yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, August 15, 2011

T-SHIRT MISTI MILIK INSPIRASI DARIPADA TOKOH SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID DAN BERSIH 2.0

SEMARAK API PERUBAHAN


N'N: Boleh diorder disini

Inilah Wajah Penyerang Pelajar Malaysia , Yang Berpura-pura Membantu Tapi Sebenar Merompak..

Polis Britain dedah wajah penyerang pelajar Malaysia.


LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi-sumber: kosmo online
Kredit:borakkosong.

GAMBAR SAAT-SAAT MENGERIKAN SEBUAH PENTAS KONSERT RUNTUH DITIUP ANGIN KENCANG:

http://a.abcnews.go.com/images/US/gty_ss7_indiana_stage_collapse_jt_110814_ssh.jpg

http://graphics8.nytimes.com/images/2011/08/15/us/15indiana-span/15indiana-span-articleLarge.jpg

http://fastcache.gawkerassets.com/assets/images/7/2011/08/xlarge_statefair.jpg



Inilah adalah saat-saat amat yang mengerikan dimana sebuah panggung runtuh ditiup badai di Indiana State Fair, Indianapolis, mengorbankan empat orang dan mencederakan puluhan lainnya.


Para penonton berteriak seakan histeria setelah angin kencang menyebabkan tali pentas untuk konsert outdoor itu runtuh di atas mereka sesaat sebelum sebuah kumpulan musik country hendak tampil.


Para petugas kecemasan terus menuju ke tempat kejadian untuk menyelamatkan para mangsa yang umumnya terperangkap dibawah panggung yang runtuh, serta mengubati korban yang luka-luka.

Ribuan penonton konsert kemudian diletakkan ke sebuah gedung berhampiran kerana kelajuan angin kencang yang mencapai 96km /jam yang menyebabkan pentas tersebut runtuh

Daripada 24 Jam Hidup Kita Cuma Diminta 34 Minit Sehari, Itu Pun Ramai Yang Gagal Melakukannya Tapi Masih Tak Malu Mengaku Kononnya Diri islam.




Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

34 Minit yang membebankan bagi sesetengah orang yang tidak mengetahui keindahan solat.

Sumber:brigedakhdor.

IBU BELASAH ANAK GARA-GARA KERANA AKAUN FACEBOOK


Althea Ricketts



Freaky News, World News- Seorang wanita membelasah anaknya sendiri gara-gara anaknya itu mempunyai akaun Facebook.

Althea Ricketts, 62 tahun(gambar) membelasah anaknya dengan kabel kerana mengetahui anaknya mempunyai akaun facebook, anaknya itu kemudiannya menderita luka dikedua belah lengan kerana perbuatan ibunya .

Dia bersama rakannya kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan akibatnya ibunya ditangkap oleh pihak polis.

Dilarang mempunyai akaun facebook

Di balai polis Ricketts menjelaskan bahawa dia memukul anaknya adalah sama seperti orang tua yang mengajarkan disiplin kepada anak-anaknya, namun malang bagi ibu ini apabila dia didakwa dengan tuduhan penderaan terhadap anaknya yang dibawah umur itu dan akan dipenjara di Penjara Orange County.(rm)

N'N:Facebook ini sebenarnya ada pro & kontra ia terpulang kepada sikap individu samada mahu memanfaatkannya atau menyalahgunakannya.....

BERAPA KALI DALAM SEHARI KTA INGAT RASULULLAH S.A.W ???



N'N:Ingatlah disaat Rasulullah S.A.W hendak dicabut nyawa pun Baginda S.A.W masih mengasihani kita..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)