQgq-C5ogM/s1600/cikgu_shida_miming.jpg
DULU


SEKARANG

N'N:Cikgu Shida satu fenomena You Tube di Malaysia. Dengan menggunakan medium You Tube beliau mengetengahkan bakat terpendamnya sebagai penghibur. Tapi perlukah dia bertukar daripada perempuan yang menutup aurat kepada keadaannya sekarang semata-mata kerana mendapat tawaran berlakon...Korang fikirlah sendiri.....

Sumber Gambar

Tahukah Anda Mat Indera Adalah Seorang Ustaz Yang Dapat Tauliah Agama Dari Kerajaan Johor. "UMNO Dan Penjajah Yang Tuduh Ustaz Mat Indera komunis,"

http://4.bp.blogspot.com/_SHa876UyH54/SA6-QxfQy6I/AAAAAAAAACo/4Azz0WqMCm0/s320/mat%2Bindera3.jpg
Mat Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor dan selayaknya digelar 'Ustaz'


KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

"Umno dan penjajah yang tuduh Mat Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Seminar sejarah

Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.-Harakahdaily

N'N:Sahlah UMNO sengaja menggunakan isu ini untuk mengalih perhatian Rakyat Malaysia perihal kecelaruan Daftar UNDI yang menyaksikan 'PATI' diberi mandat mengundi........

Teruk Betul Takkan Macam Ni Cara Guru Di China Ajar Pendidikan Seks Kepada Murid Tadika...

Tadika di Zhengzhou sejak 2008 telah memulakan kelas pendidikan seks, dan menggunakan anak patung "sebenar" untuk menerangkan sifat ilmu dan pengetahuan seks. Gambar menunjukkan anak patung untuk mengajar kanak-kanak melalui pengetahuan guru.

Korek-korek apa tu dik(memalukan)


sumber

N'N:Tak sesuai langsung, kepada orang Islam kita sepatutnya mengikut apa yang telah diajar didalam Al-Quran, misalnya memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan, menjaga batas-batas pergaulan,batas-batas aurat lelaki dan perempuan dan larangan menghampiri zina. Ketahuilah itulah sebenarnya pendidikan seks yang terbaik untuk anak-anak kita.

Inilah Sentimen-sentimen Mainan UMNO Yang Sudah Tidak Laku Lagi:

Sentimen Agama:

"Laporan TV3 cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah. Surau itu dikenali dengan nama "Surau Musyrikin" atau dalam bahasa Melayunya "Surau Kufur". Yang lebih memeranjatkan lagi ialah siasatan sebuah NGO mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu dan mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan Jalan Klang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, mereka mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu." Ini bermakna berita itu ialah berita Palsu!!!

Sentimen Perkauman:

"DAP Anti-Melayu"

Jika benar DAP Anti-Melayu mengapa perkara ini boleh terjadi:

"Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim".

Ternyata DAP bukan Anti-Melayu seperti yang diwar-warkan UMNO!!!

Sentimen Institusi Raja-raja melayu:

UMNO kata PR mengkhinati Institusi Raja Di Malaysia. Anda lihat sendiri siapa sebenarnya yang mengkhianati institusi Raja:








JANGAN PERNAH TERTIPU DENGAN DAKYAH UMNO LAGI!!!

Tengkorak Budak Ini Hancur Dibelasah Ibu Tiri.

Little Zhongbao, a 4-year-old Chinese boy whose skull has been partially bashed in or dented by his stepmother.



Budak yang baru berusia 3 tahun setengah ini dikatakan hampir lumpuh. Deria rasa dan imbangan badan juga tidak normal untuk berdiri pun dia sudah tidak mampu. Semuanya terjadi kerana seorang ibu tiri yang kejam..... Selanjutnya

Gaya Pemakaian Seluar yang Agak Terlampau:

http://4.bp.blogspot.com/-kSoBmIpO9fQ/TlY2O7zMLsI/AAAAAAAABSE/m9v1qWOvHPo/s1600/doin-it-wrong-19.jpg

N'N:Ntah apa-apa...Baik tak payah pakai seluar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)