yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, August 26, 2011

Ambik Kau Inilah Akibatnya Ganggu Ketenteraman Seekor Kuda:

LETAK MAKLUMAT IKLAN

Sumber:Borakkosong

Pakar Dari Luar Negara Ini Jadi Sangat Bingung Kerana:

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/395/2d3bd49d36385d96c4d894532c976120.jpg
Bingung memikirkan keanehan itu.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Dr Brian Mcdonald menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (Gambar) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.-malaysiakini-

N'N:Nak menipu pakar kah3.....

Bila Mufti Perak Harussani Yang Selama Ini Menyokong UMNO Tiba-tiba Bantai UMNO, Memang Sakit Ahli-ahli Dan Pemimpin UMNO.

https://lh6.googleusercontent.com/--aQE_daNl_g/TXbWrfBmriI/AAAAAAAABtY/MuJYvtubTzM/harus.PNG
Mufti pertahan kenyataan, kerajaan rasuah tidak amanah

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah.

“Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam negara,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Bercakap dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini, Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada mengingatkan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.


Malah beliau turut mendedahkan pernah menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat tanpa mengemukakan empat saksi.

Ia katanya, bagi mengelakkan perpecahan di kalangan orang Melayu-Islam.

Namun Mufti paling kanan di Malaysia dan pernah diberi gelaran sebagai ulama Pro Umno ini berkata, nasihat itu,tidak dihiraukan Mahathir.

Malah beliau turut memberi tiga nasihat kepada bekas Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi , namun kesemuanya ditolak.

Ketika ditanya kenapa beliau kini dilihat berani mengkritik kerajaan, Harussani berkata, ia adalah menjadi kewajipan setiap mufti untuk menegur pemerintah.

“Kalau tak berani tegur, jangan jadi mufti. Sebab akhirnya nanti, di belakang-belakang (kerajaan) pun, kita akan kritik juga,”

“Sudah 54 tahun negara merdeka, tapi kedudukan ekonomi orang Melayu dan orang Islam masih ketinggalan. Ada pula yang salah anggap dengan apa yang saya katakan. Inilah dia masalahnya pemimpin-pemimpin Melayu,” katanya lagi.

Mufti yang dilihat lantang dalam isu Melayu-Islam itu menambah, kedudukan setiap rakyat di negara ini akan terbela dan terpelihara sekiranya semua pihak kembali kepada perlembagaan.

“Semua akan terbela jika semua faham dengan perlembagaan. Tak perlulah sampai nak diada-adakan perlembagaan yang baru. Untuk negara ini, kalau kita kembali kepada perlembagaan, semua akan selamat,” kata beliau.

Sumber


N'N:Mungkin bulan Ramadhan ni Mufti Perak sedar tak guna nak sokong UMNO yang kuat Rasuah tu....

Kejam Dan Gila:Anak 5 Tahun Yang Tak Sengaja Rosakkan Televisyen Mati Kerana Dipukul Ibu Kandungnya

Kejadian menganaskan terjadi di kota New York. Seorang anak harus kehilangan nyawanya kerana dipukul oleh ibunya sendiri setelah ia tanpa sengaja merosak televisi ketika sedang bermain Wii.

Kim Crawford, 21, seorang wanita dari Bronx, didakwa telah membunuh anaknya sendiri, Jamar Johnson, 5 tahun. Johnson menemui ajalnya kerana trauma pukulan benda tumpul di dadanya.

Crawford mengatakan dia memukul anaknya kerana Johnson merosak televisyen ketika sedang bermain Nintendo Wii, jelas jaksa penuntut.

Crawford menampar Johnson di punggung dan perut pada tanggal 13 Juni 2011. Menurutnya saat itu dia memukul Johnson lebih keras daripada biasa dia memukulnya.

Setelah kejadian itu, Johnson muntah dan mengeluh sakit selama 5 hari kerana luka dalamnya menjadi semakin parah. Crawford tidak pernah membawanya ke rumah sakit kerana takut akan dipenjara.

Setelah melewati pemeriksaan yang berbelit-belit akhirnya sang ibu dikenakan hukuman penjara 5 tahun oleh pengadilan setempat.


sumber

Gambar Bukti Bloggers UMNO Menipu di Bulan Ramadhan Yang Penuh Barakah Ini:

Drama Liwat II: Blog Pro-UMCO Palsukan Sijil ASCLD



Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.

Diatas adalah gambar yang aku ambil dari dalam blog-blog pro umno yang kononnya menunjukkan Sijil yang diperolehi oleh Jabatan Kimia Malaysia. Kalau kita lihat di sesetengah blog gambar tersebut menggunakan program PDF. Kenapa menggunakan PDF sebab ..............Hu hu hu ?

Aku akan bongkarkan kenapa gambar ini gambar photoshop. Tapi perkara ini hanya dapat dilihat apabila kita membuka gambar asal yang dipaparkan di sesetengah blog pro umno yang menggunakan program PDF sahaja. Aku akan gambarkan melalui print screen seperti dibawah.

Ini adalah seperti gambar yg tertera apabila kita membuka menggunakan PDF

Kalau kita lihat secara mata kasar kita tak akan dapat tahu yang sijil ini adalah sijil photoshop....kalau pun ada perbezaannya adalah dari sudut format tulisan. Kita terus ke langkah seterusnya. Naikkan mouse ke atas ( bahagian antara nama & logo). Klik kan disitu dan paparan akan menunjukkan tanda kotak. Ini menunjukkan teknik tampalan.
Selepas di klik akan keluar seperti ini.

Seterusnya klik pula dibahagian tandatangan....di sini tandatangan terbahagi kepada dua bahagian. Ini menunjukkan bahagian tandatangan ditampal 2 kali...




Dan yang terakhir sekali shiftkan semua bahagian.....





Hu hu hu wahai blog-blog penjilat umno.....agak kurang bijak bila convertkan sesuatu program itu kepada sesuatu program yang lain kerana ia tidak akan mengubah dasar program yang asal cuma ia hanya mengubah paparan sahaja. Aku tak pastilah program apa yang digunapakai untuk membuat sijil ini sebelum di convertkan ke program PDF tetapi convert file tidak akan merubah dasar sesuatu file tu. Jika ianya gambar dan diconvertkan ia tak akan terpecah kepada beberapa bahagian dan bila ia terpecah-pecah ini menunjukkan sijil diatas ini dibuat bukanlah gambar atau sijil yang asal.....

Sumber:DCM

Gambar-gambar Padah Akibat Mencuri:











N'N:Dalam Islam keadilan itu sangat dititik beratkan, penjenayah harus diadili terlebih dahulu sebelum hukuman dilaksanakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)