yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, August 24, 2011

Apple Kata Samsung Tiru Design ipad, Samsung Pula kata Konsep iPad Sudah Ada Seawal 1968 Dan Ini Buktinya:



Adegan Filem Space Odyssey Tahun 1968



Oleh kerana itu, Samsung berkata bahawa Apple tidak sepatutnya menuduh mereka meniru design iPad. Sebab menurut mereka, bentuk media elektronik seperti iPad adalah perkara yang umum dan sudah ada sejak zaman dahulu lagi seawal 1968.

Presiden Turki Dan Isteri Lawat Somalia, Di Mana Najib Dan Rosmah???

PERMATANG PAUH, 21 Ogos: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Perdana Menteri Turki, Resep Tayyip Erdogan kerana menjadi pemimpin dunia Islam pertama sanggup melawat kesengsaraan rakyat Somalia yang sedang dilanda kebuluran.

(Erdogan bersama isterinya dan Presiden Somalia, Sheikh Sharif Ahmed melawat mangsa kebuluran di Somalia)

Baginya, usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Turki itu merupakan langkah awal untuk membuktikan pemerintahan dunia Islam juga bersimpati dengan mala petaka yang melanda Somalia sejak dulu.

Justeru itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut kesal kerana dunia Islam memiliki kekayaan samada individu mahupun negara tetapi masih kedekut untuk menyumbangkan kepada Somalia sebgai bakti atas rasa kemanusiaan.

Erdogan dan isteri Emine melawat Somalia yang sedang dilanda kebuluran Jumaat lalu dan berjanji akan memberikan bantuan untuk meringankan beban rakyatnya.

Erdogan juga berjanji akan membuka semula kedutaannya di negara itu.

"Saya sendiri rasa malu dengan kenyataan Perdana Menteri Turki yang kesal dunia Islam masih jauh untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Somalia yang sedang bertarung nyawa untuk mendapatkan makanan seharian, " jelasnya.

Tanya Anwar, di manakah kekayaan dunia Islam selama ini adakah digunakan untuk bermegah-megah atau sekadar memenuhi poket sendiri.

Di Malaysia pun ramai yang kaya raya terutamanya kepimpinan Umno tetapi adakah mereka memikirkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menderita.

"Kebanyakan daripada mereka asyik berpoya dengan kemewahan dan kemegahan. Mana boleh menyalurkan peruntukan kepada mereka yang daif termasuk rakyat Somalia yang bakal maut pada bila-bila masa sahaja, " terang Anwar pada majlis sumbangan fakir miskin Parlimen Permatang Pauh di hadapan masjid Kubang Semang semalam.

Seramai 490 sumbangan wang dan poskad raya disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Datuk Mansor Othman serta Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husain.

N'N:Mungkin Najib Dan Rosmah hanya pergi melawat negara-negara yang kaya, lagipun di Somalia tak ada Gedung Membeli Belah kut......

Kejam Betul, Tengok Apa Diorang Buat Dekat Basikal Aku:



N'N:Bukan basikal aku tapi aku kesian dengan tuan punya basikal nie hu3......

Mungkin Inilah Akibatnya Jika Lambat Dan Tak Mahu Bersunat:

Lelaki yang disunat terkejut kemaluannya hilang setelah sedar


Malang benar nasib seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat yang datang ke sebuah hospital untuk minta disunat. Doktor yang menyunat menemukan kanser ganas di balik kulit yang menutupi kepala kemaluannya dan terpaksa dibuang.

Bermula ketika Philip Seaton, pemandu trak berusia 46 tahun datang ke sebuah hospital di Kentucky pada Oktober 2007. Ia datang dengan keluhan radang atau inflamasi di kemaluan, lalu minta disunat agar selanjutnya alat vitalnya jadi lebih mudah dibersihkan.

Peralatan operasi segera disiapkan oleh Dr John Petterson, ahli bedah yang akan menyunat kemaluan Seaton. Pada keadaan normal, sunat atau sirkumsisi hanyalah prosedur ringan yang hanya perlu waktu beberapa minit dan tidak terlalu berisiko memicu komplikasi.

Namun ketika Dr Petterson menyayat kulit kemaluan yang menutupi kepala penis Seaton, yang ditemukan bukan radang melainkan jaringan dengan pertumbuhan tidak normal. Dr Petterson menggambarkan keadaan itu sangat parah dan sudah menyerupai kembang kol yang membusuk.

Dr Petteerson dan pasukannya mendiagnosis keadaan ini sebagai karsinoma sel skuamosa, sejenis kanser ganas yang biasanya menyerang permukaan kulit. Satu-satunya cara untuk mencegah persebaran sel kanker ke organ lain adalah sesegera mungkin membuang kemaluan Seaton.

"Yang saya lihat saat itu bukan penis melainkan kanser. Saya lakukan amputasi kerana saya fikir inilah cara paling tepat untuk menyelamatkan Seaton," ungkap Dr Petterson, seperti dikutip dari WDRB, Selasa (23/8/2011).

Akhirnya operasi yang tadinya hanya bertujuan untuk menyunat kulit kemaluan malah berakhir dengan pembuangan parsial, yakni menghilangkan bahagian kepala penis yang sudah digerogoti kanser. Pilihan yang sulit bagi doktor, namun harus dilakukan untuk menyelamatkan Seaton.

Sayangnya Dr Petterson melakukan kesalahan mendasar dalam tindakan penyelamatan tersebut. Ia tidak memberikan informed consent atau pemberitahuan kepada Seaton atau keluarganya, terkait impak yang akan ditimbulkan termasuk hilangnya sebagian dari alat vital Seaton.

Seaton yang saat terbangun mendapati alat kelaminnya sudah terpotong akhirnya dia tidak dapat merimanya, lalu membawa masalah ini ke pengadilan. Kes yang sudah terjadi 4 tahun lalu itu baru muncul ke media saat sidangnya mulai berjalan beberapa hari yang lalu.

Sumber



N'N:Inilah hikmahnya bersunat....Pautan

Gempar!!!Mayat Perempuan Ditemui Menerusi "Google Street View"

Dead Body Found on Google Street View

Gambar ini dipercayai dilihat menerusi 'Google Street View' dan dikatakan berlaku dikawasan kejiranan di United Kingdom. Namun setelah disiasat ternyata peristiwa itu hanyalah olok-olok yang dilakukan oleh seorang gadis yang berumur 10 tahun bernama Azura Beebeejaun. Dia berkata yang dia hanya berpura-pura berlakon seolah-olah mati semata-mata untuk dilihat oleh warga internet dan rakan-rakannya.



N'N:Dah takder kerja berfaedah nak buat ker. Pengajarannya ialah ada orang suka berpura-pura mati dan ada orang yang suka berpura-pura diliwat, ada orang senang mempercayai, ada orang siasat sebelum mempercayai(yang faham ayat ini tahniah)

Beginilah Gamaknya Jika Burung Bertinju:

birds with arms

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)