yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Saturday, August 13, 2011

Gambar Makhluk-makhluk Mengerikan Yang Berada Dalam Mata Kita!!!

Korang pasti tidak akan menyangka bahawa didalam mata kita ini terdapat maklhuk-maklhuk yang mengerikan seperti dibawah ini, makhluk ini adalah suatu organisma yang sedikit lebih besar daripada bakteria, dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan super mikroskop dengan pembesaran 525 x.











N'N:Terkejut bukan...

Kenyataan Dr Asri Yang Akan Buat UMNO P.Pinang Terkejut Beruk!!!

Asri: Muslim Pulau Pinang patut sokong fatwa larang guna pembesar

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Asri juga berkata, mematuhi keputusan dikeluarkan Jabatan Mufti Pulau Pinang tidak harus dianggap sebagai isu poliitk semata-mata.

“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya,” katanya lagi.

“Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri (gambar), kelahiran Pulau Pinang ini berkata, apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan dan “selain itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain.”

Malah kata beliau, perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan apatah lagi dalam Islam, ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

“Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid,” kata beliau.

Mengikut laporan media semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Bagaimanapun kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.

“Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid,” katanya.

Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan.

Jelas Asri, walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan yang disampaikan dan mungkin orang lain ingin membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

“Ramai orang bukan Muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara,” kata ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini.

“Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit,” katanya lagi.

Asri juga berkata, sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jemaah lain.

Kata Asri, ulama silam juga telah mengingatkan hal ini bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

“Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi pernah berkata, ‘antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampuradukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan.

“Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar’,” kata beliau lagi. MI

Budak Ini Bunuh Diri selepas Tonton filem 'The Last Samurai'.

article-2024647-0D612D4B00000578-653_233x423.jpg (233×423)




Tragedi yang sangat menimpa malang anak ini setelah dia mati mengantung diri setelah menonton filem yang dibintangi Tom Cruise, "The Last Samurai".

Nama anak yang malang ini ialah Lewis McGlynn, ayahnya menemukan mayat anak ini tergantung tidak bernyawa dikamar anak mereka dan dia juga melihat film The Last Samurai masih dimainkan , ditemukan juga beberapa keping film DVD 18SG berunsur kekerasan yang khusus untuk tontonan orang dewasa milik ayah dan abangnya.


'THE LAST SAMURAI'

Mereka berpendapat mungkin dia mencontohi aksi bunuh diri yang ada dalam filem 'The Last Samurai' apabila seorang samurai yang mati bunuh diri apabila melakukan kesalahan, ayah budak malang ini mengatakan bahawa sangat penting untuk memberikan tontonan kepada anak kita yang sesuai dengan umur mereka agar apa yang terjadi pada anak saya tidak akan terjadi pada anak-anak lain.(THE FREAK INFO)

N'N:Beringatlah wahai ibu dan bapa......

ISU MURTAD SAMA PENTING DENGAN ISU NEGARA SEDANG DIJUAL...

Disaat sedang heboh diperkatakan soal akidah ummat Islam yang semakin terpesong apakah langkah sewajarnya untuk kita ambil?
Ketahuilah bahawa UMNO telah gagal membendung gegala Murtad dan telah ramai ummat Islam di Malaysia yang telah Murtad. Persoalannya mengapa dan pihak mana yang lebih konsisten menentang gejala Murtad? Bagilah apapun jawapannya yang pentingnya bukan UMNO jawapannya. Lihatlah berapa ramai ummat Islam yang telah Murtad selama pemerintahan UMNO......

Selagi UMNO berkuasa selagi itulah tidak akan ada satu undang-undang yang akan digubal oleh UMNO untuk menghalang gejala Murtad dan terbukti sampai sekarang masih tiada......

Jangan jadi bodoh menyangka bahawa UMNO ambil kisah gejala Murtad ini. Yang penting bagi UMNO ialah cara untuk mengekalkan kuasa supaya mereka masih boleh bermaharajalela menyapu bersih khazanah dan kekayaan Negara.

Dan jika orang Malaysia menolak mereka jangan risau mereka ada cara lain untuk mengekalkan kuasa...

umno_patriot_rent_a_crowd.jpg (550×300)




Jangan biar warga asing tentukan keputusan p'raya

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong terkejut dengan pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar sebagai pengundi di beberapa kawasan utama negeri itu dalam sebuah akhbar harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang mendakwa jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan ke dalam satu-satu Dun dipercayai bagi memenangkan Umno dan Barisan Nasional.

Abdul Wahid menyebut, daripada 5,006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di Dun Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

“Kami Perantau berharap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menyemak segera perkara ini dan tidak membiarkan keturunan asing menentukan keputusan sesuatu pilihan raya di negeri kita ini.

"Cukuplah peristiwa pilihan raya 2004 lalu yang mana keputusannya dipertikaikan oleh rakyat menyebabkan kewibawaan SPR tercalar teruk. (Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.

Menurut Suhaimi, rakyat Terengganu hanya perlukan satu pilihan raya yang bersih dan adil.

"Rakyat Terengganu telah matang dan mereka bijak menilai apa yang diperlukan demi masa depan negeri Terengganu yang dicintai," katanya.Harakahdaily

N'N:Macam biasa UMNO akan bermain dengan Isu Murtad untuk mengaburi mata Rakyat Malaysia......Jangan bertelagah sesama sendiri. Kerana semua masalah datangnya daripada UMNO dan jika kita mahu selesaikan masalah Murtad dikalangan Melayu kita kuburkan puncanya terlebih dahulu........

Percuma Jer Pak Lah Dapat Pahala Puasa Blogger UMNGOK Ini, Itu Pun Kalau Dia Berpuasa.


Berita Penuh Disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)