yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, August 14, 2011

KERANA MEMPELAWA ANAKNYA MAKAN SANDWICH, IBU DITIKAM KEJAM OLEH ANAKNYA INI:

Cops-Man-Stabbed-Mother-When-She-Offered-Him-A-Sandwich.jpg (260×190)


Sebuah kejadian yang boleh dikatakan tragedi kepada sifat kemanusiaan telah terjadi di pinggiran kota Naperville, apabila seorang pemuda berusia 27 tahun yang bernama Alexander Georg sanggup menikam ibunya hanya kerana sepotong sandwich.

Kejadian itu terjadi saat ibunya yang baru pulang dari Rumah Sakit Advent Glen Oaks untuk menjeguk anaknya, sesampainya dirumah dia terus menemui Georg dan menawarkan sandwich pada anaknya itu tapi bukannya berterima kasih pada ibunya tersebut malahan dia menghentak kepala ibunya itu kelantai kemudian menikamnya secara kejam didada dan di sekitar leher, ketika polis tiba wanita malang itu telah mengalami pendarahan yang teruk dan terus dibawa ke Rumah Sakit Edward, Georg yang berada diluar rumah ketika polis datang terus menyerah dengan sukarela.-World News, Freaky News

N'N:Confirm anak dia sakit jiwa. Kejadian macam ni bukan benda asing kepada kita orang Melayu ni bukan. Anak belasah mak dan bapak dengan parang pun ada di Malaysia ini. Akhir zaman ni manusia akan hilang sifat kasih sayang.....

Siapa Sangka Akibat Bermain layang-layang Seorang Pemuda Terangkat 50 kaki Diudara Dan Mati Akibatnya.

layangan
dunstable downs merupakan tapak rekreasi popular festival layang-layang


Seorang pemuda meninggal dunia setelah terhempas ke lereng bukit setinggi 15 meter(50 kaki), setelah ditiup angin kencang sesama sedang memainkan layang-layang setinggi 6 meter miliknya .

Mangsa yang berusia 27 tahun itu dinyatakan meninggal setelah helikopter ambulans dipanggil ke tempat kejadian di Downs Dunstable di Bedfordshire, tempat kebiasaan bagi keluarga dan pejalan kaki.

Paramedik berkata pemuda tersebut menderita patah tulang dibeberapa bahagian tubuhnya termasuk bahagian pinggul dan kaki, setelah seorang saksi melakukan panggilan kecemasan.

Pemuda malang tersebut dikatakan juga mengalami serangan jantung akibat kecelakaan mengerikan itu dan sedang diselidik oleh Polis Bedfordshire.

Tidak pula diketahui apakah jenis layang-layang yang dimainkan oleh mangsa , tapi kemungkinan merupakan sebuah layang-layang kanopi yang dikatakan mampu mengangkat seseorang ke udara.

Seorang juru cakap untuk Ambulans kemudiannya mengesahkan bahawa mangsa itu sudah meninggal dunia .

Juru bicara itu mengatakan bahawa mereka mendapatkan panggilan pada pukul 01:25 waku setempat, yang melaporkan seorang pemuda jatuh dari ketinggian 50kaki (15 meter) dari udara semasa bermain layang-layang.

“Pemuda itu menderita cedera yang parah dan dikatakan turut mengalami serangan jantung,”

Ketika ini pemuda yang masih belum diketahui identitinya tersebut, berada di bilik mayat untuk dilakukan pemeriksaan lebih lanjut.

Umum mengetahui, Dunstable Downs adalah tapak rekreasi popular untuk festival layang-layang.

Sumber : dailymail
Kredit:Manotoday

BERI TAFSIRAN ANDA TENTANG GAMBAR INI:



Ibu dan bapa kepada bayi ini:
a)melawak
b)nak bunuh anak
c)kurang waras
d)orang dewasa tapi otak macam kanak-kanak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)