yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Wednesday, August 17, 2011

Rakyat Malaysia Bukalah Mata Betapa Kotornya Politik UMNO/BN!!!Bekas Askar: Kami Pernah Diarah Pangkah Untuk Anggota Lain.


Bekas anggota tentera membuat pendedahan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan dengan pendedahan terbaru dibawa empat bekas anggota tentera hari ini - membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah.

“Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.

“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.

Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.

“Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas.

“Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.

Sementara itu Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan.

“Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru.

“Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya.

Seorang lagi bekas tentera Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah diarahkan ke lapangan terbang Sandakan untuk mengambil karung undi.

“Saya pada awalnya tidak tahu tapi apabila sampai semula ke kem, pegawai tadbir arahkan saya dan sahabat saya untuk membuka karung undi pos dan jumlah kertas undi kalau tidak silap saya sebanyak 900 lebih.

“Dan, saya diarah bahagi dua untuk memangkah kertas-kertas undi itu,” katanya.

Bagaimanapun seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, berkata, dia tidak memangkah undi pos tapi melihat anggota lain melakukannya dan diberikan “habuan.”

“Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.

“Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak.

“Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja.

“Kalau kita lihat ada anggota tentera yang mengundi bagi pihak anggota lain, malah ada yang tidak memohon sebagai undi pos tapi nama mereka ada dalam undi pos.

“Kesimpulannya undi pos terdedah kepada manipulasi begitu besar, sistem undi pos sejak dulu sampai sekarang tetap ada ruang manipulasi,” katanya.

Justeru kata beliau, sistem undi pos perlu direformasikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Syor agar menghapuskan undi pos merupakan salah satu tuntutan dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menyaksikan ribuan rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara.

Tambah Suhaizan, pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR sehingga pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan.MI

Senarai 10 Tokoh Berpengaruh Yang Dibunuh Oleh Pembunuh Upahan.

1. Alexander Litvinenko

Alexander Litvinenko adalah seorang agen KGB Rusia, tidak diketahui dia mungkin agen M16. Pada 1 November 2006, Litvinenko jatuh sakit setelah makan di restoran sushi Itsu di London. Dia baru saja menerima bukti tentang pembunuhan lain ketika ia sedang makan di restoran. Pada 3 November, keadaan Litvinenko kritikal dan dia langsung dibawa ke Hospital Barnet di London. Dia meninggal 3 minggu setelah dirawat daripada penyakit sindrom radiasi akut yang muncul dari radioaktif polonium-210. Insiden ini menghasilkan banyak ulasan media kerana ia seakan-akan sama dengan kes pembunuh upahan seperti ditonjolkan filem-filem Hollywood.


Sekarang dinyatakan bahawa Litvinenko diracun dengan segelas teh di bilik hotelnya. Sampai sekarang tiada tindakan terhadap pembunuhnya. Muncul spekulasi bahawa pembunuhan ini dilakukan oleh pemerintah Rusia. Litvinenko meninggal pada usia 44 tahun.

2. Lee Harvey Oswald

Lee Harvey Oswald orang yang dituduh oleh pemerintah Amerika Syarikat sebagai orang yang bertanggung jawab atas pembunuhan Presiden John F.Kennedy. Tidak tahu samada tuduhan itu benar atau tidak, Oswald sendiri terbunuh 2 hari setelah pembunuhan presiden di ruang bawah tanah markas besar polis Dallas oleh Jack Ruby, seorang pemilik kelab malam dan dikaitkan dengan kejahatan pengganas. Ruby sangat kesal dan marah dengan pembunuhan presiden dan menuntut pembalasan. Oswald tertembak 24 November 1963 dan meninggal pada malamnya pada umur 24 tahun.

3. John Lennon

John Lennon adalah salah seorang daripada anggota band The Beatles, yang terkenal di seluruh dunia sebagai anggota band dan aktivis perdamaian. Pada 8 Desember 1980, Lennon berada di New York City. Ketika ia kembali ke hotel ada seorang memanggil namanya. Ketika Lennon berbalik arah, Lennon ditembak 4 kali. Lennon tersandung ke dalam hotel dan pengsan. Setelah menembak, pembunuhnya, Mark David Chapman menjatuhkan senjatanya dan duduk di jalanan, menunggu untuk ditangkap. Dia pun dijatuhi hukuman atas pembunuhan dan masih berada di penjara hingga saat ini. Motif pembunuhannya dikatakan kerana Lennon pernah berkata yang The Beatles lebih hebat daripada jesus.

4. Robert F. Kennedy.


Robert F. Kennedy adalah adik dari John F. Kennedy. Ia ditembak pagi hari pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Sirhan. 1 hari kemudian, Kennedy meninggal di rumah sakit. Ia ditembak 4 kali dari jarak yang sangat jelas. RFK seperti yang sering diketahui adalah seorang calon presiden dari partai Demokrat. Tidak diketahui motif Sirhan dalam melakukan penembakan, namun, muncul pendapat bahawa dia adalah seorang teroris Palestina yang ingin melakukan balas dendam atas bantuan Amerika ke Israel pada perang 6 hari tahun 1967. Kennedy meninggal di usia 42 tahun.

5. Malcolm X.

Malcolm X, yang dikenal juga sebagai Malcolm Little adalah seorang pejuang Muslim berkulit hitam. Dia sering terlihat sebagai seseorang dibalik Black Power Movement pada 1960an dan 1970-an dimana orang Amerika keturunan Afrika bertindak menuntut kebebasan dan persamaan hak sebagai seorang Amerika. Malcolm pernah menjadi seorang anggota Nation In Islam(islam liberal) namun, ia telah menjadi Sunni Muslim setelah mengerjakan Haji.

Pada 21 Februari 1965, Malcolm sedang berpidato ketika seorang menembak Malcolm dengan shot-gun, 2 orang lain kemudian turut menembak Malcolm sehingga Malcolm menerima 16 tembakan. Ketiga pelaku adalah anggota dari Nation Of Islam. Malcolm X meninggal di usia ke 39.(Beliau seorang pejuang islam yang tulen)

6. Martin Luther King Jr.

Martin Luther King adalah tokoh utama dibalik gerakan atas hak sivil warga Amerika. Gerakan tersebut dibuat untuk menghapus diskriminasi kaum atas warga kulit hitam di Amerika. King sendiri merupakan orang kulit hitam. Pada 4 April 1968, ketika sedang berdiri di balkoni di lantai bilik motelnya, King ditembak. Setelah kejadian itu terjadi, terjadi kerusuhan di 60 kota di Amerika, 5 hari kemudian, presiden Johnson mengumumkan hari perkabungan. 2 bulan kemudian, pelaku penembakan yang bernama James Earl Ray, ditangkap di London dan di ekstradisi ke Tennese dimana ia terbukti melakukan pembunuhan atas King. Ray adalah orang kulit putih yang menentang gerakan yang dilakukan King.

7. Abraham Lincoln

Abraham Lincoln adalah presiden Amerika ke 16 yang memegang masa jabatan dari 1861 sampai saat dia meninggal pada tahun 1865. John Wilkes Booth adalah mata-mata konfederasi yang menjadi marah pada presiden kerana dia mendukung kebebasan orang Afrika-Amerika. Ia pun bertekad melakukan pembunhan presiden. Pada 14 April 1865, Lincoln pergi ke teater. Dengan hanya ada seorang bodyguard yang berada di teater, Booth mendapatkan kesempatannya. Ia menunggu hingga penonton memenuhi ruangan dan menembak presiden tepat di kepala. Booth lari dan tertangkap serta ditembak 12 hari kemudian. Lincoln berusia 56 tahun pada saat kematiannya.

8. Julius Caesar
Julius Caesar adalah tokoh militer dan politik Rom pada abad 1 sebelum masihi. Ia adalah seorang pemimpin militer yang sukses dan memiliki banyak kejayaan ketika memulai perang sivil di republik Rom. Setelah itu, ia mempekenalkan dirinya sebagai diktator. Namun, beberapa senator di Rom tidak suka dengan apa yang Caesar sudah lakukan dan merencanakan pembunuhan di Ides of March.

Ketika berjalan melewati Teater Pompey, Caesar dihentikan oleh sekelompok senator dan setelah itu Caesar ditikam. Menurut catatan sejarah, disitu hadir 60 senator. Setelah Caesar ditikam, dia berusaha lari namun terjatuh dan ditikam kembali di tanah berkali-kali. ia menderita 23 luka tikaman. Kematiannya menghakiri Republik Rom dan memunculkan kerajaan Rom. Pada waktu meninggal, Caesar berusia 57 tahun.

9. Franz Ferdinand

Franz Ferdinand, dan oleh sebab itu ahli waris dari tahta Austria secara saksama menjadi katalisator dimulainya perang dunia 1. Pada 28 Juni 1914 dia dalam kunjungan ke Sarajevo, yang pada waktu itu merupakan jajahan Austria. Ketika mememandu kereta dia dan isterinya Sophie ditembak oleh anggota dari The Black Hand yang merupakan group Serbia yang menginginkan kemerdekaan untuk semua negara dibawah kekuasaan Austria-Hungaria. Perang dunia 1 dimulai 2 bulan setelah pembunuhan. Pada waktu pembunuhannya, Ferdinand berusia 50 tahun.

10. John F. Kennedy

John Fitzgerald Kennedy merupakan presiden ke 35 dari Amerika Syarikat. Ia menjawat dari 20 Januari 1961 hingga kematiannya pada 22 November 1963. Pemerintahannya merupakan pemerintahan yang memiliki event paling banyak. The space race, American Civil Rights Movement, Cuban Missile Crisis, the building of the Berlin Wall, and the beginning of the Vietnam War merupakan peristiwa yang terjadi pada masa pemerintahannya. Walaupun banyak sekali saksi dalam pembunuhannya, banyak sekali hal yang membingungkan pada waktu kematiannya [Kennedy] sampai hari ini yang membawa banyak hal mencurigakan suatu konspirasi.

Sesaat sebelum 12;30 pm, Kennedy yang sedang berjalan melewati Dallas dalam limousine terbuka, 3 tembakan terlepas dari rifle bertenaga besar, yang semuanya mengenai presiden. Kennedy meninggal kemudian di Hospital. Lee Harvey Oswald bertanggung jawab atas pembunuhan presiden. Pembunuhan ini memiliki banyak konspirasi teori, terutama sampai kematiannya Oswald tetap tidak pernah mengaku bersalah. Antara yang dituduh berkonspirasi ialah FBI, Cuba, CIA atau Uni Soviet. Banyak orang yang percaya adanya konspirasi dari kelompok itu. Kerana tidak pernah dibukti bahawa Oswald bekerja sendirian, atau dia terbukti terlibat dalam pembunuhan itu. Dari sekian banyak penyiasatan, kes pembunuhan ini masih tertutup misteri.

sumber

N'N:Kematian Malcom x amat merugikan dunia Islam di Amerika kerana beliau seorang pejuang Islam yang tulen....

Gambar Gila: 1 Juta Orang Mandi Dikolam Ini:

http://4.bp.blogspot.com/-nuBpjTkyAEU/TkkQdVh31HI/AAAAAAAAAMc/E2pev5zT0t8/s1600/article-2026178-0D6DEB3D00000578-616_634x417.jpg



Sebuah kolam yang terletak di Daying, provinsi Sichuan, Cina memang unik apabila orang yang mandi dikolam renang ini mampu mengapungkan diri kerana kadar garam yang ada dikolam ini sangat tinggi, kolam yang seluar 30.000 meter persegi ini dapat menampung sekitar 10,000 pengunjung sekaligus, tapi apa yang lebih mengejutkan apabila tiba musim panas kerana pengunjungnya melonjak hingga mencapai 1 juta orang.-Freaky Photo, Freaky News

N'N:Rasanya keadaan macam ini hanya mengundang penyakit, bayangkanlah jika ada orang yang sakit kulit mandi bersama atau seorang yang mempunyai penyakit berjangkit. Ditambah pula dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan....

Benda-benda Yang Berlaku Didunia Pada Setiap Saat.

Setiap Enam Saat, Terjadinya Satu Kemalangan!





Terdapat 3 bayi lahir setiap saat





Setiap 3 Saat Seorang Kanak-kanak di Dunia Meninggal Kerana Kelaparan





Pemuda Membayangkan Seks Setiap 7 Saat!!





Cybercrime Terjadi Setiap 10Saat



N'N:Yang pemuda tu yang bahaya tu....

Apa Cerita Ni, Air Laici Direstoran Mamak RM5.30 Segelas?

http://2.bp.blogspot.com/_Yle36saWAhs/S8cdleZ7OBI/AAAAAAAACA4/7OTTRifH6dI/s400/laici.jpg
gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici.

Dipetik Bernama Online, seorang pengadu memberitahu hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

Katanya apabila ditanya seorang pekerja, beliau diberitahu bahawa harga itu ditetapkan oleh pengusaha restoran seperti yang tercatat pada senarai harga makanan dan minuman di restoran itu.

Pengadu berkenaan berkata beliau hairan dan kesal kerana harga segelas air laici yang ditetapkan itu lebih mahal daripada setin laici hancur yang harganya tidak melebihi RM3 satu tin.

Sehubungan itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi menggesa pengusaha restoran India Muslim di negara ini bertindak lebih rasional dalam meletakkan harga makanan dan minuman agar tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abd Rahman berkata, walaupun harga makanan dan minuman bukan di bawah barangan kawalan, ini tidak bermakna peniaga boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tidak berpatutan kepada para pelanggan yang datang menjamu selera ke restoran mereka.

“Mereka juga perlu sedar, bahawa jika didapati bersalah dalam hal ini (mengaut keuntungan berlebihan) mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang dikuatkuasakan April lepas,” katanya.

Mohd Yusof turut menasihatkan pengguna supaya memboikot mana-mana restoran yang didapati meletakkan harga yang tidak munasabah sebagai pengajaran kepada pengusaha restoran tersebut.

“Jika ramai daripada pengguna yang tidak lagi pergi ke restoran mereka, sudah pasti mereka akan menanggung kerugian sekaligus ini dapat memaksa mereka menurunkan harga atau meletakkan harga yang lebih setimpal,” katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan India Muslim Malaysia, Datuk Jamarul Khan Kader turut berpandangan bahawa pengguna seharusnya lebih bijak dalam memilih restoran yang menyediakan harga makanan dan minuman yang berpatutan.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
“Sekiranya tidak pasti, pelanggan boleh merujuk kepada menu yang disediakan, dan jika ada masalah seperti harga tidak sama seperti dalam menu, harga tidak jelas atau tiada tanda harga di restoran tersebut, mereka boleh terus mengadu kepada KPDKNN bagi memastikan mereka tidak teraniaya.

“Kita mengakui, mungkin ada segelintir restoran yang mengenakan kadar harga yang agak tinggi, tapi ini bergantung kepada lokasi restoran, kualiti serta kuantiti makanan dan minuman yang disediakan.

“Justeru, kita nasihatkan, kalau pengguna rasa terbeban atau teraniaya boleh mengadu terus kepada kerajaan, sebab kita pun tak seronok mahu berniaga jika pelanggan mengalami kerugian atau akhirnya memboikot untuk tidak ke restoran Mamak lagi,” katanya ketika dihubungi.MI

N'N:Mamak sekarang nie dah macam Kapitalislah pulak....

Gambar Peluru Mengenai Sasaran Pun Boleh Dijadikan Seni. Cuba Tengok...

Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah

Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah
Peluru yang menghujam tepat sasaran dan tertangkap oleh kamera dengan begitu indah


N'N:Seni itu boleh datang dalam berbagai bentuk...

PEMUDA INI BUAT TATOO "F**K POLICE" DIMUKANYA GARA-GARA SAKIT HATI PADA POLIS YANG MENANGKAPNYA.

http://1.bp.blogspot.com/-sY4r2bZO9sk/TkpjwSkx3dI/AAAAAAAAANI/kEbK4-hz53Y/s1600/slide_22149_330389_large.jpg
Ismael Ambrosio mentatoo wajahnya dengan tulisan "F*ck Police"


Pemuda ini nekad mentatoo wajahnya dengan tulisan "F*ck Police" kerana sakit hati pada pegawai polis yang sering menangkapnya, sebelum ini pemuda yang bernama Ismael Ambrosio 24 tahun, pernah ditangkap pada pada januari tahun lalu kerana memalsukan Kad identiti dan kes curi, anehnya bukannya mahu bertaubat malahan dia membuat masalah dengan menenghina polis pula.-World News, Freaky News

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)