yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H Buat Semua.



N'N:Terima kasih kerana terus menyokong blog yang tak seberapa ini, Salam aidilfitri buat semua. Berhati-hati dijalanraya semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui Insha Allah.

Gambar Cara Minta Sedekah Yang Terlampau!!!

Melampau betul!!! Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur!!!Kah3...

Sumber:borakkosong

Gempar!!! Penduduk Temerloh Menyampah Dengan Bendera UMNO..

Penduduk desak MPT turun bendera Umno

TEMERLOH, 28 Ogos:Pelbagai pihak kesal dengan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dilihat sengaja membiarkan bendera Umno dan BN serta pemidang yang digantung pada tiang lampu dan persimpangan sepanjang 12 kilometer dari mentakab ke Taman Kubang Gajah di sini.

Serentak dengan itu, mereka mendesak pihak berkuasa tempatan itu segera bertindak menurunkan bendera dan pemidang yang dipasang sempena menyambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu itu.

Seorang penduduk Jafri Ramli, 45, dari kampung Batu Satu di sini berkata bendera Umno dan BN yang di pasang sepanjang jalan itu bukan saja sangat menjolok mata tetapi juga menghalang pandangan pengguna jalan raya terutama di pusingan “U”.

"Beberapa tempat u-turn sepanjang jalan Mentakab ini terhalang pandangan akibat bendera Umno yang banyak, sebab itu saya minta MPT segera tanggalkan kerana ia mengganggu lalu lintas yang sibuk tambahan sempena orang ramai balik raya ini dan mencacatkan pandangan.

"Lagi pun jika yang dipasang sepanjang jalan itu bendera Malaysia, itu kita boleh katakan sambutan merdeka tapi bila bendera Umno dibiarkan terus sedangkan majlis bersama Perdana Menteri sudah empat hari berlalu, itu menampakkan seolah-olah MPT ejen Umno,”katanya kepada Harakahdaily.

Rabu lalu, Najib yang diiringi isterinya Rosmah telah bertemu pemimpin BN di pejabat Umno Temerloh sebelum hadir ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Umno seluruh Pahang dan penduduk tempatan di Taman Kubang Gajah, di sini.

Bagaimanapun program politik Umno bagi menyampaikan kempen pilihan raya umum (PRU) itu turut dijayakan oleh agensi kerajaan.

Shaari Saad, 39, dari Temerloh Jaya pula kesal kerana pihak MPT seolah-olah ‘double standard’ dalam tugasnya walaupun sudah berkali-kali beliau minta bendera Umno diturunkan.

“Jika bendera parti lain tergantung di tepi jalan saja pihak MPT akan segera merentapnya turun. Tapi bila bendera Umno sengaja dibiarkan dan seolah-olah untuk berkempen. Sedangkan sekarang belum lagi diisytiharkan pilihan raya dan sudah tentu ada pihak yang merasa tidak selesa.

“Saya sendiri telah berkali-kali menghubungi pejabat MPT meminta supaya diturunkan bendera Umno dan BN itu. Tetapi setakat ini tidak dilayan. Mereka perlu sedar bahawa tiang-tiang lampu dan persimpangan jalan itu merupakan harta awam, bukannya milik Umno,” tegasnya.

Sementara itu Yang Di-Pertua PAS Kawasan Temerloh, Haji Jusoh Darus yang diminta mengulas isu ini, berkata selain MPT sepatutnya Umno sendiri perlu bertanggungjawab.

“Janganlah Umno menjadi pihak pertama melanggar undang-undang kerana peraturan melarang diletak simbol parti politik di tempat awam adalah merupakan peraturan kerajaan.

“Jadi PAS Temerloh mahu Umno sendiri bersikap ‘pandai makan pandai simpan’ dengan segera menurunkan bendera mereka di tempat-tempat awam sebelum masyarakat yang sudah cerdik naik benci dengan gelagat sebuah parti yang memerintah,” katanya.

Tambahnya, tentulah tidak manis takdirnya ada kalangan penduduk mengambil tindakan sendiri merentap turun bendera Umno yang mereka tidak senang kerana mungkin boleh menyebabkan salah faham.-Harakahdaily

MUNGKINKAH INI MUKA FRUST SEBAB TAK DAPAT BALIK KAMPUNG:

4508AS4.jpg (250×252)


N'N:Atau mungkinkah juga muka frust sebab Hari Raya tahun ini Hari Raya terakhir sebagai PM.......

Tak Perlu Alarm Yang Mahal,Doktor Ini Letak Jarum Yang Disuntik Virus HIV Disetiap Penjuru Rumah Untuk Elakkan Kecurian


BRAZIL - Banyak orang memanfaatkan anjing penjaga atau menggunakan alarm anti-CURI mencegah kecurian di rumah.

Tetapi seorang doktor di Brasil, memilih sesuatu yang lebih ekstrem untuk menakuti pencuri, yaitu memasang puluhan jarum suntik yang sudah 'DIJANGKITI VIRUS HIV' di hujung-hujung pagar rumahnya.

Jika biasanya kita menemukan peringatan dengan kata-kata "Awas Ada Ajing Galak", di pagar rumah doktor ini bertuliskan "Tembok Dengan Darah HIV Positif. Dilarang Masuk Tanpa Izin".

Doktor tersebut mengaku bosan kerana seringkali terjadi pencurian di rumahnya. Pencuri masuk ke rumah dengan melompati pagar.(rhs)

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)