yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, August 21, 2011

Hebat!!! 'The 99' - Komik Superhero Yang Tercetus Dari 99 Nama Tuhan

http://3.bp.blogspot.com/-XhcUlTwqvjo/TlDRDmEJGRI/AAAAAAAAFKs/SspwmJkqWSY/s1600/The99.jpg


Kebanyakan buku-buku komik super hero yang keluar di barat adalah tercetus daripada imaginasi yang bersumberkan Bible. Semuanya berkisar tentang seorang hero yang hebat keupayaannya menjadi penyelamat kepada manusia.

Idea bagi melahirkan komik The 99 adalah tercetus daripada hasrat bagi memperkenalkan budaya Islam yang pada hakikatnya merupakan fitrah yang memang tersedia ada di alam ini atau apa yang kita namakan sunnatullah dan ia adalah universal serta dapat diterima di seluruh jagat.

The 99 merupakan komik yang mengisahkan tentang 99 watak dari seluruh dunia yang telah menemui salah satu dari 99 jenis permata ajaib yang bertaburan di seluruh dunia dan mereka dianugerahkan kuasa yang hebat hasil daripada penemuan permata tersebut.


Terdapat berbagai watak dari berbagai bangsa di dunia ini termasuklah dari Indonesia, Pakistan, Rusia dan lain-lain. Idea The 99 datang dari 99 nama Tuhan yang terdapat di dalam Quran. Saya rasa kita boleh agak bagaimana hubungkait antara nama Tuhan dengan kehebatan kuasa yang dimiliki oleh mereka yang telah menemuinya.

Penulis komik tersebut berkata walaupun asasnya adalah berkonsepkan Islam, namun tiada sebarang agama dikaitkan dalam penulisan komik tersebut dan ia adalah universal. Segala nilai-nilai murni yang terdapat di dalamnya adalah bersifat universal dan dapat diterima oleh segenap bangsa.

Pengeluar The 99, Tashkeel Group yang berpusat di Kuwait, begitu agresif sekali memasarkan komik itu di seluruh dnia dan kini telah diterjemahkan di dalam berbagai bahasa termasuklah Urdu, China, dan Indonesia dan mereka telah menganugerahkan lesen pada wakil di negara masing-masing.

Menarik untuk kita lihat bagaimana agaknya komik ini dihidangkan pada para pembaca. Kat Malaysia masih tak nampak lagi naskahnya, mungkin mereka yang berada dalam industri penerbitan perlu merebut peluang sebagi agen The 99 di Malaysia. Baca laporan lanjutnya di bawah:

Cincin Kahwin Yang Hilang Selama 13 tahun Akhirnya Berhasil di Temukan Kembali.

http://3.bp.blogspot.com/-CTIMa7vCnLM/TlAT4EwYpHI/AAAAAAAAAPU/lKSYgDCPGcM/s1600/article-0-0D7F825400000578-803_468x342.jpg
dibalik cincin tersebut terukir perkataan "eternally yours"

Perasaan yang sangat bahagia dialami oleh pasangan yang baru sahaja merayakan hari ulang tahun ke-13 pernikahan mereka, rasa bahagia itu makin lengkap setelah cincin perikahan yang hilang selama 13 tahun lalu telah dijumpakan kembali.

Seorang pemandu trak yang berjaya menemukan cincin perkahwinan pasangan tersebut, dia terlihat sebentuk cincin perak dipinggir jalan dan mengambilnya, dibalik cincin tersebut terukir perkataan "eternally yours" menyedari bahawa itu adalah cincin perkahwinan seseorang, pemandu trak tersebut langsung membawa cincin tersebut ke balai polisi New South Wales, Australia.

Petugas disitu kemudiannya memeriksa catatan dan menemukan tuan empunya cincin tersebut. Cincin itu sebenarnya telah dicuri dari rumah sepasang suami isteri itu pada tahun 1988 di di Lithgow, barat laut dari Sydney, Australia.

Saat pihak polis membawa cincin tersebut kepada pasangan suami isteri yang tidak mahu disebutkan namanya itu, mereka kelihatan sangat bahagia dan mereka mengatakan "ini merupakan hadiah ulang tahun paling indah untuk hari ulang tahun ke-13 pernikahan kami berdua".(rm)Freaky News

N'N:Jarang-jarang berlaku peristiwa macam ini....

Sudah Setahun Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said Tidak Membaca Media Perdana Seperti Utusan,Berita Harian Dan sebagainya Tetapi Mengapa?

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2011/07/Poet-Samad-Said.jpg
Dah setahun tak baca media perdana – Pak Samad


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi “menentukan sikap” sendiri.

“Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster,” katanya. “Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah.”


Berucap ketika merasmikan kempen “Jom Baca Media Alternatif” baru-baru ini, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana. “Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu,” katanya.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai “perubahan rejim”.

“Sudah tiba masanya menukar rejim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu,” katanya.

“Sudah 54 tahun negara ini diperintah golongan bangsawan. Saya tertanyatanya, bilakah pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?”

Sumber:Detikdaily

N'N:Aku anggap media perdana ibarat sampah.....

Inilah Wajah Orang Yang Obses Kepada Seluar Dalam Wanita Tua, Dan Dia Tertangkap Ketika Mahu Mencuri Seluar Dalam Wanita Tua.

http://blogs.ocweekly.com/navelgazing/Steven_William_Barton.jpg

Barton berada didalam keretanya tidak dapat mengawal dirinya dari pergi ke tempat kediaman yang orang tua yang berusia 66 tahun di kediaman Wanita Huntington Beach dengan niat untuk melakukan satu "jenayah pelik".

Barton, yang memulakan perniagaan mencuci kereta selepas dia meninggalkan penjara pada tahun 2003, sangat menginginkan seluar dalam wanita tua.

Yang lebih tepat, lelaki berusia 55 tahun itu mahukan seluar dalam putih yang kotor, mengikut rekod mahkamah.

Kejadiannya seperti ini, Barton menekan loceng pintu untuk mendapatkan wanita tua itu membuka pintu depan dengan membuat cerita palsu. Kemudian menolak wanita tua itu ke bilik air, mehentak kepala wanita tua itu dan mengheretnya tingkat atas ke bilik tidurnya, di mana dia mencari laci pakaian dalam wanita tua itu.

Syukurlah, jiran yang mendengar jeritan dan memanggil 911.

Tetapi sebelum polis tiba, Barton telah mengikat wanita tua itu, melondehkan seluar dalam wanita tua itu dan menampar punggungnya ketika menuntut untuk tahu di mana dia menyimpan wang.

Apabila polis memasuki rumah, Barton melarikan diri ke bawah jalan. Dia akhirnya berjaya ditangkap.

Tapi apa yang mengejutkan pegawai polis yang menahannya ialah apabila mendapati apa yang ada didalam dalam poket Barton?

"Sepasang sarung kaki wanita".

Polis kemudiannya menjumpai keretanya dan menjumpai sebuah laptop. Apabila dibuka laptop itu pihak polis telah mengetahui yang Barton adalah manusia yang obses kepada seluar dalam wanita tua berdasarkan pencarian Barton diinternet menerusi laptopnya.

Dalam perbicaraan pada April 2009, Barton memberi keterangan untuk menipu bahawa dia telah mendengar seorang wanita menjerit dan dua orang lelaki yang tidak dikenali melarikan diri dari rumah mangsa perempuan, dan kemudian menyerangnya. Selepas penyerang lari, dia masuk ke rumah wanita tua itu dan mnemui wanita tua itu di atas lantai.

Juri langsung tidak mempercayainya. Mereka mensabitkannya dengan pelbagai tuduhan, termasuk pecah rumah dan cuba untuk melakukan penderaan seksual. Superior Court Judge Richard F. Toohey menjatuhkan hukuman 40 tahun untuknya hidup di dalam penjara California.

Sumber:.ocweekly.com

N'N:inilah yang berlaku apabila manusia melakukan syariat syaitan...

Tragis!!! Budak Ini Mati Kerana Makan Kacang.

article-2027969-0D7E61BE00000578-454_468x445.jpg (468×445)
Jharell Dillard mati akibat memakan kacang


Atalanta, seorang anak dikatakan telah meninggal dunia, gara-gara memakan snack yang didalamnya mengandungi kacang.

Jharell Dillard 15 tahun, mengidap penyakit alergik makanan. Ini bermakna dia tidak boleh memakan kacang ataupun makanan yang didalamnya mengandung kacang.

Peristiwa itu terjadi selasa lalu saat dia dan bapanya sedang berbelanja di Wal-Mart, pada waktu itu Jharell berlari keluar dari kedai untuk mengambil snack yang disimpan didalam kereta lalu memakannya.

Dia tidak menyedari bahawa snack chocolate chip cookie yang dimakan itu mengandung kacang. Tidak berapa lama kemudian lidah dan kerongkong budak malang itu mula membengkak dan menyumbat saluran pernafasannya.

Ayahnya Charles Dillard mencuba untuk membantu anaknya dengan memaksanya memuntahkan kembali snack yang telah dimakan dan memberikannya ubat anti-alergik, namun pembengkakkan terus berlaku dan akhirnya Jharell menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum dibawa ke Hospital.

article-2027969-0D7E61AA00000578-174_468x327.jpg (468×327)

Charles Dillard(gambar) mengatakan bahawa peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran bagi para orang tua agar lebih memperhatikan anak mereka, dia juga mengatakan organ-organ tubuh dari anaknya akan disumbangkan kepada orang yang memerlukankan, agar dia boleh berjasa dan terus hidup melalui orang lain.(rm)-Freaky News

N'N:Ajal dan maut ditangan Allah S.W.T

Kurang Ajar Anak Ini, Tarik Puting Ibunya Dihadapan Orang Awam.

Tak sedihker seorang ibu diperlaku begini dihadapan umum
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Lawak betul anak orang utan ini,ditariknya puting ibunya..

sumber



N'N:Tapi tengok mak dia pun selamber jer he3 sajer jer buat lawak depa 2 ekor nie....

Hebat Gadis Godam 23 Laman Web Yang Menghina Nabi

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad S.A.W, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.

Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi

sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)