yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, August 19, 2011

Perbuatan David Villa Pemain Barcelona Yang Menghina Islam Cetuskan Kemarahan Mezut Ozil Pemain Real Madrid.

http://3.bp.blogspot.com/-gXWBE3a0Pt8/Tk3GXwuYmyI/AAAAAAAAABs/SHTJzMdmFPk/s1600/VILLA.png



Insiden panas itu bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras terhadap pemain gantian Barcelona, Cesc Fabregas pada penghujung perlawanan, sekali gus menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan termasuk di bangku simpanan bergaduh. Tindakan tersebut membuatkan kesemua pemain campur tangan sehingga Villa dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang dengan tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Berikut merupakan video pergaduhan dalam perlawanan tersebut:



KREDIT:bulanpurnama89.blogspot.com

N'N:Apa kena-mengena tackle itu dengan islam!!! Kenapa nak hina Islam!!! Kalau aku jadi Mesut Ozil pun aku mengamuk dengan perangai David Villa yang hampeh tu......David Villa "no racism" konon boleh blah.......

10 Fakta Yang Akan Mengejutkan Anda Tentang Negara China.

1. China menjalankan hukuman mati mandatori tiga kali lebih banyak dibandingkan dengan semua negara lain di dunia.

hukuman mati


China tiga kali lebih banyak orang yang dihukum mati jika dibandingkan di negara-negara lain, demikian perkiraan minimum yang terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Amnesty Internasional. Badan ini di tahun 2008 mendapat maklumat sebanyak 1.718 hukuman mati dari laporan berita dan catatan awam, tapi banyak lagi yang tidak dilaporkan. Beberapa analisa mengatakan angkanya mungkin di atas 6,000. Namun jumlah yang sebenarnya dirahsiakan pihak negara China. Hukuman mati itu banyak dilaksanakan di jalanan di dalam sebuah van yang digelar van maut hasil rancangan Jinguan Motors. Mereka menyatakan hukuman dengan van dan suntikan lebih beradab dibandingkan ditembak mati, lagipun si terhukum akan mati lebih cepat, lebih secara klinikal dan lebih aman. Menurut mereka digantinya hukuman tembak dengan suntikan mati menandakan China sekarang “mempromosikan” hak asasi manusia.

2. Lebih daripada 4,000 bayi di Cina diberi nama ”Pertandingan Olimpik” (Olympic Games) ketika negara itu sedang bersiap-siap menyelenggarakan Beijing 2008.

olimpiade beijing


Lebih dari sekadar satu kebanggaan bagi China, Olimpik Beijing menjadi bahagian yang begitu penting daripada kesedaran nasional hingga lebih dari 4.000 bayi diberi nama "Pertandingan Olimpik". Sebahagian besar dari 4.104 anak yang bernama ”Aoyun”, yang ertinya olimpik, dilahirkan sekitar tahun 2000 sewaktu itu Beijing sedang berupaya diterima menjadi tuan rumah olimpik olahraga musim panas 2008 itu. Kebanyakan anak yang diberi nama Aoyun adalah kanak-kanak lelaki.


3. Setiap tahun di China menghabiskan 45 Billion Penyepit Chopstik.

sumpit

Di China, setiap tahunnya, diperkirakan 45 billion penyepit dipakai dan dibuang sesudahnya. Itu sama dengan 1,7 juta m3 kayu atau 500 ribu pohon kayu setiap tahunnya.

4. 200 juta warga China hidup dengan kurang dari 1 dollar sehari.

warga miskin

Yang termasuk ke dalam golongan miskin di China adalah warga yang penghasilannya di bawah 1,25 dollar sehari. Pada tahun 1981 angka rata-rata warga yang miskin adalah 64% dari jumlah penduduk China. Angka ini turun jadi 10% di tahun 2004, bererti dalam pada waktu 1981 – 2004 ada 500 juta warga yang berjaya keluar daripada kemiskinan.

5. Lebih dari 700 juta warga China minum air yang tercemar.

air tercemar

China menyumbang terhadap 20% jumlah penduduk dunia, namun hanya memiliki 7% dari sumber air dunia. Menurut World Bank, 90% air tanah perkotaan dan 75% sungai dan tasik sudah tercemar. Ini bererti 700 juta warga Cina minum air tercemar setiap harinya.

6. Aiskrim dan pasta mungkin pertama kali diciptakan di China.

es krim dan pasta

Sekitar tahun 200 sebelum Masihi di China sudah diciptakan semacam campuran beku susu dan beras yang jadi cikal bakal es krim. Juga di sebuah lokasi penggalian arkeologi di bagian barat Cina, dijumpai semangkuk mee berusia 4.000 tahun, yang mengatakan bahawa Cina mungkin terlebih dahulu menciptakan pasta daripada Itali.

7. Lebih dari 50% barang palsu yang berada di masyarakat Eropah berasal dari China.

barang bajakan

Sebanyak 54% barang yang melanggar hak cipta yang beredar di Eropah ternyata datang dari China. CD/DVD merupakan peringkat pertama barang tiruan yakni sebanyak 79 juta keping, bererti 44% dari jumlah seluruh barang tiruan, diikuti oleh rokok (23%) dan pakaian.

8. China masih belum bebas dari wabak penyakit abad pertengahan Eropah.

wabah penyakit

Di tahun 2009 China mengakhiri kuarantin sebuah kota di sebelah barat laut yang diserang wabak radang paru-paru (pneumonia). Meledaknya penyakit yang sangat menular itu mengorbankan 3 penduduk desa di sekitar kota Ziketan di wilayah Qing-Hai. Wabak penyakit itu khususnya disebarkan oleh haiwan dan kutu, serta mudah menular antara manusia.

9. Menjelang tahun 2025 China akan sudah membangun 10 kota metropolitan berukuran seperti New York.

kota metropolitan

Skala dan langkah kemodenan Cina akan terus berlanjut dengan kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bila kecenderungan seperti sekarang tetap bertahan, penduduk kota di China akan berkembang dari 572 juta di tahun 2005 menjadi 926 juta di tahun 2025 dan bakal mencapai angka 1 billion di tahun 2030. Jadi dalam jangka waktu 20 tahun penduduk kota-kota China akan bertambah sebanyak 350 juta lebih banyak dari seluruh penduduk AS hari ini. Menjelang tahun 2025 China akan memiliki 219 kota yang berpenghuni diatas 1 juta. Juga akan dibangun 40 billion m3 lantai ruang di 5 juta bangunan. 50.000 dari bangunan tersebut merupakan gedung pencakar langit – sama dengan 10 kota sebesar New York.

10.Pemerintah China Larang Muslim Uighur Puasa Dan Tarawih Sepanjang Bulan Ramadhan.

http://blog.cleveland.com/world_impact/2009/07/large_Uighur-men-2001.jpg

Muslim Uighur kembali menderita di bawah episod terbaru tindakan keras pemerintah China terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu, yakni berupa pembatasan atau pelarangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid. “Jika ada tokoh agama membahas Ramadhan selama kegiatan keagamaan, atau mendorong orang untuk ambil bahagian, maka mereka akan kehilangan lesen untuk berdakwah,” kata Dilxat Raxit, juru bicara Kongres Uighur Dunia yang berucap di Munich .


Larangan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Bagi mereka yang ingin solat di Masjid mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk (berkumpul dan berbicara satu sama lain)


“Kes yang lebih serius adalah penangkapan dan penghasutan bagi mereka yang melakukan ibadah, yang dinilai sebagai melanggar undang-undang,” katanya lagi.

Dilarang Berpuasa

Saat bulan suci Ramadhan bermula, Beijing ‘menampar’ Muslim China dengan pelarangan. Muslim China yang berada di bawah Pemerintah Propinsi Xinjiang, diminta menandatangani semacam ‘surat tanggung jawab’ yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan shalat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.

“Puasa selama bulan Ramadhan adalah kebiasaan etnik tradisional, dan mereka diperbolehkan untuk melakukan itu,” kata seorang karyawan di pejabat pemerintah daerah di ibukota wilayah Urumqi. “Tapi mereka tidak diperbolehkan untuk mengadakan kegiatan keagamaan selama Ramadhan,” katanya menambah.

“Anggota Parti dilarang berpuasa selama Ramadhan, begitu juga dengan PNS,” ujarnya lagi. Sementara perusahaan swasta menawarkan makan siang selama jam puasa kepada karyawan Muslim Uighur. Sesiapa yang menolak untuk makan boleh kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.

Para pejabat juga mensasarkan sekolah Islam, untuk menyediakan makan siang percuma selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan pelajar di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, kempennya pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap buka sepanjang hari.

Sehari sebelum bermulanya bulan suci ramadhan bagi umat Islam China, setidaknya 11 orang tewas dalam serangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak berkuasa China menyerang minoriti etnik, setelah polis China menembak mati dua Muslim pada Minggu lalu.

Serangan itu terjadi kurang dari dua minggu setelah 18 orang tewas dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pihak berkuasa China. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan ditetapkan sebagai tertuduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan isteri mereka yang mengenakan telekung.

Ibukota Xinjiang, Urumqi, merupakan adegan kekerasan yang mematikan pada Julai 2009 ketika minoriti Muslim Uighur dibuang terkait dipembatasan China di wilayah tersebut. Pada hari-hari berikutnya, massa Han marah dan turun ke jalan dan melakukan balas dendam yang membawa kekerasan etnik China terburuk dalam dekad terakhir.

Rusuhan tersebut mengakibatkan hampir 200 orang tewas dan 1.700 orang terluka, menurut angka pemerintah. Tapi Uighur, minoriti Muslim China yang berbahasa Turki Muslim, mengatakan jumlah korban jauh lebih tinggi terutama dari komuniti mereka. Pihak berkuasa China telah menghukum sekitar 200 orang, sebagian besarnya warga Uighur, atas kerusuhan tersebut dan dijatuhi hukuman, 26 dari mereka dijathui hukuman mati.

BERITA INI AKAN BUAT ANDA SANGAT BANGGA DENGAN INSTITUSI POLIS MALAYSIA.

Aksi Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Daripada Pemandu Singapura


Sebuah laman web, The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima dan meminta ‘duit kopi’ daripada pemandu warga republik itu.

Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.

Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.

Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah ‘duit kopi’ itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut. Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema ‘Truly Asian’ sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.

Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.

Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis ‘Intergriti Amalan Kita’.

Sumber:addin77.blogspot.com

N'N:Pemimpin negara kita pun bebas makan Rasuah mengapa tidak Polis. Pemimpin UMNO/BN dah bagi contoh yang baik kepada polis. Anak dan Isteri pula diberi makan daripada hasil yang haram....

KESIAN MAMAT NI, KENA TANGKAP POLIS MASA TENGAH GUNTING RAMBUT, LAWAKNYA TUKANG GUNTING RAMBUT TAK SEMPAT HABISKAN GUNTINGAN DAN INILAH HASILNYA:


N'N:Adakah polis sengaja nak sabotaj rambut dia kah3.....

TEMBELANG UMNO SUDAH PECAH!!! ADA ELEMEN UMNO DALAM ISU SERBUAN GEREJA: CIKGU PA



Nampaknya isu serbuan gereja kembali "panas" . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan :

1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada "elemen" UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya.

2) Keenganan JAIS berjumpa PAS atas alasan arahan Istana. Apa kaitan JAIS dengan Istana dalam soal ini? Adakah benar Istana atau UMNO yang memberi arahan?

3) Mengapa begitu lama siasatan diambil untuk kes ini? Hingga lepas raya. Seolah ada sesuatu "rahsia" di simpan.

4) Pertemuan PAS dengan Gereja juga dibatalkan. Jika ini daripada pimpinan PAS, ianya keputusan yang betul. Ini kerana PAS ingin mendengar kedua pihak JAIS dan Gereja. Jadinya kunci penyelesaian kes ini bergantung kepada pertemuan PAS dengan JAIS. Selagi PAS-JAIS tidak berjumpa, selagi itulah kes ini tergantung.

Tentunya UMNO seronok jika tiada pertemuan PAS-JAIS. Ini kerana mereka boleh "memanjangkan" permainan mereka.

Bagi PAS, dasar dan pendirian mereka jelas. Akidah Islam mesti dipertahankan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS amat jelas dan tepat. Semua pihak termasuk Gereja mesti memahami dasar PAS.

Jika berlaku benar usaha pemurtadan tempoh hari, pihak Gereja mesti memohon maaf dan berjanji tidak melakukan lagi.

Bagaimanapun, kita melihat kes ini seolah-olah mahu menarik PAS masuk lubang "perangkap". Hanya kebijaksanaan pimpinan PAS untuk mengelakkan masuk atau menimbus lubang itu.

Cikgu Pa telah memulakan langkah bijaksanaannya untuk perkara ini.

Sumber:shalehudin.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)