yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Tuesday, August 16, 2011

Wahai UMNO Pahang, Pemuda Ini Selayaknya Mendapat Zakat.

Berhenti belajar sara 11 beradik


TEMERLOH, 15 Ogos: Diikutkan hati, sememangnya beliau mahu meneruskan pelajaran sehingga ke universiti supaya senang kemudian hari.

Namun apakan daya, terpaksa berhenti belajar demi menyara hidup 10 adik-beradiknya yang lain.

Inilah nasib yang menimpa pelajar Politeknik Muadzam Shah, Mohd Khairul Mat Amin, 22, yang kehilangan ayah tercinta pada 4 Ramadan lalu yang pergi buat selama-lamanya ketika mereka masih terasa pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.

(Gambar: Mohd Khairul (tiga dari kanan) menerima sumbangan barang daripada Nor Azmi. Paling kanan ialah kakaknya, Norfadilah.)

Mohd Khairul yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik malang dari Kampung Paya Keladan di sini, berkata kini mereka betul-betul mengharapkan bantuan dan sumbangan ramai selepas bapa mereka Mat Amin Jusoh, 55, meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia pada 2005 dan sejak itu mereka tinggal bersama ayah yang terpaksa membanting tulang dengan bekerja kampung semata-mata mahu menyara adik beradiknya yang ramai itu.

“Minggu lepas, satu lagi dugaan menimpa kami adik beradik apabila ayah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung sehinggalah kami hilang tempat mengadu dan bergantung segala-galanya selama ini.

“Tidak mahu adik-adik kebuluran, saya terpaksa melupakan hasrat dan cita-cita dengan menggantikan tempat ayah bagi menyara kehidupan adik beradik yang semuanya masih belajar,” katanya ketika ditemui semasa mengiringi Muslimat PAS Temerloh menyampaikan sumbangan Ramadan hari ini.

Turut serta Pengarah PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, Nor Azmi Abdul Majid.

Mohd Khairul berkata, lima adiknya masih bersekolah menengah, tiga di sekolah rendah, kakak sulungnya Norfadilah, 23, masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan seorang lagi adiknya belajar di Kolej Shahputra.

Namun tambahnya, beliau bertekad dan berazam walau sesukar mana sekalipun akan berusaha memastikan adik-adiknya mendapat makan dan terus belajar.

“Kini sebagai lelaki tertua dalam keluarga saya sudah ganti ayah, macam mana susah sekalipun saya akan usahakan keperluan untuk mereka dan kami sekali-kali tidak mahu terpisah.

“Saya memerlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk belanja dapur setiap bulan dan RM150 belanja bagi setiap adik bersekolah setiap bulan,” katanya.

Namun begitu, Mohd Khairul masih mengharapkan simpati dan ehsan banyak pihak dalam memastikan kebajikan adik-adiknya terbela.

Kepada mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada 11 beradik ini bolehlah berhubung dengan Mohd Khairul Mat Amin di talian 013-2360455 atau terus melalui akaun BSN 06400-29-00005700-2.- Harakahdaily

BUKAN MAIN LAGI SANDIWARA UMNO. PATI DISURUH BERSUMPAH TAAT SETIA KEPADA UMNO DAN MENGUNDI UMNO.


BERITA PENUH ADA DISINI

APA YANG DAH JADI SEBENARNYA INI? HACKERS, SERANGAN VIRUS ATAU PENULIS BLOG SUDAH BERALIH ARAH? MENGAPA BLOG-BLOG POLITIK INI BERTUKAR JADI BLOG LUCAH



Beberapa buah blog politik yang dipautkan di Biaqpila terpaksa dikeluarkan pautan mereka dari bloglist ini kerana didapati mempunyai unsur lucah keterlaluan.Antara blog tersebut adalah:

http://webmarhaen.blogspot.com

http://perakian-online.blogspot.com

http://ceritapolitik.blogspot.com

Daripada pemerhatian, blog-blog ini mempunyai reka bentuk template yang serupa dan disyaki dilakukan oleh dalang yang sama.Ianya mungkin dikendalikan golongan gay kerana pengendalinya menggunakan nama Gaysex serta Gay video. Selain daripada itu terdapat pautan yang menghubungkan blog tersebut ke laman gay.

Kepada blogger yang telah membuat pautan ke blog-blog ini di bloglist masing-masing diharap dapat membuang pautan tersebut dengan segera.

PEMUDA INI TENGGELAMKAN VAN MILIK AYAHNYA KERANA CEMBURU AYAHNYA LEBIH PENTINGKAN VAN BERBANDING DIRINYA.

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/07/article-2023339-0D54610500000578-315_468x605.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/07/article-2023339-0D5465AD00000578-912_468x312.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/08/07/article-0-0D54610900000578-556_468x286.jpg


Seorang pemuda tenggelamkan van kesayangan milik ayahnya hanya kerana ayahnya itu dikatakan lebih mementingkan van itu dibandingkan dirinya.

Anthony Romo, 30 tahun dari Bronx melakukan kerja gila itu dengan memandu van milik ayahnya dan menenggelamkan van itu bersama dirinya yang masih berada di dalam van kedalam tasik Harlem Meer di Central Park, Manhattan.

Seorang saksi bernama Robert Evan Flores, melihat sebuah mobil Nissan Quest 1997 meluru laju dan terus masuk ke tasik, beruntung dia mampu keluar dan berenang sampai ketepi tasik dan diselamatkan oleh pasangan John McBride dan isterinya yang kebetulan sedang berada disitu.

Setelah menyelamatkan pemuda itu pasangan tersebut terus menghubungi petugas kecemasan yang bergegas datang ke tempat kejadian, dan terus membawa Romo ke hospital yang terdekat.(rm)

sumber:dailymail.co.uk

N'N:Kurang kasih sayang kesian....Tapi perbuatan dia memang bodoh sebab dia boleh kehilangan nyawa.

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita Bila Kita Mati Nanti ?

mari kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu


Kredit:http://sinarmawaddah.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)